Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 1, 2011

Appointment 28 Februari 2011

Semalam saya pergi ke temujanji rutin dengan Pakar Nefrologi dan Pakar O & G Hospital Tuanku Jaafar. Mulanya excited sebab ingat dapat ushar baby dalam perut ni. Tapi mood makin lama makin menurun. Pertamanya, kerana terlalu banyak proses menunggu yang menaikkan tekanan darah. Dah berapa hari pantau sendiri tekanan darah, ok je. Stabil. Alih-alih bila jumpa doktor, tekanan jadi 150/100 mmHg. huhuhuhuhu.

Sessi pagi jumpa pakar Nefro dulu, Dr Lily. Dia kata, fungsi buah pinggang makin merosot. Macam biasalah, sekarang kalau jumpa doktor, saya sengih-sengih je. Dah tak larat nak sedih-sedih dan menangis. Lagipun, kalau ikutkan bacaan creatinin 216 tu masih lebih baik daripada masa saya kena admit hari tu, 225. Entahlah ya, diorang pakar, diorang lagi tahu lah kot.

Masa sessi petang ingatkan doktor akan scan baby. Tapi rupanya cuma dengar degupan jantung baby je. Tapi tetap excited. Sebab dia sihat. Baru nak tengok aksi-aksi dia melasak dalam perut. Terlalu lasak sampai sekarang ni selalu je termuntah masa/lepas makan sebab dia menggelodak dalam tu. Lepas ni, temujanji di O&G akan jadi seminggu sekali. Saya kenalah belajar naik komuter ke Seremban. Kesian suami asyik kena curi masa kerja nak hantar ke Hospital.

Setiap pakar ada pendapat masing-masing. Ada yang sama dan ada yang berbeza. Diorang sepakat yang kandungan ni memang berisiko untuk merosakkan buah pinggang saya. Tapi saya dapati pakar nefro lebih cenderung untuk mempengaruhi saya menamatkan kandungan, berbanding pakar O&G yang percaya yang saya patut diberi peluang untuk mempunyai anak sendiri. Bagi saya sendiri, sama ada saya teruskan atau tamatkan kandungan ni, perkara ni takkan tamat di sini sahaja. Saya rasa, saya akan jadi bahan ujikaji. Cuma bezanya, sama ada saya akan ada anak sendiri atau tidak.

Saya diberitahu lagi, semakin lama kandungan ni diteruskan, semakin berisiko kepada ibu dan bayi. Jadi, kemungkinan pada minggu ke 28 saya sudah perlu dimasukkan ke wad. Target mereka sekarang ni untuk membawa kandungan sehingga minggu ke 32. Seterusnya saya akan di'induce' supaya melahirkan. Tapi sekiranya keadaan sukar dikawal, kelahiran terpaksa dilakukan sebaik sahaja bayi mempunyai berat melebihi 1 kilogram. Sekarang saya baru 22 minggu. Ada lebih kurang dua bulan lagi untuk mencapai berat tersebut.

Dua bulan adalah satu tempoh yang lama bagi kandungan yang berisiko. Macam-macam boleh terjadi. Tapi dua bulan juga waktu yang sangat singkat untuk bakal ibu-bapa baru macam kami untuk membuat segala persiapan. Perlu tak kami membeli kelengkapan sekarang? Kalau tidak, bila waktu yang sesuai? Kalau ya, apa yang wajar disediakan? Walaupun saya cuba untuk tidak memikirkan kemungkinan bahawa anak ini bukan rezeki kami, tapi saya perlu juga realistik kan? Supaya tak terlalu mengharap dan kecewa, walaupun dalam hati ini kuat mengatakan yang kami akan mampu mengharungi saat sukar ni. Semoga doa-doa kami diperkenankan Allah SWT. Amiin. 

4 comments:

aaa said...

salam dayah..so sorry to hear abaout ur condition with ur baby..as a future mom, mesti xsanggup kan nak mengorbankan zuriat yang dah makin membesar dalam perut nie..lagi plak setelah sekian lama menunggu..hmm, xtau nak advice cam mana..kalo ikut kite, kita pon akan teruskan jugak..lagi plak doc pon xpasti keadan after buang baby tu kan..insyaallah, segalanya akan back to normal..janji kita yakin dgn condition badan kite sendiri kan..doa la bnyk2..wat semayang hajat..selain fizikal, amalan rohani pon penting..erm, ada try ke perubatan islam, yang darul shifa ke apa ntah..pakai ayat quran..try la

Nudabuffy said...

salam Yuzai. Tulah.. Doktor maybe boleh bagi cadangan macam tu. Tapi takde jaminan pun. Ramai yang galakkan untuk teruskan. Even yang non-muslim pun cakap minta pada Tuhan. Diorang cakap, gugurkan baby tu patutnya not an option.

Pasal perubatan Islam tu, memang nak pergi. Tapi tak dapat nak make time lagi. Ada je yang berdekatan. InsyaAllah akan diusahakan nanti.

D@y@H said...

Hi dayah..sedih lak baca. Dayah kuat kan semangat ye. Ni semua kuasa Tuhan. Kite kena redha, doa dan tawakal je kan. Mesti Dayah ade instinct dayah sendiri kan. So you know better.

Itulah pesan ibu saya, yg pernah sekali mase nak deliver doktor kata baby dah takde kat dalam. Sampai diorang nurse n doc dah stop the delivery proses. Tapi ibu beriya-iya kata "ANAK SAYA ADA!".. At the end alhamdulillah..selamat saya dilahirkan... (,^^)

So dayah..kuatkan semangat ye...

Nudabuffy said...

thank sesangat,,, congrates dayah othman dah dapat boboy nombor dua.. boleh minta share experience ni.. ehehehe