Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 30, 2010

Buncit Beranak Lagi.. YEAAAAAAAAAA!

Amboi buncit, subur kamu yea.. Dah 3 kali beranak, tuan kamu ni juga yang tak beranak lagi.. Ehehe.. Apa petua?

Buncit ialah kucing kawan suami. Tapi dia bagi dekat suami sebab dia susah nak bagi komitmen nak menjaganya. Masa mula-mula dapat, dia tengah bunting. Dapat 3 anak, Ori, Singa dengan Capek. Tapi Capek baru je mati sebab keguguran (kot).

Buncit (yang tengok atas) bersama Singa (corak rimau) dan Arwah Capek (tompok2)
Pastu dia beranak lagi.. Anaknya semua mati kecuali sekor, Gemok namanya. Tapi dia pun dah mati sebab accident dan pendarahan otak (kot). 

Buncit dengan Arwah Gemok.

Buncit dengan anak-anak barunya.
Yang ni kali ketiga dia beranak. Lima ekor kesemuanya. Comel. GERAMNYA. Rasa nak picit-picit je.

Konvokesyen UTM kembali lagi.. Erkk.. Kenapa Yuran Konvo Mahal Sangat?

Alhamdulillah, setelah setahun lebih menanti, akhirnya saya dapat juga bergelar sarjana. Ahahah.. Macamlah gempak sangat kan? Sessi saya akan berlangsung pada 26 September 2010. Jemputlah datang. Tapi agak tak bestlah kan sebab lepas raya. Kalau sebelum raya, boleh la bershopping sakan. Mesti harga mantap-mantap. Kuih raya pula confirm melambak-melambak.

Tapi, adalah unsur geram juga sebab fakulti ni tak reti nak tipon beritahu boleh konvo.. Surat senatnya mana. Tahu pun sebab ada sorang lecturer tu tanya. Transkrip pun bantai pos je. Kalau hilang ke basah ke macamana? Yang lagi tak best tu, yuran konvo naik mendadak. RM 250. Kata lecturer saya, " Buat duit jelah ye". Dulu sekitar RM80-100 je kot. Transkrip pulak makin nipis.


Walau apapun, bersyukur ke hadrat Allah kerana mempermudahkan jalan saya. Dimurahkan rezeki sebab bos tawarkan kerja dekat KL. Dekat dengan suami. Alhamdulillah. Rezeki suami pun murah. Mungkin ini dikatakan rezeki ramadhan. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Juadah Berbuka 28/08/2010 Nasi Ayam dan Kek Coklat

Saya dah lama nak cuba masak nasi ayam sendiri..Takde resipi khas pun, sekadar apa yang teringat masa tolong mak buat nasi ayam. Hentam sajalah labu. Saya pilih nak buat hari cuti sebab banyak masa. Maklumlah, buat nasi ayam ni renyah sikit. Nak sediakan stok ayam, masak sup, sediakan sambal, sediakan salad/ulam, perap dan goreng ayam dan lastly masak nasi. Masing-masing ada cara sendiri buat nasi ayam. Saya dengan cara saya (cara mak saya sebenarnya).

Pukul 11pagi I dah start masak you! Ahahah..

Mula-mula kenalah bersihkan ayam pastu rebus bersama halia dan bawang putih. Stok Ayam ni paling penting sebab stok nilah yang nak guna masa masak nasi, buat sup dan sambalnya. Ayam rebusan pulak kendiannya digoreng selepas diperap bersama madu, kicap dan bawang putih. Rasanya lebih masyuk sebab ayamnya confirm masak tapi still moist.

Stok yang digunakan untuk masak nasi lebih kurang dengan sukatan menanak macam biasa. Cuma mak saya ajar, beras tu rendam dulu. Untuk sambal cuma ambil dua sudu besar stok ayam je. Lebihan stok diguna untuk buat sup. Buat sup macam buat sup ayam yang biasa. Dalam sup ni, saya letak bahagian ayam yang banyak tulang, macam kepak, leher dan rusuk. Yang berdaging tu saya goreng.

