Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 29, 2014

Di Kala Hujan Teduh

Assalamualaikum semua.. Macam mana keadaan cuaca dekat tempat kawan-kawan semua? Di kampung ni, alhamdulillah dah dua hari hujan reda. Sesekali gerimis mengundang tapi waktu malam biasanya ada hujan turun. Apa-apa pun, kami semua tetap dalam keadaan berjaga-jaga. Semua dokumen penting dah di pack dalam plastik dan diseal. Barang-barang penting letak di tempat yang mudah dicapai, bateri handphone pastikan sentiasa penuh dicas. Risau juga sebab kawasan ni pernah dilanda banjir.

Sepanjang hidup, sekali saya pernah rasa pengalaman dilanda bah. Rasanya dalam 2006 atau 2007. Masa tu saya baru habis degree, di Felda Selancar, Pahang. Walaupun rumah kami tak dimasuki air sebab terletak atas bukit, tapi perhubungan darat terputus terus. Bekalan air dan elektrik pun takde. Masa tu, mandi air hujan dekat cucur atap. Subuh-subuh gelap dah kena mandi takut orang nampak. Jambatan runtuh, helikopter berlegar-legar hantar bantuan. Bekalan makanan alhamdulillah kat rumah parents saya cukup sebab masa tu mak saya berniaga. Jadi selalu ada stok barang kering dan tong gas ekstra. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan..

Banjir kali ini memang di luar jangkaan. Bukan setakat harta benda, nyawa pun sudah jadi korban. Mana-mana yang sudi membantu, semoga Allah membalas jasa baik kalian. Risau juga sebab ramai juga ahli keluarga dan kaum kerabat yang tinggal di Pantai Timur. Waktu gelombang pertama tempoh hari, naik juga air masuk ke rumah adik saya di Kuala Terengganu. Hanya pada Tuhan kita bergantung harap agar melindungi daerah-daerah yang terjejas ni.

Sementara hujan teduh pagi tadi, saya sempat juga bersiar-siar keliling rumah, melihat-lihat tanaman. Ada yang gembira disirami hujan mencurah, ada juga yang tewas. Banyak juga tumbuhan liar, memanggil-manggil menggoda supaya dirakam gambarnya.


Musim-musim hujan ni banyak betul serangga seperti belalang, anak dara cina dan kekabuh timun. Walaupun daunnya berlubang-lubang dimakan belalang, ros kuning ni masih sudi menghadiahkan kuntumnya.


Bunga dekat atas ni bukan markisa ye.. Ni bunga buah letup-letup (Passiflora foetida). Isinya lebih kurang markisa juga. Masam manis, tapi saiz jauh lebih kecil daripada markisa. Dah lama tak jumpa pokok buah letup-letup ni. Mengimbau memori zaman kanak-kanak kutip buah letup-letup dalam semak. Boleh baca lebih lanjut di sini.


My all time favourite, amaryllis lily. Yang pink ni dah kali ketiga berbunga dalam dua-tiga bulan ni. Mungkin si pink ni sukakan hujan yang banyak. Lily yang warna peach masih belum berbunga untuk tahun ni.

Costus woodsonii.
 Costus woodsonii ni katanya boleh dimakan. Belum pernah mencuba lagi. Ni dapat daripada Kak Yaya, dulu kitorang panggil bunga gincu je.

Mirabilis jalapa. Shocking pink.
Hari tu saya ada tanam mirabilis jalapa warna lain. Putih bintik pink dan kuning+pink. Tapi menghairankan, bunganya tak mahu kembang, berpintal-pintal je.  Entah apa salahnya.

Desert petunia. Ruellia.
 Senang nak jaga pokok ni. Ada dua kaler sebenarnya. Satu lagi pink. Entah kenapa lupa pula nak snap gambar dia. Masa pergi kuarters Kaklong hari tu, nampak bunga ni tapi jenis rendah punya. Ingat nak korek bawa balik, sekali kena mesin rumput da..

Bunga keledek (Ipomoea batatas). Macam bunga seripagi. Baru tahu keledek berbunga ni dinamakan juga "Tuberous Morning Glory" atau Seri Pagi berubi (Betul ke?)

Ha yang ni baru bunga seri pagi. Tapi saiz mini.
 Seri pagi sazi mini ni kalau tak salah namanya tiny bell. Nama saintifik, Ipomoea triloba. Warna yang ni pink lembut, comel juga cuma bunganya taklah meriah sangat.

