Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 31, 2013

Selamat Tinggal Skudai

Hmm.. mungkin bulan Jun akan jadi bulan terakhir saya bekerja. Selepas ni terpaksalah say bye-bye pada Skudai. Banyak kedukaan dekat sini tapi banyak juga kenangan yang indah-indah. Bak kata orang tempat jatuh lagikan dikenang. Heh.. Tapi tentu masih kerap lagi bertandang. Tolong-tolong mana yang patut. Cuci rezeki kata orang. Yelah, selama saya bekerja pun, banyak ponteng kalau rasa badan tak sihat. Mujurlah bos saya sungguh memahami.

Dan setelah berbagai-bagai halangan, akhirnya ada juga berita gembira menjengah. Alhamdulillah, rayuan bantuan dialisis saya dah pun diluluskan walaupun tidak menanggung keseluruhan kos dialisis. Semalam suami terima suratnya. Syukur sangat. Lapang dada terang mata. Atas jasa Encik Idris, pegawai Perkeso yang berusaha membantu walaupun staf bawahan lebih sudu daripada kuah. Perihal gaji yang tertangguh pun dah mula menampakkan sinarnya. Terima kasih sangat-sangat pada bos saya, Datuk Dr Halimaton yang mencari jalan agar saya dapat juga bayaran. Sedang berusaha mendapatkannya, mudah-mudahan ada rezeki saya. Satu persatu masalah selesai, mungkin berkat doa-doa orang sekeliling yang dimakbulkan Allah. Terima kasih semua. Saya sayang kalian semua.

Oh ya, lupa pula. Saya ada memohon bantuan daripada Baitulmal selepas permohonan pertama ke Perkeso ditolak. Selepas diluluskan, suami saya call semula baitulmal memaklumkan perkara tersebut. Iyalah, cukuplah satu, dah syukur sangat. Tapi pihak baitulmal minta suami hantar surat dari Perkeso dan kalau lulus, mereka akan tanggung baki selebihnya. Alhamdulillah.. alhamdulillah.. Kalau dapat syukur, kalau tak dapat pun tak apa. Mungkin hak orang lain. Memang itu yang saya katakan pada suami. Kalau hak kita, kita akan dapat. Kalau bukan hak kita, nak buat macam mana. Kenalah usaha cara lain. Tapi kalau memang hak kita tapi orang menyeleweng, saya tak halalkan satu sen pun. Hehehhe.. Kejam tak?

Rasa sedih juga nak meninggalkan skudai. Yelah, susah senang kita berdikari. Selepas ni saya akan menumpang rumah mertua. Kenalah pandai-pandai bawa diri tak boleh nak malas-malas basuh baju, longgok-longgok pinggan, timbun-timbun kain, dan sepah-sepahkan rumah. Tak boleh juga bangun lambat sampai tegak matahari walaupun hujung minggu. Hehehe.. takpelah, bukan senonoh pun buat perangai macam tu. Yang penting dapat mengendeng dengan hubby 24/7. Bolehlah qada balik percintaan kami yang asyik terhalang dek jarak dan waktu. Chewah...Dan yang penting dapat buat aktiviti kegemaran iaitu jadi petani sepenuh masa. Mudah-mudahan inilah yang terbaik untuk kami. Aamiiin..

4 comments:

Umm AA said...

Alhamdulillah..alhamdulillah..byk2 syukur dipanjatkan kpd Allah sebaik2 pemberi rezki dan pertolongan...tumpang gembira ngan berita2 gembira tuh..semoga keadaan nuda bertambah baik..
Lepas nie kerja lagi tak? ke surirumah ngan petani sepenuh ms...good luck yer..:) take care..

PutriPurnama said...

ala sedihnya nadah perpisahaan tu.Tak apa, yg.penting dapat selalu bersama suami dan keluarga, itulah sebesar2 kegembiraan, biarlah hidup sederhana asal bersama.Tabahkan hati dik.

Ummu Madihah said...

Salam Nurul,

Alhamdulillah, kalau sudah memang rezeki Nurul, insya-Allah dapat juga, cuma lambat cepat aja! Semoga ada pula berita gembira daripada Baitulmal pula. Bila soal kewangan selesai bolehlah Nurul tumpu seluruh perhatian menjaga kesihatan diri! Memang ada rahmat di sebalik semua ketentuan-Nya, (among others and most importantly) x lama lagi bolehlah sentiasa berkepit dengan cik abang! Selamat menjadi petani sepenuh masa! Makin banyaklah hasil tani selepas ini ya.

Nudabuffy said...

Ummuaidan ~Alhamdulillah.. memang terasa sangat beban tu terangkat.. senyum je sepanjang hari.. Surirumah cum petani la kot.. Ada perancangan lain, tapi perlahan-lahan geraknya.

Puteri Purnama ~ Dah hampir empat tahun jumpa hujung minggu je.. Teringin juga nak hidup normal macam orang lain.. Betullah setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.

Ummu Madihah ~ salam Mak Aji.. InsyaAllah.. Ada rezeki adalah.. Hehehe.. tengah berangan nak tanam apa ni..Harap-harap larat la.. :P