Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 24, 2012

Bayar Hutang

Hari ni first day puasa selepas sekian lama. Honestly, tak sedar pun dah masuk bulan Rejab. Lalainya diriku ini.. Sibuk sangat mengejar duniawi. Dah la hutang ada tiga hari belum ganti. Selalunya, dalam bulan syawal dah selesai qada' puasa. Tapi entahlah, tahun ni lalai sungguh walaupun dah macam-macam peringatan direct daripada-Nya.

Tu yang wajib. Yang sunat jauh sekali. Kadang-kadang kesian dengan diri sendiri. Susah snagat ke nak ganti puasa padahal bukan suka makan pun. Kadang satu hari tak makan sebab malas. Ni hubby takde lagilah tak jaga makan sebab malas masak. Selalu makan roti, oat, biskut atau buah. Tapi magiknya saya tetap gemuk. Hohohoh.

Masa zaman sekolah dulu, rajin je puasa walaupun makanan kat dewan makan sedap-sedap, tersedia 5 kali sehari. Pastu rajin ngaji dan hafal surah. Sekarang ngaji pun dah tak tiap-tiap hari. Tu pun mood cuma datang sebab abang saya rajin ngaji. Surah yang dulu hafaz dah tunggang langgang, asyik tertukar-tukar susunan ayatnya. Dulu setiap malam di asrama ada bacaan surah Al-Mulk, sampai terhafaz, tapi sekarang nak ingat ayat pertama pun macam nak mereng jadinya. Oh... saya sungguh teruk.

Orang patutnya makin lama makin bagus. Saya pula makin tak bagus. Sedihnya. Patutlah sekarang asyik lemau dan lemas dengan kehidupan ni. Ya Allah. Ampunkanlah hamba.

P/s: Kawan saya, Nurulhuda Ghani yang admitted ke HSA hari tu dah dapat discharge. Tapi baby masih dalam ICU. Alhamdulillah keadaan baby makin baik, beratnya pun dah mula meningkat. Semoga baby Zikri akan terus kuat dan bertahan, jadi anak soleh, bijak, dan berbakti pada Tuhan dan makhluk.Amiin


2 comments:

ummihasan said...

Dayah, alhamdulillah huda dah keluar ye. Huda dok mana sekarang?? Dayah la ni dok JB ke? wah, bestla nnt cik abg pun pindah JB yek.. hehe. may happiness be with u :) insyaAllah.

Nudabuffy said...

Ummu, tak pasti pulak sekarang kat mana sebab condition dia. Kalau dia duk dengan parents, dekat Kota Tinggi lah. Syukur sangat keadaan baby dah bertambah baik. Haah, start bulan 1 hari tu duk JB balik then esok baru hubby duk sekali. Thanks darling. InsyaAllah.