Salam semua..
Minggu lepas , semua ibu-ibu arnab yang bunting dah selamat beranak. Ada selang masa tapi tak jauh antara satu sama lain. Masih ingat pada Pindi? Iya, dia pun dah membuktikan kesuburannya. Hohoho.. Actually, ni kali kedua Pindi beranak. Kali pertama anaknya semua mati. Sama ada sebab saiz anak dia terlalu besar (lemas), atau pun sebab Pindi ni tak matang lagi masa tu. Ni pun masih tak matured lagi. Dia pergi beranak kat luar kotak..
|
Anak Pindi.. Empat Ekor.. |
|
Anak Coklat.. Baru juga beranak ni.. Tapi sebab anak dia dua ekor je, cepat diorang mengingkong. |
|
Anak sapa ntah ni.. Empat ekor juga. Paling latest. |
|
Anak Hitam. Semua hitam.. Tapi lincah.. Hehehh |
|
Anak ayam pun dah mula ramai.. |
|
Ni yang baru menetas.. Ada sembilan ekor.. |
|
|
Ayam-ayam dah mula banyak.. Ada beberapa ibu yang bawa anak.. Perghhh,, makin mencabar aktiviti pertanian sebab asyik kena kais je.. Gerammmmmm sangat. GRrrrrrr.. Tapi permintaan ayam kampung tinggi juga. Tak sempat besar dah ada yang tanya. So, terpaksalah bersabar dengan kerenah ayam yang ganas mengalahkan terrorist ni.. Hahhaha.. Kalau nak bertanam kena tempat yang semak-semak sikit, biar dia tak nampak tanaman kita. Hmm.. Plannya nak cari ibu ayam baru.. Nak cari baka yang besar sikit.. Biar anak-anaknya semua gedempol-gedempol belaka.
3 comments:
hi nurul...makin byk cik nab nampak!...betul ayam kampung best...harga pun boleh tahan 30 keatas sekilo..suka jugak nak membela2 ni..tp duk area mcm ni nanti ada yg makan hati
Untung bela ayam kampung demand tinggi di pasaran. Father in law pun ada buat kecil-kecilan.
haah..banyak juga.. ruang je tak mencukupi.. 30? mahal tu.. kalau harga tu kat sini, makcik kayoo.. tapi kat sini takdelah mahal sangat..
Diana, untung makan je lebih.. beli ayam bandar time nak buat kenduri je.
Post a Comment