Cypress vine (Ipomoea quamoclit).
 Wah, banyak pula sepupu sepapat Ipomoea ni. Patut tangkap gambar gambar bunga Ipomoea aquatica sekali tadi. Apa tu? Kangkung la.. hihihi.. cantik juga tetiba ada bunga putih.. esoklah amek. Cypress vine ni tumbuh meliar je memanjat pokok allamanda kuning. Macam dekorasi krismas pulak.

Kemunting cina. Warna pink lembut, warna baru muncul mungkin sebab yang shocking pink kawen dengan yang putih.

Kemunting cina yang asal. Oleh sebab dah berkembang biak sangat, saya keluarkan daripada pasu dan tanam dekat tanah je.

Cosmos bipinnatus. Excuse yang terkulai tu. Tewas ditimpa hujan.

Red Zinnia.

Buah peria liar yang dah ranum. Cantik pulak tengok kombinasi warna ni.

Sunday, December 21, 2014

Pekasam Kelah

Assalamualaikum semua.. Hari ni kita nak cerit pasal pekasam kelah yang pakwe kita buat hari tu.. Ikan ni dapat daripada paman.. Dia tu memang kaki cari ikan. Tapi bila dah banyak sangat, tersimpan je dalam peti sejuk beku. Sudahnya dia bagi kat hubby. Nak makan, makan. Kalau nak jual, jual. Katanya lah... Ikan kelah ni spesis ikan yang banyak tulang halus.. Menangis jugalah nak makannya, lagi-lagi kalau masak yang berkuah. Kalau yang saiz besar, tahanlah juga sebab durinya pun besar. Kalau yang saiz anak-anak tu? Tapi ni salah satu ikan yang berharga tinggi.. Kalau ada yang tengok Majalah 3 hari tu, kalau tak salah harga Kelah sungai dalam RM500/kg. Hohoho.. Nak beli? Sorrylah... Dapat free? Kita pekasamkan.. Baru asyik! Ada kawan suami cakap ni makanan orang ada-ada.. Hihi.. Siapa kata rakyat marhaen tak boleh makan mewah?

Untuk yang mahu kenal ikan kelah.





Biasanya untuk pekasam, kitorang selalu guna ikan talapia atau kaloi merah. Kaloi hitam pun boleh tapi kaloi hitam terlalu sedap untuk masakan lain.. Hihi, sayang pulak nak jadikan pekasam. Sekarang macam-macam orang dah jadikan pekasam, ayam, kambing lembu dan daging-daging eksotik lain pun ada orang pekasamkan.. Kitorang tengah survey-survey resipi pekasam kat internet. Nak cuba buat pekasam daging pulak lepas ni..

Berbalik semula cerita pekasam kelah ni. Oleh sebab ikan yang diberi paman tu agak banyak dan kita tahu sumber kewangan paman agak terhad, sebahagiannya hubby decided untuk jual. Kebetulan kakak ipar ada balik kampung, dia pun ada ambil order dengan kawan-kawan sepejabatnya. Harga yang diletak RM80/kg. Takut sebenarnya nak letak harga tu. Macam mahal sangat je. Tapi memikirkan kos paman pergi cari ikan sampai ke Terengganu, siap panjat gunung ke bukit katanya, rasanya harga tu berpatutan. Tak sangka pulak dapat sambutan. Alhamdulillah. Sekali ni jelah kot ada ikan kelah pun. Untuk yang tahu nilai kelah, mereka memang tak ragu-ragu nak membeli.

Dah siap berbedak.


Sunday, December 14, 2014

Jumpa Puan Doktor 9/12/2014

Assalamualaikum..

Hmm rasanya dah lama tak update pasal appointment jumpa dengan doktor khenn? Sebabnya memang dah lama tak jumpa doktor.. Sekarang dah tak payah pergi Hospital Pantai untuk jumpa doktor sebab doktor sendiri datang centre untuk jumpa pesakit.. Caring bukan? Oh ya, pertemuan kali ni bukan dengan Dr Kee Swee Ann, tapi Doktor Ema.

