Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 14, 2010

Khasiat Susu Kambing

Saya tak tahu sejak bila saya mula terjebak dengan susu kambing ni. Tapi saya memang penggemar susu walaupun kadang-kadang saya kalah dengan susu. Biasanya lepas minum susu, saya akan berulang ke tandas. Orang kata lactose-intolerance. So, saya cuba la susu kambing pula sebab orang kata hampir sama dengan susu ibu. Memang saya kurang ke tandas tapi harganya, ya ampun, RM 5 untuk satu botol kecik. Dah la cara menyimpan kena betul, kat tempat sejuk beku. Saya pernah beli dan simpan macam susu biasa. Hasilnya, bau hamis kambing tu keluar. Bweek. Fobia kejap nak minum susu. Membazir RM 5 ku. Dasar kedekut. Hahaha.

Sekarang ni saya jadi peminum susu kambing yang dibancuh macam susu tepung biasa. Harganya boleh tahan mahal juga. Jenama Hi-Goat. Susu ni saya beli daripada emak saya. Saya beli sebab dengan cara ni jelah mak saya nak terima duit saya. Saya pun tak faham dengan mak saya ni, bukan memang tanggungjawab biasa ke anak bagi duit kat mak ayah?

Cerita pasal susu kambing ni, saya pernah suruh adik lelaki saya tolong belikannya untuk saya di pasar pagi.

Penjual: Anak kena demam kuning ke?
Taufik: Eh tak lah..
Penjual: Habis, isteri tengah pantang ya?
Taufik: Taklah, saya belum kahwin..

LOL!

Kesian awak, Apit. Susu kambing ni memang untuk budak demam kuning dengan ibu berpantang ke? Setahu saya, susu kambing ni memang jadi amalan Rasulullah SAW kesayangan kita. Antara khasiat susu kambing:-

1) Susu kambing mudah hadam  jadi ia sesuai untuk semua peringkat.

2) Mempunyai laktosa yang rendah, jadi memang alternatif yang baik untuk orang-orang yang mempunyai alahan laktosa macm saya ni (dan suka pula minum susu).

3) Susu kambing bersifat alkali dan bersifat menyahasid, dan baik untuk merawat ulser dan gastrik.
Saya rasa ini bagus sebab kita memang terdedah dengan makanan-makanan berasid terutamanya makanan segera macam burger dan nugget. Makanan berasid ni boleh menyebabkan sakit kepala, sakit badan dan otot, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Banyak lagi khasiat susu kambing ni.. untuk bacaan lanjut sila kunjungi laman web rasmi HI-Goat dan Kerian Goat Farm sebab kat situlah saya baca pasal khasiat susu kambing ni. Saya percaya banyak juga kajian klinikal yang dah dibuat untuk mengkaji khasiat susu kambing ni. Suka saya nak ingatkan, saya tidak dibayar ya untuk letak nama diorang ni.

6 comments:

Shafique said...

Susu kambing nie mmg baek. Seyes banyak khasiatnyer. Tapi bila 3 in 1 ada susu kambing sudaa tak ok plak sebab pra campuran.

Apa pon tv pon kata if bley jgn amik pra campuran. Tapi regenyer tue la. Memula heran gak napa susu nie disimpan smp beku. Keh3!!

Kopi susu kambing 8!

Nudabuffy said...

haah..pracampuran memang tak se best yang ori.. tapi tulah..bukan main mahal regenye.. kena bela kambing sendiri kot.. ahahah

D@y@H said...

macam menarik... hmm ase die cm susu dutch lady ke... currently sye pregnant...susu sume tak ley telan...

Nudabuffy said...

rasa dia ok.. tapi macam yang dibincangkan, beli yang pure lagi bagus.. rasa dia pun sedap. yang pra campuran ni rasa dia ok juga. cuma tak boleh guna air panas, guna air suam je.

Seriously? wah tahniah dayah.. Amsyar nak dapat adik lah ni ya? pas ni boleh la guna nama aleesya yang dalam simpanan tu ek? (kalau perempuan la ehehe)

Shafique said...

Keh3! KEna beli kambenk sendiri hari2 perah sarapan pagi. Ngeeeeee!~

Nudabuffy said...

macam ideal juga kan? tunggu duk kampung dulu la.. ahahah