Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 28, 2013

Petai...Anyone?

Salam Ramadhan semua.. hmm.. dah tinggal berapa hari je nak raya. Tapi tahun ni macam takde nafsu langsung nak raya. Kuih raya seketul pun tak buat lagi.. Yang ada beli kuih batang buruk buatan tradisi daripada kawan kakak. Spesial kuih batang buruk ni, memang betul-betul guna kaedah dahulu kala tau, warisan turun temurun. Beli 6 paket 1/2 kg, dua dah selesai dah. Hahahah..Baju raya hantar untuk tempahan daripada awal tahun sampai ke sudah tak siap. Tak kisahlah, bukan nak berjalan sangat pun. Hehehe..

Seperti biasa, dalam bulan puasa, di kampung ni ada amalan menghantar juadah yang dipanggil 'Munjung'. Untuk memberi kelainan dalam hidangan, cadangannya nak buat sambal tumis petai. Kebetulan pokok-pokok petai keliling rumah in-law ni tengah lebat berbuah. Rezeki ramadhan kata orang.

Besar-besar dan rapat-rapat mata dia.. Memang berbaloi

Yang diikat untuk dijual. Yang dekat belakang tu untuk kenduri

Hmm.. ni sebahagian je, ada lagi atas pokok tapi belum sesuai untuk dituai. Mungkin minggu depan kot. Yang diikat tu ibu mertua saya nak bawa ke sekolahnya, ramai yang dah menempah. Satu ikat ada 7 papan dijual dengan harga RM4 sahaja. Saya ni bukan peminat petai, so taklah teruja sangat. Tapi bila dah jadi sambal, memang menaikkan selera.

Oh ya, bulan ramadhan bulan rahmat dan keberkatan. Tahun ini lebih istimewa sebab banyak berita gembira untuk saya. Tiba-tiba rasa malu sebab banyak mengeluh dah merungut sebelum ni. Guess what, Baitulmal dah luluskan untuk menanggung baki kos hemodialisis yang tak ditanggung Socso. Alhamdulillah. Seperti yang saya katakan dulu, kalau tak dapat pun saya tetap bersyukur sebab sebahagian besar SOCSO dah cover. Tapi bila ditanggung sepenuhnya, memang banyaklah leganya. So sekarang hanya perlu fokus pada rawatan je.

Hmm ujian darah baru ni ada improvement. Creatinine, urea, potassium dah turun. Mungkin faktor puasa ada menyumbang. Yelah, kurang minum air atau makan bukan-bukan. Raya nanti kena tahan godaan makanan sedap-sedap. Hehehhe.. Saya tanya doktor, ada tak possibility kalau dah buat hemodialisis kemudian tiba-tiba tak perlu buat lagi. Dia kata ada, malah ada 3 kes yang HD tak perlu dijalankan lagi. Tapi untuk kes saya (chronic kidney disease di mana buah pinggang dah mengecut) agak susahlah. Biasanya kalau kes acute seperti jangkitan kuman or sebab-sebab lain (tak ingat doktor cakap), lebih tinggi kemungkinan nak pulih tu.Takpe.. takde yang mustahil kan? Chaiyok! So far, saya agak selesa dan gembira. Sebab bila pergi HD centre dapat jumpa ramai orang. Maklumlah sebelum ni dekat rumah dan tempat kerja saya selalu keseorangan. Kadang-kadang rasa macam nak gila pun ada. Hahahah.

Saya kononnya dah bersara kan? Tapi nampaknya jodoh dengan UTM ni masih kuat la.. Hahahah.. Ex-boss pujuk saya kerja tapi apa nak buat keputusan berpindah dah buat. Akhirnya saya dapat bos baru tapi kerja part-time hari Rabu dan Khamis sahaja. Gaji dibayar ikut jam. OKlah tu.. Waktu-waktu lain saya boleh buat aktiviti kegemaran saya.. Seronok...

6 comments:

Ummu Madihah said...

Salam Nurul,

Dah pindah Kluang ya!

Alhamdulillah keadaan kesihatan Nurul bertambah baik dan begitu juga dengan sumbangan daripada Baitulmal tu!

Selamat berpuasa dan salam lebaran yang tinggal beberapa hari lagi!

suka suka said...

Assalam...alhamdulillah atas berita2 gembira.... tertanya2 juga dah tak online lagi ke...nanti bagi alamat baru ya... mana tahu sempat pula nak poskan benih!take care ..selamat berpuasa..

PutriPurnama said...

assalammualaikum Nurul.
Alhamdulillah. Turut gembira Nurul semakin sihat dan ceria..wow lumayan petai tu.

Nudabuffy said...

Assalamualaikum Mak Aji, Kak Mar dan Kak Mas. Alhamdulillah, memang kurang tekanan duduk di kampung. Tapi tiba-tiba semua macam slow motion. Dengan nurul sekali jadi slow. Hahaha.. Selamat hari raya. Maaf zahir batin atas segala kesilapan dan kesalahan Nurul ya?

muzai said...

alhamdulillah suka kite dgr..:-) keajaiban Allah kite x tau kan.. InsyaAllah dayah terpilih untuk terima keajaiban tu..kite doakan.. Hmm petai tu sgt menyelerakan.besar2 plak tu.pos shah alam x boleh ker? Kite beli..hehe

Nudabuffy said...

salam muzai.. nak pos boleh tapi nanti takut rosak pulak.. heheh maklumlah petai ni bila terbungkus dia ada gas.. Nanti posmen ingat kita pos gas beracun pulak,, heheheh