Saya rasa saya memang dilahirkan sebagai seorang yang pendendam. Tap sepanjang umur saya, entah berapa dendam saya yang dah terbalas. Tak ada kot. Mungkin saya seorang yang pengecut.
Saya rasa sangat geram bila kebaikan yang saya buat dibalas dengan kejahatan. Dan selalu pula orang cuma menjadikan saya kawan masa susah je. Bila dah senang, gembira, berjaya, semua lupa. Saya bukan minta dibalas, cuma saya hairan, kenapa tak minta tolong pada 'kawan-kawan baik' yang tersayang tu? Malah saya dan beberapa orang kawan pernah dilabel sebagai 'diswanted' persons. Apa agaknya maksud diswanted ek?
Bukan saya sahaja. Emak saya pun selalu mengalami nasib yang sama. Fitnah. Tapi Mak tak pula membalas dengan fitnah. Emak sabar. Mak kata, kalau ikutkan, mungkin boleh jadi gila dek mulut jahat orang. Bila si pemfitnah tu jatuh sakit, Mak tetap pergi melawat. Saya bising-bising kat mak, kena mak buat baik dengan dia. Kalau saya agaknya, saya akan kata, "Padan muka ko. Mulut jahat sangat." Ada satu ketika, mak pernah kena buatan orang, tapi mak tetap suruh saya buat baik dengan si 'pembuat' tu. Saya geram dengan mak.
Dulu ramai yang cakap saya ni pendengar yang baik. Selalu ada untuk mendengar masalah sesiapa sahaja. Tapi itu dulu. Saya rasa saya telah menjelma menjadi seorang yang semakin selfish. Mungkin dendam kesumat dengan sikap orang-orang yang *****. Arghhh... Tapi hati saya tak rasa puas pun. Kadang-kadang rasa bersalah pula. Dendam saya tak terbalas pun.
Saya selalu fikir, saya tolong orang masa diorang susah, tapi bila saya susah saya terpaksa harunginya sendiri. Itu fikir saya sahaja. Saya sebenarnya lupa, mungkin orang yang saya tolong tak tolong saya, tapi orang lain tolong saya. Mungkin saya tak berpeluang membalas kebaikan orang, tapi mungkin Allah akan bukakan hati sesiapa sahaja untuk menolong si budiman tu.
Hari ni, tiba-tiba saya tersedar. Kenapa dulu saya boleh buat baik, tapi sekarang tidak. Kenapa dulu saya willing? Rupa-rupanya, bila saya dapat tolong orang, saya rasa senang hati. I feel good. Mungkin itu lah juga yang mak saya rasa. Mungkin betul bila dikatakan fitrah insan ingin berbuat kebaikan. Kenapa saya nak membebankan fikiran saya dengan sikap-sikap buruk orang terhadap saya. Mungkin dia dah bantu orang lain dalam dunia ni dengan caranya sendiri.
Semoga Allah jadikan saya seorang yang baik hati walaupun saya ni moody.
5 comments:
Seyes wak if kita berbuat kebaikan kat orang walau sekecil mana kita akan rasa best sgt. Tapi kalo kita berdendam ngan org dan kita pikul rasa dendam tue nescaya (bukan neskepe) hidup akan rasa gloomy dan tak best. I live around ppl i hate but then i realize no use to hate 'em.
Kita jangan pk sangat bab2 kecik nie. Ikut mulut org penat kita. Jika tak orang tak kata la ikut hati mati. Penat sampai mati ar tue. Bek pk yang best2 buat menda2 yang menarik.
Moody? Teringat zaman dlu2 sy. Kah3!~
betul betul..
contoh benda kecik yang boleh kita happy;- bagi orang laluan kat jalan raya walaupun tu jalan kita. Then dia angkat tangan.. rasa best jek.. ahahaha..
dulu awak moody ke shafique? =)
Yup! kekadang mcm kita tersalah sket ke kat jalan raya mmg rasa nak marah that time tapi bila dia angkat tangan otomatik kita rsa kewl. Mcm selisih jalan kampung pon bila org angkat tangan tak susah bagi jalan kat org tue.
Me tak moody but learn a lot from someone so moody. Panjang cetanya sedey tapi I'm glad learn many things. Keh3!~
Ahahha... saya moody ikut orang sebenarnya. Ada orang memang 'cannot go' la kata orang sekrang. Tu yang asyik nak meletup je tu.
jangan pendam dendam..nanti cepat sakit jantung..
Post a Comment