Hmm.. sekarang ramai kawan-kawan saya dah mula menanam. Salah satu faktornya kerana kesihatan. Kawan saya yang kena kanser baru-baru ni dah mula diet vegetarian dan organik. Nak membeli je parah la. Mahal tu.. Saya pula dah mula perlahankan aktiviti berkebun sebab nak mula clearkan laman.. Tak lama lagi dah nak say bye-bye to Skudai. Jadi petani sepenuh masa la lepas ni. Heheheh..
Hmm.. bermula 15 Mei 2013, saya dah menjalani kehidupan sebagai pelanggan pusat hemodialisis. Keputusan ujian darah pada 14 Mei menunjukkan bacaan Creatinine sebanyak 930, urea pula 23. Saya pula dah mula muntah-muntah dan rasa lemah. Tak sangka pula vomiting tu antara tanda jelas yang saya perlukan dialisis. Sebelum buat dialisis terpaksa ke Hospital Putra, Batu Pahat jumpa pakar, Dr Kee sebab saya first timer. Dia suggest saya buat transplant ginjal. Calon penderma pula adik beradik saya..Katanya kalau dapat penderma saya boleh mengandung dan beranak ramai-ramai. Tapi masalahnya, sampai hati ke saya nak ambil buah pinggang adik beradik saya. Kalau apa-apa jadi pada diorang? Tak apalah, saya pilih untuk tidak mempunyai anak. Kalau suami saya nak anak, dia boleh kawen lagi satu. Heheheh..Second choice pula CAPD/APD. Ini mungkin saya akan pertimbangkan. But not now.
Berlakon sedih.. Padahal baru lepas mengilai tengok ulangan Edisi Khas |
Beginilah sambungan dibuat |
After 2nd time hemodialysis.... |
Saya tak rasa banyak beza sebelum dan selepas dialisis. Hmm after first dialysis, saya demam dan sakit tekak. Tapi satu malam je. Sakit tekak dan batuk je yang berlarutan. Kali kedua pula, diorang salah cucuk, bengkak tangan saya, dah sama besar dengan kaki. Huhuhu.. sakit.. Tuam punya tuam jadi lebam gile. Sampai 4 kali kot cari urat baru jumpa. Wawawawa.. rasa nak nangis.. Tapi lama-lama macam imun. Cuma cemuih ya ampun tunggu berjam-jam. Lepas ni 4 jam pula.. Kematu la bontot ambe.. Nasib baik pekerja-pekerja dekat centre tu sume baik-baik dan mesra-mesra.
Sekarang ni jadual dialisis hari selasa dan sabtu. Macam leceh jugalah sebab saya masih kerja. Kes gaji saya ni masih tak settle lagi, rasa demotivated gile nak teruskan kerja. Yelah, dahlah bantuan ilat tak dapat, gaji tarak. Duit simpanan kena tarah bukan sikit-sikit wooii.. Gunung pun boleh jadi lombong macam ni. Hahahhaha. Mulalah saya asyik emosi tak tentu pasal. Geram dengan orang-orang yang tak efisien. Pastu rasa marah tu berjangkit-jangkit, habis semua orang saya nak marah. Ramai pulak tu yang nak cari pasal. Sabor.. sabor.. marah tu sifat syaitan.. huhuhuhu.. Astaghfirullah.. astaghfirullah... alhamdulillah.. alhamdulillah..
10 comments:
Ya Allah Dayah.. sad to hear that.. takpe, banyaknye pahala sabar dayah dan suami :) ape2 update ye.. cni jela pun nk catch up.
salam nuda..
tumpang sedih dan simpati..tp apalah yg sy mampu tolong kan..cuma doa saya nuda tabahkan hati dan teruskanlah mintak pertolongan dari Allah agar dibukakan jalan..apa yg terjadi inshaallah adalah hikmahnya..take care yer..