Oleh sebab saya bermula  awal, semuanya siap lebih kurang pukul 1, kecuali ayam goreng. Time makan tengah hari tu.. tak pasal-pasal lapar. So, nak menghilangkan rasa lapar, saya buat lah kek coklat ikut resipi kegemaran suami. Dalam banyak-banyak kek, yang ni dia paling suka. Saya dah buatkan sejak dari zaman bercintun. eheheh. Kononnya saya buat sebagai bekal untuk dia balik Shah Alam. Sekali, dia kena extend sebab masih ada site dekat JB.. YEAHHOOOO..

Sedikit gambar yang sempat disnap.
 Kek coklat sebelum dimekap.. Sila abaikan kecomotannya. Itu SENI namanya.. eheheh

Selepas dimekap..

Ayam Goreng Madu

Tak ada perkara yang lebih memuaskan hati bila tengok suami makan dengan berselera.. Siap mengulang time malam tu. Then masuk bilik semata-mata nak beritahu kek coklat tu sedap.. Nanti raya kita buat lagi ye sayang?

Thursday, August 26, 2010

Testimonial: SNE Capsules


Seperti dalam yang saya cerita dalam entri PCOS dan Negatif Lagi, saya mengalami masalah kecelaruan hormon sampaikan usaha kami nak dapatkan zuriat asyik terkantoi je. So, bila dah confirm tak hamil, hubby suruh saya amik supplement yang dah lama dia suruh amik tapi saya agak reluctant sebab harganya agak mahal. Tapi kata orang, kita berdoa dan bertawakal tak cukup kalau takde usaha kan. Jadi saya pun menurut kata makan SNE capsule ni. Gambar courtesy of SNE Marketing.


Tapi silap besar lah saya try kapsul ni masa bulan puasa. Patutnya tunggu habis bulan puasa baru try. Tak pasal2 tinggal puasa. Huhuhuh.. Selalu kitar menstruasi saya lebih kurang 9minggu. Tapi lepas 3 hari consume, saya yang dah terlewat seminggu dari tarikh sepatutnya, PERIOD! Dah lama tak tinggal puasa, alih-alih tahun ni kena mengganti. Bak kata member, dah biasa hidup senang takde hutang puasa. Hakhak.. dengkilah tu kan.. muahahah

Lepas tu saya perasan yang kali ni takde period pain sampai cramp-cramp perut macam selalu. Cuma extra-moody-me tu memang tak dapat ubah la. Walaupun sedih sebab terpaksa cuti puasa, tapi rasa happy juga. Sebabnya, before this walaupun tak period dalam tempoh dua bulan, tapi sakit perut macam period pain tu tetap dirasai.. Stress ko! Pastu alang-alang cuti tu, saya bantai lah buat kuih raya beria-ia. Yelah, boleh rasa. Kena pulak time buat tart nenas, asyik masuk molot je. Oppss.. Lari topik pulak.

Berbalik pada cerita asal, saya google lah info pasal kapsul SNE ni. Ni antara info yang saya jumpa. Produk ni dihasilkan dari biji buah seabuckthorn. Macammana pulak rupa buah ni ye.

Bersumberkan info daripada Phytochemicals Info, Seabuckthorn dikatakan kaya dengan beta carotene, Vitamin C, Vitamin E dan flavanoids. Seabuckthorn digunakan secara traditional untuk merawat masalah kulit, kewanitaan, jantung, gastric ulcer, mengubati luka dan ubat penahan sakit. Yang kat bawah ni saya copy paste dari satu sumber tapi blog dia dah tak wujud.

"SNE KAPSUL mempunyai daya penyingkiran radikal bebas yang kuat. Ia dapat meningkatkan system keimunan dalam 15 hari. Boleh mengaktifkan sistem otak, sistem saraf dan sistem endokrin. Mengandungi khasiat yang sempurna untuk membaiki kesilapan di dalam genetik manusia. Dapat mengaktifkan serta menguatkan sel-sel. Pada masa yang sama ia dapat memperkuatkan sistem saluran darah. Ia mengandungi lebih daripada 200 jenis khasiat yang penting untuk melakukan 6 fungsi;

1) Pencegahan Jangkitan Bakteria dan Virus
2) Ditoksifikasi
3) Penyelarasan Serta Pembaikian
4) Proses Penguatan
5) Peningkatan Sistem Keimunan
6) Melanjutkan Usia.

Saya cuma berkongsi. Harap-harap pelaburan ni membuahkan hasil. Amiin.

