Ramadhan Kareem..
Sekejap je dah seminggu kan? Macam mana Ramadhan tahun ni? Tahun ni, kali ketiga saya berpuasa sebagai pesakit dialisis. Terus-terang, tahun ni agak lemau berbanding tahun-tahun lepas. Alhamdulillah, masih belum kantoi lagi puasanya. Yang menghairankan, time berbuka nafsu makan menggebu-gebu. Mujurlah dah biasa makan sikit, jadi kapasiti yang boleh masuk takat tu jelah. Pernah sekali bernafsu nak makan benda lain selepas makan semangkuk kecil pengat. Sudahnya tak boleh masuk. Terpaksa suruh pakwe kita habiskan. Hihihi..
Semenjak hari pertama puasa, hujan yang turun setiap hari tiba-tiba berhenti. Sampai hari ni masih belum ada taburan hujan lagi. Itu agaknya yang buat agak letih. Alhamdulillah, masa musim hujan banyak hari tu, kolam-kolam keliling rumah ni banyak juga menakung air. Jadi adalah bekalan untuk menyiram. Tapi banyak juga pokok tomato yang tgh galak berbuah mati kekeringan sebab panas terik cepat je menyejatkan air yang disiram. Dugaan di bulan Ramadhan.. Maksud Ramadhan tu sendiri salah satunya berasal dari perkataan Ramadh iaitu "kepanasan batu kerana kepanasan matahari". Untuk pembacaan lebih lanjut boleh rujuk SINI.
Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ni, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan daripada semua, mudah-mudahan kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Manalah tahu, ini Ramadhan yang terakhir, kan? Selamat menunaikan ibadah kepada para muslimin dan muslimat. Salam sayang.
3 comments:
salam nurul..
nurul pose walaupun hari cuci ye? kuatnye ko. akak pose hari cuti cuci je. time cuci, akak tak pose. huhu..misi2 kat centre akak pon katanya tak galakkan akak berpuasa hari dialisis..
Salam Kak Ai. Alhamdulillah, mampu lagi puasa walaupun kadang rasa macam nak blackout. Cuma air yang dia tarik tu tak banyak macam selalu la. Ramai juga patient lain yang puasa. Takpe Kak. Kita ni Allah sayang lebih, Dia dah bagi keringanan. Takde siapa paksa puasa pun. Hihi.
Hulur tangan minta maaf kalau ada terkasar bahasa tersinggung perasaan, raya pun nak dekat dah ni.
Cepat sungguh rasanya Ramadhan berlalu kali ini.
Post a Comment