Salam Nurul,
Padanlah lama tak update blog, x sihat rupanya. Mak Aji harap Nurul kuatkan hati dan bersabar dengan dugaan yang berat ini. Berat hati kami mengetahui keadaan Nurul, lagi berat yang Nurul tanggung. Doa Mak Aji selalu bersama Nurul insya-Allah!
salam nurul,
moga terus tabah...taka care..
get well soon.
cuma nak pesan, kalau bengkak or lebam, jangan tuam benda panas nanti makin teruk, letak benda sejuk atau ice pack. nanti surut laa.
jaga diri :)
salam....
mak sy pun baru buat dialisis feb lepas. mula2 buat ikut leher, baru semalam buat ikut tangan macam dayah. nampaknya dayah dh buat tapak fistula sebelum dialisis ye. pasal bantuan tu, socso tak tolong ke? dayah boleh minta bantuan zakat. mak sy cuci 13 kali sebulan, zakat tolong byr 12 kali, so kita cuma byr tuk satu sesi tu je. klu kita nak byr sendiri, mmg kopak la. tgk tgn dayah mcm tu, tingat kt tangan mak. sedihnya :(
Assalam Nurul... semoga tabah ya... Suami akak kata ni semua dah menjadi dunia baru untuk dihadapi... syukur atas apa yg ada..akak doakan kesejahteraan atas semua urusan ... insyaallah baitulmal boleh juga membantu... masa dialis tak boleh tidurkan!
Salam..kuatkn smgt..jika rsa demotivated,rs malang,.cpt2 istighfar. Ingt, ada org yg lg malang dr kite.setiap ksakitan yg dialami pnghapus dosa.dunia ni smntara.Akhirat nnt yg kekal abadi. Sy sgt fhm ape nurul rs sbb sy pn sakit buah pinggang.dh buat dialisis nk msuk tiga tahun.bezanya, sy wat CAPD. Alhmdulillah, keadaan sy smakin baik dan Insya Allah, bgitu juga nurul.sperti nurul sy juga tidak mpai hati mnerima buah pinggang dr ahli keluarga tmasuk suami. Sama2 kite teruskn hidup dgn tabah,bsmngt,gembira dan ceria ;-D
Terima kasih semua atas doa, sokongan dan nasihat.. InsyaAllah saya tidak akan sia-siakan.. cuma iyalah, kadang-kadang iman tu turun naik. Perlu ambil masa untuk sesuaikan diri.
Ummihasan ~ insyaAllah akan update kalau ada perkembangan. Cuma takut orang boring je baca.. heheheh
Ummuaidan~ TQ.. InsyaAllah..tak sempat-sempat melawat blog kawan-kawan
Ummu Madihah ~ Terima kasih mak aji. Untung nurul dapat kawan-kawan blogger yang baik-baik.
@na ~ TQ ana.. oH ya, benih pepasan dah sampai.. Happy sangat..
anon ~ Ye ke? alamak, diorang suruh tuam dengan benda suam.. saya selang seli sejuk dan suam.. Lebamnya mereak-rebak.
Rini ~ Sekarang tengah try apply zakat.. dapat separuh bantuan pun jadilah.. tak larat sangat nak membayar.. Nasiblah ada juga duit simpanan..Semoga mak Rini tabah selalu..
Kak Mar ~ haah.. tak boleh tidur.. saya dah berapa kali Hypo.. tiba-tiba tekanan darah turun rendah sangat..
hamba Allah ~ Tq.. memang banyak hikmah apa yang berlaku.. Bila dah macam ni baru nampak nikmat-nikmat yang Allah bagi. Semoga jadi pengajaran kepada org2 sekeliling. =)
kalau sakit urat,, rasa sengal2 baru guna benda panas. kalau bengkak or terseliuh guna benda sejuk. selalu je orang buat terbalik.
macam pemain bola sepak, bila diorang terseliuh, diorang spray benda yang sejuk kat tempat sakit. kalau taruk benda panas makin teruk jadinya.
heee. sekadar ingatan
Post a Comment