So far, from the blood test result, semua ok je.. Ada yang improve, tapi kolesterol mencanak naik.. huhuhuh.. Nak kata pemakanan tak jaga tak juga.. Sebab saya memang tak suka makanan berminyak. Fast food pun bila dah mengidam tahap nak meroyan baru pergi makan. Maybe sebab hormon tak stabil dan sebab saya dah lama stop makan minyak ikan kot.. Ubat kolesterol pun selalu miss sebab saya rasa ubat tu ada side effect yang tak menyelesakan.. Saya selalu rasa macam nak gastrik bila makan ubat tu..

Macam biasalah, bila jumpa doktor, perkara yang selalu dibangkitkan ialah pasal transplant.. Saya sebenarnya tak selesa bincang pasal ni.. Firstly, saya rasa macam tak best nak amek buah pinggang daripada orang kesayangan saya, takut-takut menjejaskan kesihatan diorang. Kedua, memang belum berjumpa penderma yang sesuai pun.. Siblings semua darah B +ve, mak pun sama. Saya A+ve. Doktor siap cakap, mungkin kamu ni anak angkat.. Wakakakak.. Sentap ko! Sebenarnya saya ikut blood type arwah ayah. Walaupun ayah pernah cakap nak derma buah pinggang pada saya, tapi di hujung nyawa ayah, buah pinggang ayah pun rosak akibat ubat-ubat masa ayah masuk ICU dulu. Saya cakap dengan Doktor, mungkin bukan rezeki saya. Saya ok je macam ni..

Sepanjang saya dapat kidney disease ni, macam-macam hikmah yang saya dapat lihat. Banyak sangat, alhamdulillah, saya bersyukur atas segalanya. And the best thing is of course, miamor, HUBBY. Kadang kesian, kadang sedih tengok dia, tapi most of time, thankful. Lagi-lagi sekarang ni dia dah jadi sole breadwinner for both of us. Memang saya kadang-kadang buat part time baby sitting, tapi just untuk suka-suka dan dapatkan duit poket selain mencurahkan kasih sayang yang melimpah ruah ni (cheeeewah). Kerja dia mengerjakan kebun-kebun bapak mertua. Dan gaji dia saya tak malu cakap, RM1000 sahaja.Untuk tambah pendapatan, macam-macam dia buat. Dia bela ayam dan jual. Petik dan kupas kelapa untuk jualan. Petik petai. Tanam cili, hantar ke warung. Tangkap ikan, buat pekasam pun untuk jualan. Dalam banyak keadaan, jarang dia minta tolong pada saya. Kalau ada pun kerja-kerja ringan. Mungkin kerja saya cuma curahkan kasih sayang saya yang melimpah ruah tu dengan cara yang saya suka (Chewah lagi). Masak makanan kegemaran dia, contohnya. Itu pun kalau jadi lah. Hahahah..Kalau ikutkan RM1000 tu cukup je untuk kami, tapi saya suka tengok dia berusaha nak memajukan diri. Kadang-kadang saya tengok dia maju, saya nampak yang saya makin mundur pula.. Huhu.. Dah jadi too dependent pada dia..

So, kepada suamiku yang tersayang (Saya tahu dia akan curi-curi baca ni), I love you so much. Maafkanlah segala kesilapan Nurul sepanjang menjadi isteri abang. Terima kasih kerana menerima diri Nurul seadanya.

Choyyyy... Mata masuk abuk pulak.

Friday, November 21, 2014

Lima Tahun

Assalamualaikum..

Hari ni saya happy sangat.. Alhamdulillah, hari ni genap 5 tahun usia perkahwinan saya dan suami. Alhamdulillah..Terima kasih Allah, sebab panjangkan jodoh kami. So, sempena mood gembira hari ni, saya nak belanja gambar bunga yang mekar dekat sekeliling rumah.

Pink + maroon Allamanda

Siantan Pink

Lili Amaryllis Merah pemberian Wak Timah

Orange Aztec Marigold

Yellow Aztec Marigold

Bunga Kacang Pis

Monday, November 3, 2014

Akhirnya.. entri pasal berkebun

Salam semua.. Dah lama tak pos entri berkebun. Ye dak? Selalu tu memang berkobar-kobar nak tulis blog. Tapi bila mengadap laptop, selalu melencong gi main game online. Huhuhuh..

Berkebun memang rajin. Rajin gile. Pagi-pagi mesti menggelupur nak keluar rumah. Bila kunci pintu dah buka, cepat-cepat gi sidai kain pastu siram bunga-bunga kesayangan dulu. Tapi malas nak amik gambar. Ada ni pun gambar lama tau.. Kalau siapa friend kat facebook, haruslah gambar ni dah basi. Hiiiii..







