Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 12, 2012

Update Perubatan Alternatif

Perubatan Alternatif yang saya pergi ni tempatnya di Taman Daya Johor Bahru. Perawatnya Ustaz Najib. Ni pun kawan kakak ipar yang cadangkan. Alang-alang appointment dengan doktor bulan Januari kang baru tiba masanya. Berusaha dan berikhtiarlah kita nak sihat semula.

Oleh sebab perawatnya orang bekerja, jadi rawatan hanya dibuat pada malam hari Sabtu. Tu pun di rumah Encik Mispan sebab dia tinggal berdua je dengan isterinya. Lapang agaknya. Sebenarnya minggu lepas dah pergi, tapi tak kesampaian. Sebelum merawat, ustaz najib ni akan bacakan ayatul kursi pada secawan air. Tapi nak jadi cerita, dua kali air tersebut tumpah. Katanya, "Maaf dik, Allah tak izinkan. Tapi jangan putus asa, minggu depan cuba datang lagi. Saya tak boleh teruskan. Kalau saya teruskan nanti jadi takbur". Masa tu saya tak rasa apa-apa pun. Sebab dalam hati dah niat, kalau kat sini jodoh nak baik, mohon Allah mudahkan. Kalau bukan, minta saya diberi kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi segalanya. Hanya kepada Allah kita menyembah dan kepada Allah kita memohon pertolongan.

Mungkin tergerak hati kami ke situ bukan untuk kami tapi untuk kakak ipar yang masih belum dapat zuriat. Dia yang asalnya nak tunjuk jalan saja, tiba-tiba tergerak hati nak minta pendapat ustaz tu. Pertanyaan pertama Ustaz, suami tak tahu yang datang nak berubat malam ni? Kakak ipar jawablah suaminya tahu dia pergi ke mana tapi takde plan pun nak berubat. Ustaz tu minta datang minggu depan bersama suami. Katanya, soal zuriat kena ada dua-dua pihak. Barulah berkesan. Alhamdulillah, kedua-dua kami bebas daripada gangguan mistik. Ramai pesakit yang datang bermasalah sebab mewarisi saka, susuk ataupun 'dihantar' sesuatu oleh musuh.

Malam sabtu baru-baru ni saya ke sana lagi. Niat tetap sama, mohon dipermudahkan oleh Allah sekiranya diizinkannya. Kali ni tak ramai pesakit, mungkin sebab ramai yang bercuti panjang. Tapi sebelum kami semua kes berat. Ada seorang pak cik tua yang mewarisi susuk daripada nenek moyang. Menurut cerita daripada pesakit sendiri, kesan ilmu warisan nenek moyang ni menyeksakan keturunan walaupun mereka tak rela. Ada yang terjejas kepada akal, fizikal, malah ada yang diganggu setiap kali nak melakukan ibadat. Bila tengok ada pesakit sampai menangis sewaktu dirawat jadi cuaklah pulak.

Oh ya, kali ni ada seorang ustazah membantu dalam perawatan. Ceritanya, ustazah ni sedang buat ujian praktikal untuk merawat. Asalnya ustazah ni adalah pesakit, tapi setelah dia pulih, hijabnya telah dibuka oleh Allah SWT sehingga dia mampu melihat apa yang orang biasa tak mampu lihat. Cuma kata Ustaz Najib, ada masanya, ustazah ni tidak ada kekuatan. Just imagine la, kita nampak benda yang tak patut kita nampak. Perempuan pulak tu. Tapi macam citer spiderman, with great power, comes great responsibility.

Kali ni ustaz suruh ustazah scan saya. Katanya, buah pinggang kanan saya yang nampak tidak normal. Ada salur darah yang berhubung ke buah pinggang yang tidak sihat. Tiba-tiba ustaz tanya saya, "Belajar sampai mana?" And me, blur as ever cuma menjawab, "AAA?". Ustaz tanya lagi, "Adik belajar sampai mana?". "Master", jawab ambe. "Patutlah.." kata ustaz. Dia kata otak saya dah overworked sampai menjejaskan urat saraf. Seriously? Ingatkan makin banyak pikir makin cerdik. Heheheh.. Ni sampai ada wayar putus la pulak. Patutlah berat je nak buat PhD, selalu lupa-lupa dan cepat keliru. Saya ingatkan sebab kurang kalsium..Kakakakak. Tapi kan, at least 'diagnosis' Ustaz ni tally lah dengan dua rawatan alternatif yang saya buat sebelum ni. Masalah darah dan urat saraf. Jadi kaedahnya, diorang buat agarkan salur darah tu lancar semula. Mereka berpesan agar saya tetap jumpa doktor untuk pastikan keadaan saya. Mereka boleh cuba rawat tapi tiada alat untuk membuktikan yang kita dah sihat. Maklumlah ilmu manusia tu limited. Semuanya Allah yang punya. Saya ingat nanti nak buat ujian darah kat swasta untuk buat comparison and get second opinion.

