Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 22, 2012

Tamatlah Riwayat Pokok Keembong

Akhirnya pokok keembong ku tinggal rangka sahaja. Pagi tadi check tinggal seekor sahaja ulat yang gemuk gedempol. Yang lain dah dimakan burung agaknya. Arghhh. baru berangan nak menternak rama-rama. Nak buat rekod dari ulat jadi rama-rama.

Dari ulat jadi kepompong
Tidur baring dalam kelongsong
Tiba masa kepompong pecah 
jadi rama-rama yang indah...

Beluncas terakhir. Gemuk kan dia.

Tinggal kenangan jelah. Bunga pun korang sebat eh?

Pengubat duka. Bayam ajaib tinggi melangit. Benih dari Kebun Bahagia Bersama.

9 comments:

Umm AA said...

Salam perkenalan dari jauh nudabuffy.. cantik gambar beluncas tuh..last2 apa jd pd mereka2 itu..dah blah dah.? hehe...

sy letak link blog awak kat blog sy yer....jmpa lagi

Umm AA said...

Salam perkenalan dari jauh nudabuffy.. cantik gambar beluncas tuh..last2 apa jd pd mereka2 itu..dah blah dah.? hehe...

sy letak link blog awak kat blog sy yer....jmpa lagi

mat jon said...

alahai sedih je bunyi pantun tu..

Nudabuffy said...

Ummuaidan~ Salam perkenalan juga daripada saya. Ulat-ulat tu dah kena makan burung kot.. Banyak pulak burung..

Mat jon~ tu lagu budak tadika lah mat jon. Selalu nyanyi untuk anak sedara. Hahahah

suka suka said...

Cantik bayam tu..akak baru semai semalam..

GO GREEN said...

Nurul ada byk lagi koleksi yg lain..

Nudabuffy said...

Suka-suka~ Tak tahu kenapa bayam tu jadi gergasi. Kawan-kawan dia yang lain macam biasa-biasa je. Tanam di tapak yang sama, baja yang sama, siraman yang sama. Musykil. Hehehhe

Mama Pongkey said...

Salam Nudabuffy, lama kita tak menyinggah. Travel banyak. Lepas tu ada juga komen yang saya tulis pada mobile, lenyap ditelan internet. Alahai.
Garang betul warna ulat tu, macam rimau pun ada. Boleh ke jadi maskot HArimau Malaya? Hehehe. Bayam saya pun dah berbunga, tapi tak tinggi sangat, biasa-biasa sahaja.

Nudabuffy said...

Saya pun baru je aktif semula. Kalau tengok depan-depan lagi garang rupanya. LAgi-lagi time dia tengah makan dengan gelojohnya. hehehh