Sekarang ni tengah musim orang minat ayam kacuk. Rupanya macam ayam kampung, tapi lagi cepat besar daripada ayam kampung. Tapi yang paman bela ni, masa saiz anak-anak je bagi makan dedak dan kurungan. Pastu dilepas bebas dalam kawasan berpagar yang luas untuk cari makan sendiri selain diberi makan dedak, jagung, dan daun-daun, biasanya daun ubi. Kelakor tengok ayam-ayam tu kemaruk makan daun. Kekekke..Kita tengok gambar dulu!!!
Ayam-ayam menggila time bagi makan. |
Ayam kampung ori dan ayam mutiara pada peringkat remaja kena kurung. Takut terlibat dengan gejala sosial, mungkin. |
Lagi remaja kampung yang masih suci |
Sebahagian ayam mutiara. Lihat poko ubi yang hampir togel akibat dibelasah ayam-ayam tersebut |
Ayam-ayam peringkat sekolah rendah. Dapat bezakan tak anak ayam kampung dengan ayam mutiara? |
Aikkk... gambar itik takde lah pulak. Hmmm...nantilah kalau balik kampung tangkap gambar lagi. Hmmm.. Mulanya ramai juga orang perlekehkan sebab Paman bela ayam kacuk, tak laku katanya. Tapi last-last ramai pulak orang nak bela bila dah rasa. Rasanya tak jauh daripada ayam kampung betul, tapi of course la lebih puas sebab lebih banyak isi dia. Hari tu mak dengan ayah ada juga bela dalam 10 ekor untuk juadah raya, last-last tiga ekor jadi BBQ, yang lebih jadi juadah kenduri doa selamat. Ramai yang kata sedap. Tak tahulah kalau sebab air tangan my hubby yang terensem di dunia tu. Hahahahh.. Oh ya, kalau berminat nak beli ayam dewasa, sila hubungi suami saya, Hambali: 013-7885918. Lokasi penternakan ni dekat Kampung Tengah, Rengam. Harga pulak lebih kurang macam ni:-
Ayam kampung ori: RM 18/kg (tapi stok terhad sangat)
Ayam kampung kacuk: RM 14/kg
Untuk itik dan ayam mutiara tak pasti lagi. Nanti kalau dah confirm saya update. Sekarang ni Paman tengah galak menetaskan ayam-ayamnya. Ayam mutiara sangat produktif. Happy for him.
9 comments:
wah, ini pakai istilah paman-paman ni mesti jawa. hehe. adik beradik saya pun guna gelaran paman ni. salam kenal :)
Salam kenal wani. Haah, hubby orang jawa. Saya pun baru dibiasakan dengan istilah paman, bibik, embah. wani pun jawa ya? :)
assalammualaikum,
cantik ayam mutiara tu banyak.Teringin saya nak pelihara, sepasang je..dapat tengok ayam ni kat zoo je.
Puteri purnama ~ Puteri duk mana ya? kalau sekitar Johor boleh saya dapatkan. Nanti saya try minta harga spesial.. Hehehhe
mne na dptkn benih aym kg kacuk daging area johor?
fitry, kami ambil bekalan di Segamat. Kedai dia nama Dee Dong.. Dekat dengan balai bomba
salam...ade x stok ayam mutiara...
wt msa ni ada lgi ke bekalan ank aym api. Brpa hrganya.
amirul ~ Maaf, sekarang dah takde ayam api-api..
Post a Comment