Great stuff to be shared together...

Monday, August 2, 2010

Jiran Dulu Jiran Sekarang

Saya teringat masa zaman kanak-kanak dulu, masa keluarga tinggal di Felda Selendang, Kuala Rompin Pahang. Masa tahun 80-90an tu, Felda ni memang lah hutan rimba lagi. Belakang rumah tu bukan setakat semak, tapi hutan ya. Kadang-kadang ada juga pelawat dari rimba.. macam beruk, babi, ular sawa (besar punya ya), musang dan macam-macam lah. Pernah org tangkap ular sawa lepas tu rentang kan dekat court takraw, sepanjang court tulah. Lepas tu ayah pernah naik motor terlanggar beruang, then kena tampar dengan beruang tu. Mujur beruang tu terkena ekzos motor dan lari. Kalau tak tak tahu lah apa jadi.

Kitorang pulak (spesifik sikit, saya dengan kaklong, heheh) macam jungle girls. Main kalau bole nak masuk dalam semak, kalau hujan berkubang dalam lopak tangkap berudu. Hahaha. Main nyorok-nyorok kat gua (sebenarnya lereng bukit yang banyak lubang-lubang tu), pastu jumpa telur ular. Tapi tak serik-serik. Makan benda bukan-bukan pulak tu. Contohnya Akar lalang (later i find out yang akar lalang ni boleh buat ubat), rasa dia macam tebu tau. buah senduduk yang pecah, pastu mulut biru-ungu. Manis rasa dia. tombong buah kelapa sawit, alah cari je pokok sawit baru tumbuh. Korek dapatkan biji sawit tu, pastu pecah dengan batu. Rasa sama macam tombong kelapa. Tapi oleh sebab nak dapatnya lebih mencabar, lebih nikmat kot. Hihik. Tapi kitorang sihat dan kuat. Ahaha.

Walaupun duduk dalam hutan, tapi sangat seronok. Sebabnya jiran kitorang sangat baik-baik. Duk sebelah kanan rumah kami Makcik Sitah dan Cik Jalil sekeluarga. Ni dah jadi rumah no dua saya. Selamba je pergi. Anak makcik Sitah ni lebih besar sikit dari kitorang. So selalu pergi rumah dia cari bahan bacaan. Selalunya cari komik dan majalah. Kadang makan sekali kat rumah dia.

Jiran dean rumah pulak Cik Murni dengan Cik Busu. Saya selalu pergi ngaji tumpang motor cik muni, sebab kononnya saya budak kecik lagi (org lagi jalan kaki). Pastu kat rumah cik muni dapat TV3. Kat rumah saya masa tu dapat RTM je. So bila ada citer best malam-malam cik muni ajak kitorang gi tengok kat rumah dia pastu tido terus kat rumah dia. Seronok sangat. Nanti dia bentang toto depan TV. Teringat pulak saya berkali-kali tanya kat dia "ni apa?" sambil tunjuk kat toto. Dan dia macam iklan burung murai tu dengan sabarnya jawab, Toto. Toto. Toto. Hahaha. Kesian dia.

Sebelah kiri pulak masa kitorang budak tu pasangan baru kahwin. Cik Ani dengan...sapa eh nama suami dia. selalu bawa kitorang balik rumah. kitorang pun seronok sebab kat rumah dia ada buku lagu (buku yang dia salin lirik lagu). Kalau ada mood nak nyanyi, saya gi rumah dia.

Dekat sebelah rumah cik muni pula ada seorang cikgu. Tapi dia tak mengajar kat Selendang. Tapi bila dia balik, dia selalu ajak pergi rumah dia. Nama dia Cikgu Zanariah (sama dengan nama mak). Nanti dia ajar menulis dengan membaca. Pastu tak kasi balik. Petang dia buat kuih dulu, baru bagi saya balik bawa kuih.

Happynya masa tu. Jiran semua sangat baik dan buat kami macam anak sendiri. Tak macam jiran saya sekarang.. Tak kisahlah kalau masing-masing buat hal sendiri. Tapi kalau sampai mengganggu ketenteraman, ARRGGGGGHH.. stressnya. Rumah sebelum ni, jiran saya jenis panjang tangan. Mula-mula pakaian dalam kami yang kiut-miut dicurinya. ingatkan orang gila seks, so kitorang ampailah yang kecik2 tu dalam rumah, alih2 seluar baju pun hilang. Yang lagi mantap tu selamba je pakai depan gua. Arrghh. Tak halal kan. berkurap lah ***** ko.

Pastu yang asyik berkaraoke melalak-lalak. Kalau suara tu sedap takpe. ni macam suara itik nila. Tapi kompiden pula dia melalak-lalak. Lepas satu lagu ke satu lagu. Entah berapa album dia putar tah.

Yang sekarang ni pun boleh tahan peliknya. Ada ke dia kemas-kemas rumah dia, sampahnya buang kat rumah kitorang. Nak bahasakan dah tua. Tapi takde kesedaran sivik. Pagi tadi selonggok rumput dia kat rumah kita. Ewah-ewah.. mentang kitorang ni org muda, BULI eh? Makcik tak nampak ke kitorang berkebun, berkemas merumput. Maknanya kitorang pun suka rumah kitorang bersih dan cantik. MACAM RUMAH MAKCIK. Tapi kenapa makcik mencemarnya. HUHUUHUH..

Yang membela kucing lepas tu biarkan kucing melepas kat porch rumah pun ada. Tapi kucing bukan ada akal kita nak marah. Tuan dialah yang tak mengajar. Yang parking depan rumah sampai kitorang yang tak boleh nak keluar masuk rumah sendiri pun ada. Bila kena hon, buat muka ketat macam kita yang salah. BRENGSEK betul. Sticker kat kereta macam orang terpelajar. Tapi perbuatan tu macam takde otak pun ada. Ikut senang dia je.


ARGGHHH.. Geramnya. Actually post ni saja saya buat supaya saya boleh luahkan perasaan sempena nak puasa ni. Harap-harap janganlah diorang buat benda-benda yang boleh menaikkan darah dan mengurangkan pahala puasa saya. hukhuk

No comments: