Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 8, 2011

Surirumah? Patutkah kuteruskan?

Diam tak diam dah 3 bulan saya tak bekerja. Dengan kata lain, menjadi surirumah tangga. Ada bahagian yang seronok dan ada juga bahagian yang tidak. Demi kesihatan, memanglah duduk di rumah tak bekerja tu pilihan yang terbaik. Berehat apabila dirasakan perlu. Tak terbeban dengan tugasan di tempat kerja. Pagi-pagi hantar suami ke muka pintu, masak untuk dia, sambut dia balik kerja. Pendek kata, hidup ni untuk suami jelah. Tapi untuk seorang yang 'independent' (kononnya..hehehe), cepat bosan duk kat rumah, kadang-kadang gila kerja, rasa nak meletup juga kepala memikiokan apa nak buat sepanjang hari. Ditambah pula takde 'income' dan cuma mengharapkan belas ihsan suami, aduhai.... Kena pula orang yang suka berbelanja online cam saya. Kat facebook je dah ramai yang promote itu ini. Maxi dress la, tudung la, craft, tupperware, bla..bla..bla... Huwaaa.. menggugah keimanan betul. 

Dalam klik saya sendiri sebenarnya ramai yang memilih untuk menjadi surirumah. Biasanya selepas dapat anak yang pertama. Orang kata, bila dah pegang anak sendiri, beratnya hati nak lepaskan. Lagilah sekarang ni dengan macam-macam kejadian melibatkan babysitter dan amah. Saya pula memang dah pasang impian nak bagi anak minum susu ibu secara eksklusif (Moga dimurahkan rezeki). Mana nak cari babysitter yang sanggup bersusah-susah ya? Nak cari baby sitter je pun dah susah. Kena pulak kalau kitorang survive (saya dan baby), mungkin inilah satu-satunya anak saya. Tentulah nak pastikan yang terbaik untuknya.

Terbaik tu dari segi apa? Kalau mama kerja, mama dapat sediakan keperluan yang mencukupi malah lebih sempurna. Baik untuk masa depannya, pendidikan, perkembangan dan macam-macam lagi. Tapi masa bersama akan kurang, curahan kasih sayang pun mungkin terhad. Takut-takut anak membesar menjadi individu yang materialistik. Tapi kalau fikir secara realistik, boleh ke kami suami isteri mencukupkan keperluannya dari sekarang sampai dia mampu berdikari? Lagi-lagi keperluan kesihatannya. Kata orang, anak yang lahir daripada ibu yang kurang sihat mungkin akan menghadapi masalah kesihatan (nauzubillahiminzalik).

Mungkin apa yang saya perlukan ialah istikharah dan petunjuk daripada ALLAH. Buat masa ini, saya akan menikmati masa-masa berehat saya. Once anak dah keluar, sama ada di rumah atau di tempat kerja, mama tetap akan menjadi orang yang paling sibuk. Apa-apa pun, kita berusaha. Chiayok!

Wednesday, April 6, 2011

Clumsy is My Middle Name - Appointment 4/4/2011

Hari tu jatuhkan handphone dalam toilet... pastu sebabkan kad atm kena telan.. tak tahu nak sedih ke nak gelak.. adoyai.. clumsy nye lah. Nasib baik ada internet banking. Dah la buku banknye pun entah kat mana. Sabor..sabor..Semalam gi CIMB untuk amik balik kad atm tu.. tapi nampaknya kad tu belum keluar dari machine... Bila tak dapat dipastikan. So, minggu dean jelah pergi lagi.

Oh ya, di kesempatan ni nak ucapkan tahniah pada Khidayah yang baru dapat anak nombor dua. Hero lagi. Bestnya...

Hmmm.. dah berapa kali skip buat laporan appointment hospital dan klinik. Kadang tu balik dari appointment penat sangat-sangat. sampai rumah terus collapse. Yang paling latest Isnin baru ni. Appointment dengan Dr Nazimah, di HTJ. Hari tu saya kena cirit-birit. Hujan pulak turun mencurah-curah di pagi hari. Terpaksa hubby hantar ke stesen komuter. Merah gamaknya attendance dia pagi tu. Tapi syukurlah, appointment kali ni nampaknya lebih positif. Tekanan darah semakin stabil (selepas dos methyldopa jadi 6 biji sehari). Pastu albumin cuma trace. Dr happy dengan condition saya. Ahamdulillah...

Lepas tu dr scan baby. Dia kata baby relatifnya agak kecil sebab berat dia just 867 g lebih kurang. Patutnya berat dia dah lebih 900 g. Tapi dr ambil kira juga saiz tubuh saya dan suami yang tak berapa tinggi. Lagipun bbay sangat aktif bergerak. Tengah Dr syok scan, tetiba si comel ni bagi tendangan padu kat ultrasound tu. Terkejut Dr dibuatnya..


Dr   : whoa whoa kuatnya dia...

Me  : Die memang macam tu ( sambil sengih2 geli sebab budak ni tak berhenti2 menggelodak)
Dr   : Garangnya... kalau aktif macam ni tak perlu risau sangat lah.

Then dr cakap, walaupun dia kecil, bila dia dah cakap usia 28 bulan (tomorrow), insyaAllah dia boleh survive kalau terpaksa bersalin. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya. Yang penting, paling lewat saya akan bersalin masa kandungan 37 minggu. Baby, Kita berjuang bersama-sama ya. Chiayok!

Tuesday, March 29, 2011

Happy Belated Birthday Cayang!

Arrrrr...dah dua minggu lebih terlewatnya nak buat post untuk suami tersayang sempena birthday dia.. Macam-macam hal yang berlaku sepanjang tempoh ni.. Oh ya, 13 Mac lepas birthday big boss saya. Kalau ikutkan banyak benda nak letak dalam post ni.. tapi nampaknya dah basi.. eheheh...

Kalau ikutkan, bukannya saya yang meraikan dia, tapi sebaliknya. Kitorang pergi jalan-jalan, lepas tu tengok perlumbaan basikal Jelajah 1Malaysia yang kebetulan lalu dekat Nilai hari tu. Ada video tapi besar sangat saiznya. Dah la broadband ni semput. Hari tu LeTour pun lalu sini. Heran juga ya, sebab jalan berlubang-lubang pun boleh jadi trek perlumbaan.. Eheheh. Kononnya nak pergi photoshoot konon-konon. Sudahnya, photoshoot dalam rumah je sebab panas sangat kat luar. Inilah hasilnya bila rumah x cukup pencahayaan.

masa kandungan 24 minggu

Nak jadi cerita, keesokkan harinya kami dapat berita kematian Embah (nenek) suami. Kelam-kabut juga jadinya sebab suami dah bersiap nak ke tempat kerja. Saya pula ada appointment di Klinik Pakar HTJ sebelah petangnya. Mulanya, saya ingat biar suami je yang balik. Saya takut nak memonteng appointment. Then baru terfikir nak call hospital untuk tukar tarikh temujanji. Tapi tetap kena ke ke HTJ dulu. Adik-adik ipar, Abu dan Idah kami suruh naik komuter ke Seremban. Temujanji saya ditunda seminggu. Tapi darah tetap kena sedut juga. Huhu..Selesai hal temujanji, komuter pulak sangkut sebab ada komuter lain rosak. Bila telefon ke kampung, jenazah dah pun dikebumikan. Aduhai, kesian. Tak dapat nak menatap wajah arwah buat kali terakhir. Tapi yelah, itu yang terbaik, mempercepatkan pengkebumian.

Kebetulan tarikh temujanji baru saya sama dengan tarikh ambil sampel darah dan air kencing. Tapi ambil darah pagi. Appointment petang. Punyalah jenuh menunggu sampai naik temper saya dibuatnya.. Akibatnya, tekanan darah saya naik, dan terus kena admit lagi.. huahuahuaua... Tak memasal berkampung lagi dalam wad. Kesian hubby kena hantar barang dan takde orang memasak untuk dia. Wad kali ni memang untuk ibu mengandung dan bersalin. Lagi strict dari wad lepas. Nak keluar kejap pun dia tak bagi. Dos ubat pulak diorang main doublekan je. Dah macam gudang ubat je rasanya.

Nak dijadikan cerita lagi, handphone saya terjatuh dalam toilet. HUHUHUHU..kalau tandas duduk takpe lagi. Ni tandas cangkung yang maha dalam pulak tu.. rasa nak nangis time tu juga. Dah la handphone tu jelah penghubung dengan cayang saya. Nurse tak bagi tinggal-tinggal kat bed. Nasib ada beberapa keping duit syiling pastu curi-curi telefon kat public. Tu pun mak guard dah bising-bising suruh masuk. Pastu adalah beberapa insiden mencemaskan kat wad ni (malas nak cerita). Macamanalah darah den nak turun.. hohoho.

Tapi yang paling geram tu, time diorang bagi discharge, dia x bagi pergi bayar bil sendiri. dah la xde phone nak bitau hubby. Dia nak suruh suami atau waris juga yang bayarkan. Padahal kaunter tu tingkat bawah tu je hah. Kalau dia takut sangat memudaratkan pesakit, baik dia tolong tolakkan naik wheelchair. Dengan muka sedih nak nangis saya btau lah yang takde hp. Barulah dia offer nak call suami. Tu pun tak leh cakap sendiri. Dia yang cakapkan. Huhu..kalau boleh balik sendiri, pagi-pagi dah boleh keluar. Dahlah dah tengah hari baru nak bagi bil dan btau x boleh bayar sendiri..Kalau tak awal-awal dah cakap dengan yayang so dia boleh amik half day. Hubby sampai lebih kurang pukul 4.30 ptg. Ingatkan diorang dah sediakan semua. Rupanya macam-macam benda lagi yang nak kena settle. Appointment diorang tak amik lagi. List ubat dia tak bagi sekali dengan bil. Sudahnya menanti-menanti je kerjanya. Yang cik abang pulak asyik kena turun naik. Makan jam jugalah baru selesai. Ayoyoyo..

NAsib baiklah happy sebab nak keluar wad. Pastu weekend anak sedara kesayangan nak datang. So happy sebab meriah rumah kitorang walaupun sesak and tidur bersepah-sepah. Thanks Kak Pojit + Abg Awie, Kak Yaya + Abg Nazim, Idah dan Wawi sebab sudi datang rumah kecik kami. Sorry ya sebab tak dapat layan beria sebab badan asyik kebas-kebas je. Bila-bila free datang lagi tau! LOve you all.

Tuesday, March 1, 2011

Appointment 28 Februari 2011

Semalam saya pergi ke temujanji rutin dengan Pakar Nefrologi dan Pakar O & G Hospital Tuanku Jaafar. Mulanya excited sebab ingat dapat ushar baby dalam perut ni. Tapi mood makin lama makin menurun. Pertamanya, kerana terlalu banyak proses menunggu yang menaikkan tekanan darah. Dah berapa hari pantau sendiri tekanan darah, ok je. Stabil. Alih-alih bila jumpa doktor, tekanan jadi 150/100 mmHg. huhuhuhuhu.

Sessi pagi jumpa pakar Nefro dulu, Dr Lily. Dia kata, fungsi buah pinggang makin merosot. Macam biasalah, sekarang kalau jumpa doktor, saya sengih-sengih je. Dah tak larat nak sedih-sedih dan menangis. Lagipun, kalau ikutkan bacaan creatinin 216 tu masih lebih baik daripada masa saya kena admit hari tu, 225. Entahlah ya, diorang pakar, diorang lagi tahu lah kot.

Masa sessi petang ingatkan doktor akan scan baby. Tapi rupanya cuma dengar degupan jantung baby je. Tapi tetap excited. Sebab dia sihat. Baru nak tengok aksi-aksi dia melasak dalam perut. Terlalu lasak sampai sekarang ni selalu je termuntah masa/lepas makan sebab dia menggelodak dalam tu. Lepas ni, temujanji di O&G akan jadi seminggu sekali. Saya kenalah belajar naik komuter ke Seremban. Kesian suami asyik kena curi masa kerja nak hantar ke Hospital.

Setiap pakar ada pendapat masing-masing. Ada yang sama dan ada yang berbeza. Diorang sepakat yang kandungan ni memang berisiko untuk merosakkan buah pinggang saya. Tapi saya dapati pakar nefro lebih cenderung untuk mempengaruhi saya menamatkan kandungan, berbanding pakar O&G yang percaya yang saya patut diberi peluang untuk mempunyai anak sendiri. Bagi saya sendiri, sama ada saya teruskan atau tamatkan kandungan ni, perkara ni takkan tamat di sini sahaja. Saya rasa, saya akan jadi bahan ujikaji. Cuma bezanya, sama ada saya akan ada anak sendiri atau tidak.

Saya diberitahu lagi, semakin lama kandungan ni diteruskan, semakin berisiko kepada ibu dan bayi. Jadi, kemungkinan pada minggu ke 28 saya sudah perlu dimasukkan ke wad. Target mereka sekarang ni untuk membawa kandungan sehingga minggu ke 32. Seterusnya saya akan di'induce' supaya melahirkan. Tapi sekiranya keadaan sukar dikawal, kelahiran terpaksa dilakukan sebaik sahaja bayi mempunyai berat melebihi 1 kilogram. Sekarang saya baru 22 minggu. Ada lebih kurang dua bulan lagi untuk mencapai berat tersebut.

Dua bulan adalah satu tempoh yang lama bagi kandungan yang berisiko. Macam-macam boleh terjadi. Tapi dua bulan juga waktu yang sangat singkat untuk bakal ibu-bapa baru macam kami untuk membuat segala persiapan. Perlu tak kami membeli kelengkapan sekarang? Kalau tidak, bila waktu yang sesuai? Kalau ya, apa yang wajar disediakan? Walaupun saya cuba untuk tidak memikirkan kemungkinan bahawa anak ini bukan rezeki kami, tapi saya perlu juga realistik kan? Supaya tak terlalu mengharap dan kecewa, walaupun dalam hati ini kuat mengatakan yang kami akan mampu mengharungi saat sukar ni. Semoga doa-doa kami diperkenankan Allah SWT. Amiin. 

Wednesday, February 9, 2011

Hikmah Di Sebalik Musibah

Dengan air mata yang masih bersisa, kami mendaftar di  Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada 5 Januari 2011. Doktor menemubual dan bertanya sejarah perubatan saya. Kadang-kadang jemu juga ditanya soalan-soalan yang sama selama beberapa hari di sana. Pelbagai pemeriksaan dilakukan. Setiap kali diperiksa doktor sentiasa mengingatkan kemungkinan untuk mengeluarkan bayi bagi menyelamatkan ibu. Setiap kali itu jugalah air mata saya mengalir semula. Apatah lagi selepas ultrasound menunjukkan bayi sihat dan bergerak-gerak dalam perut saya. Hancur luluh hati saya memikirkan nasib bayi yang belum sempat menghirup udara luar tapi....ahhhh..

Setiap hari darah diambil untuk menyiasat punca dan mengkaji keadaan kesihatan saya. Ultrasound dilakukan untuk mengetahui keadaan ginjal saya. Kata doktor ginjal saya mengecut. Saya pun tak pasti apa akan jadi kalau ginjal mengecut. Doktor kata, darah tinggi, fungsi ginjal dan kehamilan saya saling berkait. Tidak pasti yang mana yang memudaratkan yang mana, saling bertimbalbalik. Pemeriksaan harian menunjukkan keadaan yang statik, tidak semakin baik dan tidak semakin teruk. Para pakar dari bidang masing-masing (Obstetrik dan Ginekologi (ONG) dan Nefrologi) mempunyai pendapat yang sama. Kepada kami suami isteri mereka menyatakan risiko-risiko sekiranya kandungan ini diteruskan.

1) Kandungan ini boleh menyebabkan fungsi buah pinggang saya semakin terganggu/semakin rosak. Sehingga saya perlu menjalani dialisis. Tetapi sekiranya digugurkan, mereka tak dapat menjamin keadaan semakin baik. Mungkin buah pinggang saya akan terus rosak. Sekiranya ini berlaku, saya tidak akan dibenarkan mengandung.

2) Keadaan buah pinggang dan tekanan darah tinggi ini boleh menyebabkan bayi saya mati dalam perut atau gugur dengan sendiri.

3) Sekiranya saya ingin meneruskan kandungan, saya perlu bersedia untuk menjalani dialisis sekerap 5 kali seminggu jika didapati fungsi buah pinggang saya merosot. Sekiranya terus merosot, doktor akan tetap mengeluarkan bayi untuk menyelamatkan ibu.

Walaupun doktor tak beritahu semua tu, saya sudah tahu keputusan saya. Dan saya tahu suami saya juga begitu. Kami akan teruskan kandungan ni dan bersedia menghadapi semua risiko. Sekiranya sudah ketentuan-Nya anak ini bukan rezeki kami, sekurang-kurangnya kami mencuba. Malah doktor sendiri menyatakan mungkin inilah satu-satunya peluang kami untuk memiliki anak sendiri. Kami mesti cuba. Kata orang, Manusia punya Asa, Tuhan Punya Kuasa. Terserah kepada Allah segala-galanya.

Dalam kelemasan menghadapi dugaan ini, saya disedarkan dengan banyak perkara. Musibah datang bersama hikmah. Sepanjang berada di wad, pelbagai jenis manusia dengan bermacam-macam penyakit dapat dilihat. Kadang-kadang terfikir, apa sangatlah apa yang Allah beri padaku ini. Menjadikan saya lebih bersyukur.

Sesungguhnya Allah telah memberikan saya insan-insan yang baik sebagai keluarga dan teman. Lelaki yang terbaik sebagai suami. Saya tak mungkin mendapat lelaki yang lebih baik daripada dia yang menyayangi dan menerima saya apa adanya saya. Masa inilah saya lebih menghargai keindahan kasih sayang keluarga terutama mak ayah dan mertua. Pada ketika sepatutnya saya membalas jasa dan menabur bakti, ayah masih boleh berkata, "Kalau Angah nak buah pinggang, ambillah ayah punya sebelah." Terasa sebak membuku dalam dada. Menyedari sekarang usaha mencari nafkah terbeban di bahu suami saya seorang, ibu bapa mertua menawarkan untuk membayar hutang kereta kami. Bukankah pada usia mereka sekarang mereka seharusnya berehat dan ditanggung anak-anak, bukan menanggung? Tak apalah, biarlah kami belajar hidup bersusah-susah. InsyaAllah ada jalannya.

Dan pada waktu inilah Allah tunjukkan pada saya betapa ramainya teman-teman yang mengambil berat dan sayangkan saya. Yang sanggup bersusah-susah untuk saya. Yang menangis bersama saya. Terima kasih banyak-banyak pada Dr Huud (my old friend) yang bersusah-susah dengan urusan hospital sepanjang saya kat HTJ. I owe you a lot. Terima kasih juga pada majikan saya yang memahami dan sudi memberikan cuti yang panjang kepada saya untuk berehat. Nikmat Tuhan yang mana yang nak saya dustakan?

Sekarang saya perlu ke hospital hampir setiap minggu di samping check up rutin di klinik kesihatan. Namun, melihat perut yang semakin membesar dihiasi dengan stretch marks yang kejam, ditambah dengan gerakan yang mengujakan dari dalam, memberi saya kekuatan menghadapi segalanya. Semoga segalanya berakhir dengan selamat dan sejahtera. Amiin.

Wednesday, January 26, 2011

Hidup Penuh Cabaran. Ya Allah, Berilah Hamba Kesabaran.

Lama sangat-sangat rasanya tak berbelog. Macam-macam sebab dan alasan. Suami pun selalu bertanya ada update blog tak, sebab dialah pembaca setia. Mulanya sebab kekangan kerja. Maklumlah tempat baru, suasana baru, kompeni baru. Operasi pun tak jalan lagi. Macam-macam benda nak kena handle. Pekerja pun belum ramai. So sayalah pengurus, sayalah QC, sayalah setiausaha, sayalah juga kerani dan tukang cuci. Senang kata, kalau ada kerja, takde istilah tu kerja aku, tu bukan kerja aku. Sama-sama kena buat. Nasib baik kerja-kerja welding tak kena buat. Muahahah.

Tak tahulah kerana bebanan kerja yang terlalu menghimpit atau memang dah kondisi tubuh saya yang tak memuaskan, dugaan datang bertimpa-timpa. Akhir bulan disember, saya pergilah buat booking untuk pemeriksaan antenatal saya. Memang dah saya duga, kalau buat medical check up, confirm ada yang tak lepas. Hemoglobin rendah, plus dalam air kencing ada protein dan darah. Semua tu masalah-masalah lama saya sejak dari zaman remaja + bujang dulu. Malah lebih kurang dua-tiga tahun saya berulang ke Hospital Sultanah Aminah buat segala macam check up. At the end, doktor2 buntu sebab tak tahu apa punca sebab everything seem very normal.

Untuk pastikan segalanya 'normal', saya dikehendaki menjalani beberapa ujian darah dan urine test. Temujanji dengan doktor ditetapkan 3 hari akan datang.

Tiba hari yang ditentukan, satu lagi masalah timbul. Tekanan darah saya naik melambung2. 140/90 mmHg. Oklah, sebenarnya tu pun masalah lama. Cumanya dulu blood pressure (bp) tu betul2 kat border, belum jadi darah tinggi lagi. Masa tu para doktor cuma membebel2 je, tapi tak lah sampai kena amik ubat. So, doktor tetapkan suruh saya datang klinik hari2 untuk amik tekanan darah, amik darah n ujian air kencing. Saya dah mula serabut. Yelah, saya ni kerja. Syarikat tu bukan mak ayah saya yang punya. Tiap-tiap hari masuk kerja pukul 12? Soooooooooooo not like me. So, saya pun minta cuti tanpa gaji sepanjang bulan januari. Tapi tak diluluskan. Ok fine, walaupun saya mula rasa tertekan.

 Pemeriksaan tekanan darah harian tu menunjukkan bp saya makin naik setiap hari. Keputusan ujian darah pun keluar. Doktor cakap, result tu menunjukkan ada gangguan fungsi buah pinggang. Saya masih cool lagi sebab dah jangka dari ujian air kencing yang langsung tak menunjukkan perubahan walaupun dah amik ubat. But then, doktor cakap kena jumpa pakar dan admit kat Hospital Tuanku Jaafar. Saya mula gelisah. Teruk sangat ke? Dan kebimbangan saya sampai ke kemuncak apabila diberitahu, "Doktor Pakar akan decide whether we need to terminate the pregnancy or not".

Ya Allah... Masa tu rasa macam seketul batu besar jatuh menghempap kepala. Bingung. Lost. Sms Hubby suruh balik utnuk hanatr gi spital. On da way balik, saya dah menangis meraung-raung. Saya tak peduli bila orang tengok saya dah berjurai2 air mata. Bila hubby balik, saya tetap tak boleh berhenti menangis walaupun dia cuba menenangkan saya. Saya tak boleh nak buka mulut beritahu keadaan sebenar sebab dah tersedu sedan. Sudahnya saya taip di handphone je.

Saya tahu saya seorang yang kuat dalam menghadapi cabaran hidup ini. Jalan hidup saya tak pernah lurus dan rata macam highway. Sentiasa berliku-liku dan penuh ranjau. Tapi sekali ini saya rasa betul-betul tak berdaya. Mungkin trauma keguguran anak pertama belum betul-betul hilang, diancam pula kehilangan bayi dalam kandungan ni. Tapi saya yakin dengan Dia yang Maha Kuasa. Selama ini saya sentiasa diduga, tapi bila saya meminta, jarang dihampakan-Nya.


To be continued...

Monday, December 20, 2010

Takde Gossip-Gossip, Takde Shopping-Shopping Hari Jumaat

Inilah akibatnya kalau kerja kat tempat yang hanya anda sorang je pekerja pompuan.. Boring to da max.. huhuhuhu... walaupun tempat baru ni kira not bad, tapi boring gile kot tak dapat nak share hal-hal kewanitaan.. Lagi-lagi time dah pregnant ni mesti nak minta tips-tips daripada mereka yang lebih berpengalaman kan?

See? Tengah jadi pengantin pun sempat bergosip tau?

Sekarang saya dah selamat berpindah ke Nilai, Negeri Sembilan. Dekat la sikit dengan suami kesayangan.Tapi biasalah, tempat jatuh lagi kan dikenang.. Ini kan pulak tempat yang dah jatuh bergolek-golek berkali-kali. Bukan senang nak sesuaikan diri dengan tempat baru selepas bermukim bertahun-tahun dan jatuh cinta dengan tempat lama.

Yup, kalau nak suruh pilih, UTM tu berkali-kali ganda lebih best kot. Walaupun urusan gaji nye leceh dan asyik sangkut je, tapi saya seronok buat apa yang saya minat. Saya willing nak gi masuk lab before kul 8 pagi. Takde orang suruh pun. Sebab bagi bos, yang penting kerja jalan. Kalau takde sebab2 yang mendesak, takde la saya nak memonteng walaupun ada cuti 30 hari setahun. Malahan, masa saya sengaja cuti sebulan hari tu dah tersangap-sangap nak masuk lab.

Kalau banding dengan Nilai, Taman Universiti lagi up kot. Cuma kredit perlu diberikan kepada pemandu-pemandu Nilai yang lebih berhemah daripada orang Skudai.. (Ampun..den cakap yang bonar yo). Laju, laju juga.. tapi tak membahayakan orang lain. Kalau ada pemandu yang bawa semacam tu, plat keta selalunya J.. Oppsss.. Ampun Johorian.. saya ni partly Johorian juga..Plat motor saya pun J juga. So, anggaplah ni sebagai teguran untuk kita lebih berdisiplin di jalan raya. Kalau bab jalan berlubang-lubang tu sama level je kot. Sungguh mencabar. Skill cilok2 lubang terpaksa diasah.

Berbalik kepada tajuk asal, saya akui mental saya agak tertekan dengan situasi kerja yang baru.. Belajar benda baru, buat benda baru, takde perbincangan isu-isu masyarakat, artis dan sebagainya. Info ibu mengandung apatah lagi. Dah la saya ni masuk golongan bertuah yang amik pakej paling "Best + Complete" dalam simptom-simptom kehamilan. Mabuk, Muntah, Cramp, Simpul Biawak, Air Liur Banyak dan sebagainya. Senang kata, complete package la. Dah la baby ni makan memilih.. Nak makan tuna mayonaise ayam brand. Kalau mama dia ni dah muntah tergolek-golek, tu je lah ubatnya. Lagi satu, tetiba mengaruk nak makan tembikai. Nasib baik lah ada terjumpa kat web makan tembikai masa mengandung tu bagus. Bila dah terjelepuk, tension lagi mabuk, mulalah rasa UTM tu super best. Ramai kawan boleh minta petua or minta teman gi klinik ke apa.

Oh ya, sebut pasal klinik, paling menyampah tau gi klinik kat sini. Doktor-doktor bukan sahaja tak mesra, malah menyakitkan hati. Tak macam klinik Norila kat Taman Sri Pulai. Cakap macam nak marah je. Ingat orang tak mampu ke nak bayar servis dia? Klinik kerajaan pulak, kena datang pukul 7 sampai 10 je. Tu setakat nak buat kad merah tu. Sudahnya, sampai hari ni baby ni takde kad merah. Pergi klinik swasta pulak, setakat buat test air kencing. Tekanan darah ke, denyutan jantung ke, satu benda dia tak check. Ahhhh.. TENSI sungguh la...

Setakat ni, dah 4 klinik saya pergi dan saya masih tak tahu kondisi kesihatan saya dan bayi. Rasa nak balik Skudai je semata-mata nak buat check up...