Oh ya, untuk kes kakak ipar saya (Kak Pojit) pun tally dengan rawatan di hospital dan alternatif yang dia buat sebelum ni. Kalau tak salah saya, pakar cakap telur dia tak boleh matang dan salurnya tersumbat. Tapi macam-macam kerenah masa dia cuba dapatkan rawatan moden di hospital, sampai fed up agaknya. Bila buat rawatan alternatif pulak, dah takdir Allah dan mungkin belum rezeki mereka, perawatnya kembali ke rahmatullah. Bila discan oleh ustazah, memang itulah yang dia nampak, selain dinding uterus yang kurang sihat. Ya Allah, kalau ada rezeki mereka, tahun depan 3 orang anak saudara keluar termasuk dua yang dah on da way. Tiba-tiba saya pulak rasa terlebih happy. 7 tahun penantian bukan tempoh yang pendek. Sedangkan saya yang baru 3 tahun kawin pun selalu je 'sentap' bila orang sembang pasal anak.

Apa-apa pun, mudah-mudahan usaha ni membuahkan hasil. Kalau tidak saya, semoga Kak Pojit and Abg Awie berjaya. Kalau tidak, cukuplah semoga Allah lorongkan kami ke jalan yang lurus menuju ke syurga idaman.

8 comments:

suka suka said...

terima kasih atas perkongsian..akak doa kan Nuda bertemu jodoh sihat .. terlebih guna otak menjejaskan saraf yang lain... info berguna..mudah-mudahan kita dijauhkan perkara begini..namun itu semua kehendak Allah.. akak pun dalam penantian khabar kesihatan suami akhir bulan ni, begitu juga parents yg tersayang.. semoga Allah sembuhkan kita semua agar kita terus dapat beribadah dan meneruskan amal soleh dan juga dapat membantu insan lain yg kesusahan..

Nudabuffy said...

Amiinn.. Kak mar, rasanya dalam kes nurul ni bukan terlebih guna otak sebab belajar, tapi suka pikir benda remeh temeh sampai melalut-lalut masuk dalam mimpi. Tapi takdelah citer dengan perawat, malu.. heheheh.. Haah kak, mudah-mudahan kita diberi kesihatan, ringankan tubuh kita untuk buat ibadah, pastu hilangkan rasa malas. Amiin.

Unknown said...

moga moga puan sembuhya dan jangan putus asa

Nudabuffy said...

Hidayah Salim ~ Amiin.. mudah-mudahan.. Panggil Nurul je..

baguznet said...

eh, sampai ke Taman Daya ye? Saya yg rumah org tua sekitar kawasan berhampiran pun tak pernah tau ada. Terasa macam nak jugalah cuba jumpa ustaz tu, sbb org tua pun ada masalah kesihatan kesan unsur mistik

Moga2 Nurul akan dikurniakan kesihatan yg elok dgn segera...

Nudabuffy said...

Baguznet~ saya pm contact tuan rumah (en Mispan) tu ya?

Nudabuffy said...

Tak tahu nak pm baguznet macamana..heheheh ni contactnya Abg Mispan No 25 jalan rumbia 27, Taman Daya. 0167443704.. Rawatan dibuat malam hari sabtu mula jam 9.00 mlm.

Unknown said...

Assalamualaikum, untuk makluman bersama, hari rawatan untuk Perubatan Islam Ustaz Najid, Taman Daya, Johor Bahru, Johor telah dipinda kepada hari Selasa dan Jumaat bermula 1 Januari 2014. Waktu rawatan bermula selepas Isyak, boleh ambil nombor giliran bermula jam 8 malam, terima kasih..