Assalamualaikum semua..
Semalam, selepas dialisis, saya dan suami, ibu mertua dan dua orang adik ipar lelaki ada urusan sikit dekat Benut, Pontian. Selesai lebih kurang pukul dua petang. Cuaca panas terik, tekak pun dah pahit. Nak telan air liur pun macam tak ada. Agak rushing masa tu nak mengejar solat. Dari Simpang Renggam, kami membuntuti sebuah kereta proton saga lama. Kereta tu dipandu agak perlahan, tapi sekejap ke tepi sekejap ke tengah. Sampai dekat Renggam, hubby kata kereta ni masuk kampung. Agaknya dia cam kereta siapa. Maknanya makin lama lah kami kena membuntut kereta tu.
Masa dalam jalan kampung, makin melelong-lelong pemanduannya. Kami agak panas hatilah sebab nak cepat kan. Tapi sesekali ada kenderaan daripada arah bertentangan, kecut perut juga takut diorang bertembung. Tiba-tiba proton saga ni turun laju ke bahu jalan. At first, ingat dia nak berhenti kat tepi, tapi lepas tu laju je menghentam pokok kelapa sawit. Astaghfirullahalazim.. rasa nak gugur jantung ni sebab terlalu terkejut. Bila lalu sebelah, nampak pemandunya seorang perempuan dah ertunduk. Mungkin pengsan. Ada dua budak kecil dan kemudian saya nampak seorang makcik tua. Kami berhenti untuk membantu, tapi bila saya tengok bahagian depan baju pemandu tu penuh dengan darah terus saya panik.
"Banyak darah! Baik telefon ambulans!". Sebaik saya cakap macam tu, pemandu tu sedar. "Tolong.. tolong mak saya." Budak-budak berdua tu nampak ketakutan. Kakak pemandu tu keluar dan jatuh terjelepuk tepi kereta. Darah tu mungkin datang dari luka kat dahi (tehantuk stereng barangkali) atau hidung. Saya pun tak pasti sebab muka dia dah penuh darah. Rupa-rupanya tu kawan sebaya suami saya, dekat kampung dikenali sebagai Nonoi.
Masa tu ada beberapa orang yang lalu dan turun beri bantuan untuk keluarkan makcik tu yang dah pengsan dan tersepit. Salah seorangnya kawan baik suami saya, Fairuz. Kebetulan dia menghala ke pekan dan keretanya kosong. Tiba-tiba kereta tu berasap. Makin kelam kabutlah kami semua. Orang lelaki berusaha keluarkan Makcik dan saya bawa budak-budak keluar. Yang abang macam nak menangis, mungkin sebab dia lebih besar dan faham situasi yang berlaku. Yang adik perempuannya nampak lebih tenang, tapi masa saya angkat dia keluar dan dukung, terus dia berpaut kuat. Mungkin dia pun sebenarnya trauma tapi kita yang tak dapat lihat.
Dalam keadaan berdarah tu, Kak Nonoi langsung tak pedulikan diri dia. Dia tak henti-henti minta kami tolong ibunya, Mujur ramai lelaki dan ada peralatan jadi cepat jugalah dapat keluarkan makcik tu. Risau kalau-kalau ada pendarahan dalaman sebab masa diangkat tiba-tiba dia batuk darah, terkena salah seorang adik ipar saya. Kak Nonoi panggil anak-anaknya untuk ikut ke Hospital. Saya tanya dia, kakak boleh ke? Akak berdarah ni. Dia jawab, Akak boleh. Akak boleh. Saya takut kalau Kak Nonoi dan ibunya kena tahan wad, budak-budak tu macamana. Tapi lepas tu saya rasa biarlah mereka ikut. Pertama, walaupun nampak macam tak ada apa-apa, baik diorang diperiksa juga. Takut ada hentakan ke, patah ke kesan impak kemalangan sebab kerusi dalam kereta tu dah bersimpang siur. Kedua, sebagai ketenangan kepada Kak Nonoi. Yelah, dalam keadaan macam tu, kalau tak nampak anak depan mata tentu dia susah hati.
Sepanjang masa tu badan dan tangan saya menggeletar. Mulut ni hanya mampu beristighfar. Sumpah, saya harap saya tak perlu menyaksikan atau terlibat dengan mana-mana kemalangan. Jantung ni rasa macam nak pecah. Sepanjang malam saya tak boleh tidur lena sebab asyik terfikir-fikir. Doakan yang baik-baik semoga semuanya selamat. Pesanan saya, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. Jangan lupa pakai tali pinggang keledar.
Great stuff to be shared together...
Sunday, June 28, 2015
Thursday, June 25, 2015
Seminggu Sudah Berpuasa..
Ramadhan Kareem..
Sekejap je dah seminggu kan? Macam mana Ramadhan tahun ni? Tahun ni, kali ketiga saya berpuasa sebagai pesakit dialisis. Terus-terang, tahun ni agak lemau berbanding tahun-tahun lepas. Alhamdulillah, masih belum kantoi lagi puasanya. Yang menghairankan, time berbuka nafsu makan menggebu-gebu. Mujurlah dah biasa makan sikit, jadi kapasiti yang boleh masuk takat tu jelah. Pernah sekali bernafsu nak makan benda lain selepas makan semangkuk kecil pengat. Sudahnya tak boleh masuk. Terpaksa suruh pakwe kita habiskan. Hihihi..
Semenjak hari pertama puasa, hujan yang turun setiap hari tiba-tiba berhenti. Sampai hari ni masih belum ada taburan hujan lagi. Itu agaknya yang buat agak letih. Alhamdulillah, masa musim hujan banyak hari tu, kolam-kolam keliling rumah ni banyak juga menakung air. Jadi adalah bekalan untuk menyiram. Tapi banyak juga pokok tomato yang tgh galak berbuah mati kekeringan sebab panas terik cepat je menyejatkan air yang disiram. Dugaan di bulan Ramadhan.. Maksud Ramadhan tu sendiri salah satunya berasal dari perkataan Ramadh iaitu "kepanasan batu kerana kepanasan matahari". Untuk pembacaan lebih lanjut boleh rujuk SINI.
Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ni, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan daripada semua, mudah-mudahan kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Manalah tahu, ini Ramadhan yang terakhir, kan? Selamat menunaikan ibadah kepada para muslimin dan muslimat. Salam sayang.

Subscribe to:
Posts (Atom)