Ehh.. tetiba pulak ada pokok bunga kat bawah.. Saja je letak kat belakang bunga ni.. Biar senang lebah kelulut kitorang cari makan. Sekarang ni tanam sayur-sayur yang famili suka makan je macam bendi, terung, lobak putih dan cili. Tapi lobak putih dah habis tuai dah. Tanam juga carrot. Dah comel-comel anak pokok semai dalam pasu. Nak kasi dia membesar, alihlah dekat atas. Sekali dia ghaib, hilam, kaput. Sedih.. Macam nak nangis pun ada. Rasanya kena makan dengan siput. Sekarang ni baru lepas semai dan alih anak-anak pokok terung hijau, terung ungu, bendi merah, bendi arab dan roselle. Tapi dekat sini takde hujan. Panas terik. Tiap-tiap pagi dan petang kena angkat air untuk menyiram. Sampai naik muscle lengan ni. Sebelum ni lagi syahdu, siap kena timba air kolam. Now, pakwe I dah sambung getah paip dekat perigi dan tadah dalam takungan. So taklah jauh sangat angkat air.

Batas-batas baru ni saya buat jauh sikit supaya tak kena ganggu dengan ayam. Tapi kena ganggu dengan vavi la pulak. Dia pun kebuluran agaknya sebab musim-musim panas ni kurang makanan dia. Mungkin dekat batas yang bersiram tu jelah ada cacing. Agaknya. As long as ko tak makan sayur atau jahanamkan tanaman. Oh ya, sekarang kemaruk beli biji benih.


Baru tanam sikit. Ada dah yang bercambah such as Zucchini, spaghetti squash, kailan dan beberapa jenis herbs. Oh ya, adenium dan zinnia juga. Harap-harap menjadi. Siap curi-curi buat landskap kat depan rumah masa in-laws gi melancong. Kalau mak pak mertua ada, tak buatnya. Takut sentap kena kritik.. Opppsss..

Ok lah, jumpa lain kali. Salam sayang.. Mmmuah!

Monday, September 1, 2014

Telur Lucky Birds Dah Menetas..

Salam dan selamat pagi semua.. Sarapan apa hari ni? Saya hari ni cuba-cuba masak spaghetti goreng, diinspirasikan daripada macaroni goreng ginseng jawa Diana. Kebetulan ada banyak anak-anak ginseng jawa yang sederhana besar. Letak juga secekak daun kucai yang dituai fresh. Selalu malas nak keluar rumah pagi-pagi.. Sejuk.. hahahah. Boleh tahan rasanya cuma kurang masam sebab takde tomato puri. Pasta ni bila tak masam macam tak kick la. Masa masak letak sos tomato, bila makan letak pulak sos cili. Menambah juga sudahnya.. Hahaha.

Lepas sarapan dah ada tenaga, kita pergilah tengok tanaman dan semaian, hubby pulak tengok ayam-ayam ternakan. Tak sabar pulak tunggu benih-benih bunga beli daripada Lynn bercambah. Betullah kata orang tanam daripada biji benih ni perlukan kesabaran.


Semai sikit dulu pasal hujung minggu ni kita nak pi ikut rombongan Cik Kiah ke Kota Kinabalu. Yeay, dapat naik belon... Last fly tahun 2008. Mak aih dah 6 tahun yang lepas dah tu. Hmm cakap pasal semai guna biji benih, biji benih bunga lucky birds yang semai guna biji benih dah tumbuh. Ingatkan tak boleh tumbuh dan membiak guna keratan je. Masa mula-mula tumbuh tu tak tahu pokok apa sebab tak ingat langsung ada semai biji benih kat situ. Bila tanya hubby, terus dia cam pokok ni. Tapi agak geram sebab ayam selalu dengki. Tengok, daunnya kena makan.


Rupa buah/telur burung yang mengandungi biji benih.

Close up burung. Yang berjurai tu bulu ekor dia lah kononnya.

Bercucuk tanam sambil menternak ayam memang agak mencabar. Tapi nak marah pun binatang bukan ada akal kan? Lagipun dah banyak kami dapat berjimat dengan membela ayam ni sebab dapat bekalan protein (poultry & egg) dan baja (Tinja & kulit telur). Semenjak dua menjak ni, tekak dah tak berapa lalu makan ayam daging. Lepas tu, kemaruk makan telur ayam kampung. Nampak  nau bezanya lagi-lagi bila tengok yolk dia. Oren, pekat, mantap, kata kau! Hubby pun pantang nampak telur ayam banyak, mulalah request sup telur. Nasib baiklah semua orang dalam rumah ni suka sup telur dan mudah pulak dimasak. Tapi kami bela ni bukan untuk komersial la. Saja buat makan sendiri. Sesekali kalau orang minta beli, kalau ada, bolehlah dijual. Boleh juga tampung kos jagung ayam. Ayam kat rumah ni yang bagusnya makan tak cerewet. Bagi makan daun pun laju je. Saya punya teori, kalau daun tu manusia boleh makan, maknanya ayam boleh makan. Jadi, kalau time merumput jumpa herba-herba macam peperomia, gelang pasir, sawi langit, dukung anak etc.., campak je dekat ayam-ayam tu. Tapi ayam-ayam ni lagi suka pokok yang kita tanam. Favorite diorang, pecah beling, daun ubi, daun betik dan daun bayam. Pokok pecah beling yang keliling reban ayam habis rongak dan jadi tempat diorang bertenggek sudahnya.

Hmm.. oklah, setakat ini dulu untuk hari ni. Nak bersiap-siap nak pergi HD. Tata titi tutu..

Wednesday, August 27, 2014

Sibuknya...

Assalamualaikum semua..

Saya mulakan entry hari ni dengan gambar bunga lili amaryllis warna pink.. Bulbs dia saya kecek dengan Mak saya. Hihihi..

Pandangan sisi

Pandangan depan



Bunga ni saya baru dapat 3 warna. Pink, oren/peach, dan merah. Yang merah tu saya dapat satu bulb je sebab Mak saya tak banyak yang warna tu. Sekali pergi beraya rumah makcik hubby, nampak tengah berbunga meriha, dengan tak malunya saya mengendeng. Hahaha. Okey, sekarang tengah gila tanam bunga. Nampak je bunga cantik mulalah muka jadi tebal semacam nak pi minta. Yang oren tu dah berbunga masa bulan puasa hari tu tapi lupa nak snap gambar (dalam pasu kat latar belakang tu). Yang merah pula berkudup tapi tangkai bunganya lecur dan patah. Hubby ambil letak dalam bilik air.. Pun lupa nak snap. tapi cantik sangat.. Tak ingatlah pulak yang merah rumah mak saya dengan yang kat rumah makcik tu sama ke tak.

Oh ya, apa yang sibuk sangat tu ya? Sekarang ni musim menanam anak gaharu. Masa bulan puasa tu asyik kong je. So masuk je syawal mulalah kerja-kerja mengisi polibeg, cabut anak pokok, dan menanam. Oleh sebab impian saya memang nak kerja kat nursery, so saya memang sangat enjoy dengan kerja-kerja tu. Badan pun banyak berpeluh. Cuma yang lemahnya, bila dah letih makannya jadi berselera sangat. Huhuhu. Selalu makan nasi segenggam ni dah asyik jadi dua pinggan. Uwaaa.. macamana nak slim ni..

Heheh.. saya bukannya nak slim sangat pun. Tapi saya rasa bila saya kurang makan ujian darah saya jadi sangat baik. Lagi-lagi lepas puasa sebulan hari tu. Creatinine saya dari 1200++ dah jadi 900. Urea pun turun. Blood pressure makin cantik dan peratus kebersihan darah pun meningkat. Hmm.. tapi tak tahulah kalau ada kaitan dengan homeopati sebab kebetulan ada juga makan ubat homeopati. Supplement pulak sekarang minum madu, pati delima dan cuka epal.

Alhamdulillah, doktor pun nampak happy so dia agak lenient la dengan saya. Saya tanya, boleh tak nak pergi umrah? Dia bagi. Siap cakap, "Pergilah. Makan angin". Saja je tanya. Heheheh.. Dia pun cakap saya boleh mengandung kalau nak, cuma saya kena sanggup kena hemodialisis tiap-tiap hari. Hmmm.. tu kena fikir panjang-panjang dulu. Pasal kos, doktor kata dia boleh tulis surat pada SOCSO.

Ni biji yang kutip masa bulan puasa tu



Anak-anak pokok yang dah agak besar




Semoga berhasil...Aamiiin

Wednesday, June 18, 2014

Metamorfosis

Salam semua.. Buat apa tu? Saya tengah sejukkan badan sebab berpeluh-peluh masak.. Hari ni menu tomyam ayam kampung. Ada orang mengidam suruh kita masak tomyam.. Selain ayam kampung, bahan-bahan lain macam cili padi, daun tomyam (sawtooth coriander), serai, daun limau purut dan lengkuas freshly picked homegrown mari. Malas tangkap gambar sebab pak mertua ada kat dalam rumah. Nanti dia kata menantu dia takde kerja masak pun tangkap gambar.. Huwawawawa..

Hmm.. Sebenarnya nak tunjuk gambar-gambar pokok limau purut saya yang botak kena kokak dengan beluncas.. Banyak sangat sampai terpaksa ambil bahagian pucuk sebab daun yang sedang elok semua kena makan. Nampaknya tunas rasa beluncas ni hebatlah kan?

Hii... banyaknya tahi awak

Nampak tak kelongsong kepompong yang dah pecah kat daun atas?

Belum boleh terbang lagi ni.. Tengah sun bathing. Nampak tak adik dia mengintai kat daun belakang tu?


Wednesday, June 11, 2014

In Loving Memory

Salam semua.. Pheww.. such a long hiatus.. Banyak perkara berlaku. Saya cuba beri peluang pada diri sendiri untuk mengambil masa secukupnya untuk bangkit semula. So, here I am, better, even not fully recover.

Saya sangka saya bersedia untuk kehilangan Ayah pada usia yang sudah agak dewasa. Guess I was totally wrong. Terlalu banyak memori bersama Ayah terutamanya pada awal pemergiannya. Kalau keseorangan, mudah air mata ini mengalir. Saya lambat rapat dengan Ayah sebab semasa remaja saya agak rebellous. Semakin beranjak dewasa, barulah saya mula faham ayah. Dulu selalu rasa Ayah tak sayang rupa-rupanya sebab Ayah percaya dan yakin pada saya. Detik saya mula 'mengenali' Ayah ialah bila saya perkenalkan boyfriend (kini suami). Ayah terus suka  dan seronok. Siap beritahu sedara mara yang saya akan sambung generasi Jawa yang semakin hilang dalam famili. Macam dah confirm je akan jadi menantu dia. Selepas saya berkahwin Ayah dan hubby jadi bestfriends. Ayah orangnya pendiam dan hanya ramah dengan orang tertentu. Suami saya pun macam tu. Tapi bila diorang berdua berjumpa, boleh pula berborak sampai lewat malam. Kata bapa mertua saya, 'tune' diorang sama.

Ayah orangnya romantik dan sentimental. Suka dengan lagu keroncong. Makan tak cerewet dan selalu puji Mak pandai memasak. Ayah selalu bilang, "Angah belajar masak dengan Mama (panggilan ayah pada Mak). Ayah untung sebab Mama masak sedap". Ayah tak makan ikan pari tapi sesekali dia beli juga sebab anak isterinya suka makan. Kalau anak-anak balik berkumpul, Ayah selalu beli ikan patin atau baung, suruh Mak masak gulai tempoyak. Berebut kitorang makan. Suami yang tak makan tempoyak pun jadi makan tempoyak. Dalam peti sejuk selalu ada makanan kegemaran kitorang. Selalu ada air Bliss, susu coklat, buah anggur, Twister dan macam-macam lagi. Untuk saya selalu ada coklat. Selalu ayah akan bagi hint, "Angah tak buka peti lagi hari ni?". Masa musim durian Ayah akan borong yang terbaik dalam seguni dua. Selalu saya serba salah sebab saya tak boleh makan banyak durian. Walaupun dah dewasa dan dah jadi mak orang, Ayah masih belikan baju raya. Ayah layan kami macam masa kecik-kecik dulu. Mungkin Ayah tak perasan kami dah dewasa.

Satu perkara yang istimewa tentang Ayah, instinct Ayah kuat. Pernah satu masa kami sekeluarga keluar ke bandar. Ayah turun sekejap cari barang kami semua tunggu saja dalam van. Lepas tu kami bertekak suruh salah seorang turun beli air yogurt Bliss tapi semua malas sebab cuaca panas. Surprise, surprise. Ayah datang bawa air Bliss! "Fuyooo! Macam tahu-tahu je Ayah ni?". Ayah selamba je jawab, "Ayah tahulah.." Pernah satu masa Ayah outstation, adik saya Acah waktu tu dalam 4-5 tahun cakap pada Mak,"Mak, akak rasa nak makan anggur la". Tup-tup masa ayah balik, ayah bawa anggur. Mak kata 'link' antara Ayah dengan Acah agak kuat sebab hanya masa Mak bersalinkan Acah je Ayah ada tunggu. Tapi dia jugalah yang suka bergaduh dengan Ayah.. Ayah pergi pun sehari sebelum hari jadi Acah. Reminder telefon ayah berbunyi mengingatkan hari jadi Acah. Sekarang saya yang guna HP ayah. Semua hari jadi ada dalam reminder. Ayah tak pernah lupa wish birthday kami walaupun hanya dengan sms "Happy Bday". Ya, my father was a man with few words. Terus terang saya katakan saya masih tak percaya yang ayah dah tiada. Dalam hati ni Ayah macam pergi outstation je.

Belasungkawa Nordiana binti Nordin 

Dua bulan selepas pemergian ayah, salah seorang kawan baik saya pula telah kembali ke rahmatullah iaitu Nordiana Nordin. Rasanya saya pernah tulis pasal dia. Dia meninggal dunia kerana kanser yang semakin merebak ke dari payudara ke paru-paru, otak, darah, hati dan tulang. Saya sempat berjumpa beberapa hari sebelum kematiannya. Saya sangat terkejut sebab orang yang dulu agak gempal tinggal tulang dan kulit saja. Matanya tertutup sebelah, ada benjolah di kepala dan pertuturannya kurang lancar. Alhamdulillah waktu tu dia masih kenal saya. Pertuturannya agak tak selaras dengan apa yang dia fikirkan. Kadang-kadang dia terlelap sekejap waktu berbual. Tapi kata orang itulah keadaan dia yang paling baik sebab most of the time dia akan mengerang kesakitan. Saya seboleh-bolehnya tak mahu menangis melihat keadaannya. Diana ni adalah jenis manusia yang terlampau baik yang jenis tak reti nak menolak kalau orang minta tolong. Jadi tak hairanlah sewaktu dia sakit ramai orang datang melawat tak kira jauh dan dekat. Saya tak percaya dia ni ada musuh kecuali orang yang pilih jadi musuh dia tu ada sakit mental. Diana agak lambat bertemu jodoh tapi saya percaya kerana Allah nak bagi jodoh yang terbaik buatnya. Suami yang setia menjaga dan mengasihinya sehingga ke akhir hayat. Orang yang baik sentiasa meninggalkan kenangan yang baik, dan mendapat balasan yang baik juga. Diana meninggal pada hari Jumaat dalam keadaan yang tenang dikelilingi suami, keluarga dan sahabat-sahabatnya.

Belasungkawa Abdul Wahab Abdul Rahman

Selepas menziarah jenazah Diana di Muar, saya pulang ke Segamat dan disambut pula dengan pemergian salah seorang jiran saya sewaktu tinggal di Palong Timur, Encik Wahab. Hubungan kekeluargaan kami agak rapat sebab saudara sebelah isterinya merupakan anak angkat datuk saya. Mereka juga merupakan jiran kami di tempat tinggal sekarang. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan ayah. Nampaknya mereka berjiran sehingga ke alam kubur. Saya pernah melakukan latihan industri di Kilang Sawit Palong Timur, dan Encik Wahab inilah yang selalu menunjuk ajar dan menemani saya mengambil sampel untuk ujikaji. Sikapnya agak gila-gila sedikit tapi menghiburkan hati. Saya agak terkejut dengan pemergiannya sebab baru juga berjumpa waktu dia menziarahi pengkebumian Ayah. Punca kematiannya disebabkan kesan sampingan kemalangan yang menjejaskan jantungnya.

Ramai lagi orang yang satu-persatu meninggalkan dunia yang fana ini. Ada yang rapat yang tidak. Ada yang dekat ada yang jauh. Di tempat tinggal ibu bapa saya saja lebih 10 orang meninggal dalam tempoh 2 bulan (ada antaranya masuk surat khabar). Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang-orang soleh. Peringatan kepada kita yang masih hidup, kematian itu pasti.