Restoren-restoren Yang Dah Tak Hingin Kukunjungi Lagi

Semalam saya rasa sangat happy sebab dapat mengendeng encik suami agar berbuka puasa di luar. Almaklum, dah bosan dengan masakan sendiri. Muahahah. Kalau ikutkan, bazar sekangkang kera je dengan rumah. Tapi tak sanggup sebab terlalulah ramai orang. Yelah, dekat dengan UTM kan?

So berbuka ala kadar je. Lepas berbuka tetiba kami berdua diserang sakit kepala. Biasalah kitorang ni, bukan reti nak sakit sorang-sorang. Mesti nak sharing is caring juga. Terpaksalah postpone makan luar sampai lepas isyak (hahah, kompom tak gi terawih). Masa tu punyalah sakit sampai dah tak rasa nak makan. Tapi oleh sebab hubby kena gi pulangkan kunci site, kitorang keluarlah juga. Masa tu tak decide lagi nak gi makan mana. Plannya nak makan kat Dapur Istimewa je. Tempat favorite kitorang. Hubby ada sebut nak makan kat McD tapi lepas tu tukar fikiran dengan alasan "Nanti Nurul gemuk". Erkk..

After pulangkan kunci kat Taman Universiti, kitorang pun bergerak la ke destinasi. Alih-alih terpandang Restoren Tungku Impian. Teringat pulak kat lab siang tu Syai cerita betapa nyamannya air durian belanda and mango yang diorang minum kat situ. Kiranya testimoni makan kat situ dahsyat la daripada ceritanya. So, suggest lah kat hubby, "Kita try makan kat sini nak? Syai kata best".

I ordered Mi hailam dengan air tembikai, emot pulak pesan jus epal dengan bihun tomyam. First impression? Impressed, sebab baru letak punggung dah ada yang datang amik order. Dalam hati, "tak macam Wakaf Singgora tu". 15 minit duduk, takde sekor pun yang amik order. Bila nak panggil, entah mana diorang menyorok. Dah la puasa time tu. baru buka puasa air kosong. Agaknya muka kitorang ni macam takde duit kot. Tak kuasa nak layan. Sob sob. Kompom aku blacklist walaupun makanan kat situ memang sedap.

Tak lama pastu makanan pun sampai. Eh, makanan sampai dulu. Bila rasa, alamak! Tak sedap lah mi hailam ni. Masin sangat. Tapi pikir dalam hati jelah. Sekali hubby cakap bihun tom yam dia pun tak sedap. Apa ni? Tapi saya cuba juga sumbat. Punyalah seksa sebab air tak sampai2 lagi. Yang hairannya, orang sebelah meja kitorang datang lagi lambat dah dapat air maaaa... Saya pun pergilah ke kaunter nak tanya. Takde orang jaga. Saya pergi ke tempat orang bancuh air. Tak sempat buka mulut yang tukang buat air tu cakap, "order! order!" Kononnya, dia tak amik order. saya kena order kat pelayan. Saya cakaplah saya dah order. Then datanglah sorang young lady ni, nak bayar ke? aiii.. aku belum minum lagi. Tak, saya nak tanya, kenapa air tak samapi lagi. Dah lama dah duduk. Pompuan tu buat muka kerut-kerut macam nak marah. "Order air apa?" dengan nada yang tak nice langsung. pas saya btau dia pun bagilah arahan kat tukang air kerek tu. Geramnya. Penat je saya siapkan tekak ni dengan tone yang lembut. Saja nak buat aku marah kan. Dah la aku sakit kepala, lapar, disaji hidangan hampeh.

Sampai kat meja, family yang duk sebelah meja kitorang dah siap makan pun. Then hubby cakap, dia ada tanya sorang waiter tu, kenapa air tak sampai. Boleh mamat tu tanya, dah order ke? Eh mangkuk, tengoklah atas meja tu kan ada makanan. Kalau orang tanya kenapa belum sampai, mestilah sebab dah order tapi tak sampai. Hubby kata, nasib baik waiter tu tak kerek. tu pun dia dah gigil-gigil sebab marah campur geram. Saya pun membebel-bebel. Peduli apa kalau customer lain dengar. Bukan ramai orang pun kat restoren ko tu. Beberapa minit kemudian baru lah air sampai. Dengan takde minta maaf ke apa ke, selamba je muka. So, secara rasminya saya menyenaraihitamkan restoren ni. Jangan harap lah nak pergi lagi kat situ. Sakitnya hati.

Kitorang berbincang dalam kereta. Kenapa kitorang selalu kena macam ni. And selalunya time nak berbuka puasa. Saya kata agaknya sebab kita ni nampak macam takde duit kot. Tapi kenapa peminta sedekah suka approach kitorang? Hukhukhuk. Tak pun kitorang ni invisible kot. Ahaks. Saya teringat yang suatu masa dahulu saya nak buka puasa kat pizza hut jusco taman u dengan kaklong sama juga. Lagi dahsyat kot. Dekat setengah jam kat situ, semua waiter bolayan tamo amek order. Bila panggil, "kejap, kejap". Padahal tak ramai orang. Alih-alih orang yang datang kendian dilayan dulu. Brengsek! Sudahnya, dah lama tak gi Pizza Hut. Bukan Taman U punya branch je, semua Pizza Hut. Trauma. Cis, buat kurus pahala puasa je diorang ni tau. Tapi betul ke kalau puasa tak boleh marah? Kalau sakitkan hati orang pula macamana?

Friday, August 20, 2010

Kenapa Perlu Naikkan Harga Setem?

Oh! Harga setem naik seratus peratus. Kenapa saya baru perasan pasal ni ya. Padahal ada je dalam
Berita Harian dan Mstar.

Katanya untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan. WTH! Apa kaitan naikkan harga dengan kecekapan? Kecekapan tu bergantung kepada peribadi pekerja ok?? Nak naikkan pulak tak mengagak. Mengikut pengalaman saya, masalah kecekapan tu sebab ramai (bukan semua) pekerja yang dah jemu bekerja. Garang bukan main, cakap kalau boleh mesti nak menyakitkan hati orang. Rupanya bukan saya seorang yang kena, tapi ramai yang merungut. Bila ada yang letak dekat wall FB, ada pula yang membela, "Janganlah kutuk dia, dia jiran saya". SO WHAT?!!
Etika mana? Customer service mana? Walaupun ada juga yang mesra macam kat Poslaju Larkin, tapi pengalaman-pengalaman ngeri yang pernah dialami apabila berhadapan dengan mereka-mereka yang kereks begitu menakutkan saya.

Kalau macam nilah, makin sepilah Pos Malaysia tu. Pula tu orang dah tak rajin nak hantar surat. Kalau mahal sangat, baik hantar email, sms, ataupun guna application yang macam-macam kat Facebook nun. Bukan setakat surat or kad raya, kuih raya, lauk berbuka semua boleh. Hahahah. Nak bayar bil sekarang pun boleh guna online or bayar je ikut bank mana-mana. Lagi Bank happy. Kita pun happy sebab dilayan dengan mesra, bukan dilayan oleh singa.

Tapi saya sangat sedih. Saya suka kumpul setem!

Wednesday, August 18, 2010

Makcik, makcik tak puasa ya hari ni?

Kalau makcik puasa, kenapa makcik sakitkan hati saya. Kenapa pagi-pagi lagi makcik dah buang sampah depan rumah saya. Kalau makcik nak buang sangat, kenapa makcik tak buang dalam tong samaph saya, kenapa mesti di luar tong sampah?

Makcik, umur makcik berapa ya?
Kalau tengok rupa makcik, saya rasa dah boleh panggil nenek. Tapi makcik sihat, masih kuat. Masih boleh menyeberang jalan semata-mata nak buang sampah kat rumah saya.

Makcik,
Saya ada buat salah dengan makcik ke sampai makcik sakit hati sangat dengan saya. Sampai nak mencemar kebersihan rumah saya. Makcik tak nampak ke saya dengan suami bersihkan sampah-sampah yang makcik buang tu? Kami pun nak bersih juga macam rumah makcik. Tolonglah makcik, jangan buang sampah lagi depan rumah saya.

Ke makcik nak saya candid gambar makcik buang sampah lepas tu pos dekat blog? Makcik nak macam tu? Geram sungguh saya dengan makcik. Nasib baik saya puasa tau makcik.

Makcik puasa tak hari ni?