Untuk yang mahu kenal ikan kelah. |
Biasanya untuk pekasam, kitorang selalu guna ikan talapia atau kaloi merah. Kaloi hitam pun boleh tapi kaloi hitam terlalu sedap untuk masakan lain.. Hihi, sayang pulak nak jadikan pekasam. Sekarang macam-macam orang dah jadikan pekasam, ayam, kambing lembu dan daging-daging eksotik lain pun ada orang pekasamkan.. Kitorang tengah survey-survey resipi pekasam kat internet. Nak cuba buat pekasam daging pulak lepas ni..
Berbalik semula cerita pekasam kelah ni. Oleh sebab ikan yang diberi paman tu agak banyak dan kita tahu sumber kewangan paman agak terhad, sebahagiannya hubby decided untuk jual. Kebetulan kakak ipar ada balik kampung, dia pun ada ambil order dengan kawan-kawan sepejabatnya. Harga yang diletak RM80/kg. Takut sebenarnya nak letak harga tu. Macam mahal sangat je. Tapi memikirkan kos paman pergi cari ikan sampai ke Terengganu, siap panjat gunung ke bukit katanya, rasanya harga tu berpatutan. Tak sangka pulak dapat sambutan. Alhamdulillah. Sekali ni jelah kot ada ikan kelah pun. Untuk yang tahu nilai kelah, mereka memang tak ragu-ragu nak membeli.
Dah siap berbedak. |
3 comments:
salam kenal..singgah blogwalking kat sini.☺
mak saya selalu buat pekasam ikan darat(ikan sepat,haruan)
Assalam Nurul.. apa resipi bedak pekasamntu?
imm hassan ~ salam perkenalan daripada saya. Terima kasih keranan sudi singgah. Pernah dengar pekasam sepat, tapi baru pertama kali dengar pekasam haruan..
suka suka ~ bahan asasnya beras yang disangai keperangan dan garam ikut kemasinan yang disukai.. Untuk yang suka rasa lebih masam, boleh guna asam keping dilapis-lapis atau asam jawa. Kami masih mencari-cari resipi yang optimum sebenarnya. Masih belajar.
Post a Comment