Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 29, 2014

Di Kala Hujan Teduh

Assalamualaikum semua.. Macam mana keadaan cuaca dekat tempat kawan-kawan semua? Di kampung ni, alhamdulillah dah dua hari hujan reda. Sesekali gerimis mengundang tapi waktu malam biasanya ada hujan turun. Apa-apa pun, kami semua tetap dalam keadaan berjaga-jaga. Semua dokumen penting dah di pack dalam plastik dan diseal. Barang-barang penting letak di tempat yang mudah dicapai, bateri handphone pastikan sentiasa penuh dicas. Risau juga sebab kawasan ni pernah dilanda banjir.

Sepanjang hidup, sekali saya pernah rasa pengalaman dilanda bah. Rasanya dalam 2006 atau 2007. Masa tu saya baru habis degree, di Felda Selancar, Pahang. Walaupun rumah kami tak dimasuki air sebab terletak atas bukit, tapi perhubungan darat terputus terus. Bekalan air dan elektrik pun takde. Masa tu, mandi air hujan dekat cucur atap. Subuh-subuh gelap dah kena mandi takut orang nampak. Jambatan runtuh, helikopter berlegar-legar hantar bantuan. Bekalan makanan alhamdulillah kat rumah parents saya cukup sebab masa tu mak saya berniaga. Jadi selalu ada stok barang kering dan tong gas ekstra. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan..

Banjir kali ini memang di luar jangkaan. Bukan setakat harta benda, nyawa pun sudah jadi korban. Mana-mana yang sudi membantu, semoga Allah membalas jasa baik kalian. Risau juga sebab ramai juga ahli keluarga dan kaum kerabat yang tinggal di Pantai Timur. Waktu gelombang pertama tempoh hari, naik juga air masuk ke rumah adik saya di Kuala Terengganu. Hanya pada Tuhan kita bergantung harap agar melindungi daerah-daerah yang terjejas ni.

Sementara hujan teduh pagi tadi, saya sempat juga bersiar-siar keliling rumah, melihat-lihat tanaman. Ada yang gembira disirami hujan mencurah, ada juga yang tewas. Banyak juga tumbuhan liar, memanggil-manggil menggoda supaya dirakam gambarnya.


Musim-musim hujan ni banyak betul serangga seperti belalang, anak dara cina dan kekabuh timun. Walaupun daunnya berlubang-lubang dimakan belalang, ros kuning ni masih sudi menghadiahkan kuntumnya.


Bunga dekat atas ni bukan markisa ye.. Ni bunga buah letup-letup (Passiflora foetida). Isinya lebih kurang markisa juga. Masam manis, tapi saiz jauh lebih kecil daripada markisa. Dah lama tak jumpa pokok buah letup-letup ni. Mengimbau memori zaman kanak-kanak kutip buah letup-letup dalam semak. Boleh baca lebih lanjut di sini.


My all time favourite, amaryllis lily. Yang pink ni dah kali ketiga berbunga dalam dua-tiga bulan ni. Mungkin si pink ni sukakan hujan yang banyak. Lily yang warna peach masih belum berbunga untuk tahun ni.

Costus woodsonii.
 Costus woodsonii ni katanya boleh dimakan. Belum pernah mencuba lagi. Ni dapat daripada Kak Yaya, dulu kitorang panggil bunga gincu je.

Mirabilis jalapa. Shocking pink.
Hari tu saya ada tanam mirabilis jalapa warna lain. Putih bintik pink dan kuning+pink. Tapi menghairankan, bunganya tak mahu kembang, berpintal-pintal je.  Entah apa salahnya.

Desert petunia. Ruellia.
 Senang nak jaga pokok ni. Ada dua kaler sebenarnya. Satu lagi pink. Entah kenapa lupa pula nak snap gambar dia. Masa pergi kuarters Kaklong hari tu, nampak bunga ni tapi jenis rendah punya. Ingat nak korek bawa balik, sekali kena mesin rumput da..

Bunga keledek (Ipomoea batatas). Macam bunga seripagi. Baru tahu keledek berbunga ni dinamakan juga "Tuberous Morning Glory" atau Seri Pagi berubi (Betul ke?)

Ha yang ni baru bunga seri pagi. Tapi saiz mini.
 Seri pagi sazi mini ni kalau tak salah namanya tiny bell. Nama saintifik, Ipomoea triloba. Warna yang ni pink lembut, comel juga cuma bunganya taklah meriah sangat.

Cypress vine (Ipomoea quamoclit).
 Wah, banyak pula sepupu sepapat Ipomoea ni. Patut tangkap gambar gambar bunga Ipomoea aquatica sekali tadi. Apa tu? Kangkung la.. hihihi.. cantik juga tetiba ada bunga putih.. esoklah amek. Cypress vine ni tumbuh meliar je memanjat pokok allamanda kuning. Macam dekorasi krismas pulak.

Kemunting cina. Warna pink lembut, warna baru muncul mungkin sebab yang shocking pink kawen dengan yang putih.

Kemunting cina yang asal. Oleh sebab dah berkembang biak sangat, saya keluarkan daripada pasu dan tanam dekat tanah je.

Cosmos bipinnatus. Excuse yang terkulai tu. Tewas ditimpa hujan.

Red Zinnia.

Buah peria liar yang dah ranum. Cantik pulak tengok kombinasi warna ni.

Sunday, December 21, 2014

Pekasam Kelah

Assalamualaikum semua.. Hari ni kita nak cerit pasal pekasam kelah yang pakwe kita buat hari tu.. Ikan ni dapat daripada paman.. Dia tu memang kaki cari ikan. Tapi bila dah banyak sangat, tersimpan je dalam peti sejuk beku. Sudahnya dia bagi kat hubby. Nak makan, makan. Kalau nak jual, jual. Katanya lah... Ikan kelah ni spesis ikan yang banyak tulang halus.. Menangis jugalah nak makannya, lagi-lagi kalau masak yang berkuah. Kalau yang saiz besar, tahanlah juga sebab durinya pun besar. Kalau yang saiz anak-anak tu? Tapi ni salah satu ikan yang berharga tinggi.. Kalau ada yang tengok Majalah 3 hari tu, kalau tak salah harga Kelah sungai dalam RM500/kg. Hohoho.. Nak beli? Sorrylah... Dapat free? Kita pekasamkan.. Baru asyik! Ada kawan suami cakap ni makanan orang ada-ada.. Hihi.. Siapa kata rakyat marhaen tak boleh makan mewah?

Untuk yang mahu kenal ikan kelah.





Biasanya untuk pekasam, kitorang selalu guna ikan talapia atau kaloi merah. Kaloi hitam pun boleh tapi kaloi hitam terlalu sedap untuk masakan lain.. Hihi, sayang pulak nak jadikan pekasam. Sekarang macam-macam orang dah jadikan pekasam, ayam, kambing lembu dan daging-daging eksotik lain pun ada orang pekasamkan.. Kitorang tengah survey-survey resipi pekasam kat internet. Nak cuba buat pekasam daging pulak lepas ni..

Berbalik semula cerita pekasam kelah ni. Oleh sebab ikan yang diberi paman tu agak banyak dan kita tahu sumber kewangan paman agak terhad, sebahagiannya hubby decided untuk jual. Kebetulan kakak ipar ada balik kampung, dia pun ada ambil order dengan kawan-kawan sepejabatnya. Harga yang diletak RM80/kg. Takut sebenarnya nak letak harga tu. Macam mahal sangat je. Tapi memikirkan kos paman pergi cari ikan sampai ke Terengganu, siap panjat gunung ke bukit katanya, rasanya harga tu berpatutan. Tak sangka pulak dapat sambutan. Alhamdulillah. Sekali ni jelah kot ada ikan kelah pun. Untuk yang tahu nilai kelah, mereka memang tak ragu-ragu nak membeli.

Dah siap berbedak.


Sunday, December 14, 2014

Jumpa Puan Doktor 9/12/2014

Assalamualaikum..

Hmm rasanya dah lama tak update pasal appointment jumpa dengan doktor khenn? Sebabnya memang dah lama tak jumpa doktor.. Sekarang dah tak payah pergi Hospital Pantai untuk jumpa doktor sebab doktor sendiri datang centre untuk jumpa pesakit.. Caring bukan? Oh ya, pertemuan kali ni bukan dengan Dr Kee Swee Ann, tapi Doktor Ema.

So far, from the blood test result, semua ok je.. Ada yang improve, tapi kolesterol mencanak naik.. huhuhuh.. Nak kata pemakanan tak jaga tak juga.. Sebab saya memang tak suka makanan berminyak. Fast food pun bila dah mengidam tahap nak meroyan baru pergi makan. Maybe sebab hormon tak stabil dan sebab saya dah lama stop makan minyak ikan kot.. Ubat kolesterol pun selalu miss sebab saya rasa ubat tu ada side effect yang tak menyelesakan.. Saya selalu rasa macam nak gastrik bila makan ubat tu..

Macam biasalah, bila jumpa doktor, perkara yang selalu dibangkitkan ialah pasal transplant.. Saya sebenarnya tak selesa bincang pasal ni.. Firstly, saya rasa macam tak best nak amek buah pinggang daripada orang kesayangan saya, takut-takut menjejaskan kesihatan diorang. Kedua, memang belum berjumpa penderma yang sesuai pun.. Siblings semua darah B +ve, mak pun sama. Saya A+ve. Doktor siap cakap, mungkin kamu ni anak angkat.. Wakakakak.. Sentap ko! Sebenarnya saya ikut blood type arwah ayah. Walaupun ayah pernah cakap nak derma buah pinggang pada saya, tapi di hujung nyawa ayah, buah pinggang ayah pun rosak akibat ubat-ubat masa ayah masuk ICU dulu. Saya cakap dengan Doktor, mungkin bukan rezeki saya. Saya ok je macam ni..

Sepanjang saya dapat kidney disease ni, macam-macam hikmah yang saya dapat lihat. Banyak sangat, alhamdulillah, saya bersyukur atas segalanya. And the best thing is of course, miamor, HUBBY. Kadang kesian, kadang sedih tengok dia, tapi most of time, thankful. Lagi-lagi sekarang ni dia dah jadi sole breadwinner for both of us. Memang saya kadang-kadang buat part time baby sitting, tapi just untuk suka-suka dan dapatkan duit poket selain mencurahkan kasih sayang yang melimpah ruah ni (cheeeewah). Kerja dia mengerjakan kebun-kebun bapak mertua. Dan gaji dia saya tak malu cakap, RM1000 sahaja.Untuk tambah pendapatan, macam-macam dia buat. Dia bela ayam dan jual. Petik dan kupas kelapa untuk jualan. Petik petai. Tanam cili, hantar ke warung. Tangkap ikan, buat pekasam pun untuk jualan. Dalam banyak keadaan, jarang dia minta tolong pada saya. Kalau ada pun kerja-kerja ringan. Mungkin kerja saya cuma curahkan kasih sayang saya yang melimpah ruah tu dengan cara yang saya suka (Chewah lagi). Masak makanan kegemaran dia, contohnya. Itu pun kalau jadi lah. Hahahah..Kalau ikutkan RM1000 tu cukup je untuk kami, tapi saya suka tengok dia berusaha nak memajukan diri. Kadang-kadang saya tengok dia maju, saya nampak yang saya makin mundur pula.. Huhu.. Dah jadi too dependent pada dia..

So, kepada suamiku yang tersayang (Saya tahu dia akan curi-curi baca ni), I love you so much. Maafkanlah segala kesilapan Nurul sepanjang menjadi isteri abang. Terima kasih kerana menerima diri Nurul seadanya.

Choyyyy... Mata masuk abuk pulak.