Miss me? Miss me not? Lama sungguh rasanya tak berleter kat
sini. Line internet kat lab rosak…
Sedih yang amat. Kena panah petir katanya. Nak baiki *** takde duit. Tak adil.
Sekarang semua guna online. Banyak kerja tergendala. Huhu..
Hmmm.. sepanjang
tempoh kehilangan saya, banyak update yang dah jadi outdated. Kebun saya yang
kosong dah jadi tahap hutan belantara. Pokok dah lebih tinggi daripada tuannya.
Kahkahkah. Tak tahu lah apesal diorang jadi gabak macam tu. Ada tanaman yang
terbantut. Tapi yang pastinya, no luck with flowerssssssssssssss. Pokok
keembong, satu-satunya pokok bunga yang tumbuh, menggila dan mabuk daun, tapi
bunga hampeh. Dahlia tak tumbuh langsung. Tapi pokok sayur agak
memberangsangkan. Pokok percuma saya, iaitu peria (atau pare-versi jawa), dah
mengeluarkan hasil. Walaupun buahnya tak sebesar yang dijual di pasar tapi
memang puas hati sebab pokoknya tak perlu penjagaan rapi. Cuma perlu bantu
pendebungaannya je. Bendi tiap-tiap hari dapat tuai, sampai dah tak kose. Takde idea dah nak masak apa, So hantar
balik kampong je la. :P eksen kan?
Oh ya, kami ada
beli pokok cili habanero (ke? baru baca pasal cili terpedas di dunia kat blog encik iskandar). Buahnya
lebat, tapi kami tak tahu nak gunakan untuk apa. Rasanya tak menepati citarasa
kami. Siapa-siapa ada idea? Banyak sangat dah kumpul buah cili masak ni. Nanti saya upload gambar bila free nak pastikan nama sebenar pokok cili tu. Oh ya,
tanaman kami diserang aphid secara berleluasa. Banyak pokok yang mati sebab
terlalu bermaharajalela. Pokok-pokok yang berbau kuat seperti ulam raja,
selasih dan tomato pun tak terkecuali. Dah cuba air bancuhan sabun, tapi tak
menjadi. Cuba juga racun serangga (tak organik dah, huhuhu), tapi pokok jadi
lecur walaupun bancuhannya cair. Keciwa, keciwa.
Tapi yang
bagusnya, ramai dah jiran-jiran yang ikut berkebun. Hari tu jiran selang sebuah
rumah, Kak Dila puji tanaman kami semua menjadi. Err..tak semua sebenarnya Kak
Dila.. Dia tanya kami guna baja apa. Semalam nampak dia dah anak-anaknya
berkebun. Hehehehh.. Lepas tu, jiran selang sebuah rumah sebelah kiri pun dah
ada kotak-kotak polisterina kat tepi rumah dia. Nampak ada kangkung, bendi dan
macam-macam. Tapi kami syak dia guna tahi lembu la.. Kuat bau dia. Pastu pagi
tadi bau tahi ayam pulak.. Pelik juga, mula-mula ingat ada orang bela lembu kat
kawasan taman perumahan. Kakakakaka.
Ahhh.. banyak sebenarnya perkara yang berlaku sepanjang tempoh kehilangan saya ni. Tapi secara ringkas:
Life and Marriage --> Brilliant
Hobbies---> So-so. Ketinggalan banyak setem best sebab tak dapat topup soda akaun. Tanaman ada yang kena serangan.
Health--> Merosot.
Work-->Love my work. Hate bureaucracy.
Nanti ada masa kita cerita lagi.. Sayang semua.
7 comments:
Welcome back! Sebenarnya tertanya juga, Nudabuffy ni ok ke tak. Tanaman saya pun ada yang menjadi mangsa juga, sabar ajelah. Biasalah kan, adat berkebun. Tapi bestnya jiran-jiran Nudabuffy pun dah start berkebun. Tak nak share benih cili tu dengan diorang ke? :-)
yes,I miz u..hehehe.Welcome back.
hi nuda, ingatkan dah tak nak berblog dan berkebun hehehe... lama betul tunggu nuda update dengan new entry.
ana sekarang dah harvest kangkung, bendi dan daun limau. roselle belum berbuah lagi.
gosh!! rindunya kat Nurul!!! ingatkan sakit ker, apa ker..anyway, glad u r back dear.
Yeayyyy!!! Muncul balik!!!
Mama Pongkey: Yang jelesnya, pokok dia lagi kemas dan subur.. Hahahah.. berkat tahi lembu agaknya..
Puteri Purnama: I miss you, too!
Ana: Bestnya... Seronok kan gardening?
Lynnhelite: Tak sakit.. tapi Dr cakap fungsi buah pinggang merosot dengan pantas.. Nak minta pendapat lynn macamana nak handle emosi eh?
Bintang Timur: Yup.. Tapi macam biskut.. kadang ada kadang takde.. hehehhe
how to handle emosi? kalau cara Lynn, gelak byk2.. buat pandai, jgn lak buat bodoh. Berkebun ni kira satu terapi gak nih..Lagi satu, jgn terlalu ambik pot apa org lain kata, boleh jadi gila.
Post a Comment