Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 3, 2012

Jujur Vs Prasangka

Bismillah.

Beberapa hari ni saya agak free sebab bahan kimia untuk sintesis aerogel tak mencukupi. Jadi saya rajin lah membaca status-status yang ditulis oleh kawan-kawan di facebook. Saya lebih suka membaca dan menilai daripada meninggalkan sebarang komen. Lebih kepada pemerhati.. Chewah!

Dalam banyak-banyak tu, saya tertarik pada status seorang kenalan, seorang doktor, menceritakan perihal dan kerenah pesakit-pesakitnya. Ada yang lucu, ada yang menjengkelkan. Salah satunya berkenaan pesakit yang marah-marah pada doktor kerana tak diberikan MC. Macam-macam pendapat para doktor yang meninggalkan komen tapi seperti diduga tentu lah ramai yang menghentam pesakit. Sebagai timbal balik, saya terbaca pula status seorang lagi kenalan. Kali ni seorang pesakit. Dia ke klinik kerana ingin mendapatkan nasihat doktor kerana dia mengalami stress. Sebagai habuannya, dia dihentam dek doktor yang menuduhnya datang semata-mata ingin mendapatkan MC. Daripada stress menjadi bertambah stress.

Agak-agaknya lah kenapa jadi macam ni ya? Bagi sayalah, semuanya berpunca daripada satu sikap negatif iaitu tidak jujur yang menerbitkan rasa prasangka. Kalau pesakit tidak jujur misalnya, berpura-pura sakit untuk mendapatkan MC. Mula-mula doktor ikhlas dan simpati memberikannya tapi selepas tu penyakit menipu ni jadi semakin parah dan menyusahkan para doktor menilai pesakit. Timbullah prasangaka di hati doktor, "Ni betul-betul sakit ke menipu". Sudahnya, mungkin orang yang betul-betul sakit tak dapat rawatan yang sepatutnya. Ini yang jadi macam kes yang kedua. Begitu juga kalau doktor tak jujur, malas nak rawat, hentam bagi MC je, pesakit jadi prasangka, "Ah, doktor zaman sekarang pemalas. Baik aku jumpa dukun je". Ini contoh je.. Hehhehe. Kan ke merugikan masyarakat?

Hal-hal macam ni tak berlaku di kalangan pesakit dan doktor sahaja. Kalau ada yang pernah duduk di asrama, tentu pernah dengar pasal orang yang kena histeria. Ada yang betul-betul, ada yang main-main, ada yang nakkan perhatian je. Gangguan makhluk halus ni bukan main-main sebab benda-benda ghaib ni memang wujud. Kalau betul-betul dirasuk, memang perlukan bantuan. Tapi kalau main-main? Orang pun malas dah nak tolong. Nak jadi cerita, tetiba kena rasuk betul-betul dan orang tak nak tolong? Macam mana?

Alangkah baiknya kalau kita manusia ni kembali kepada fitrah sukakan perkara dan perbuatan yang baik. Jujur dan bersangka baik. Tentu aman dunia ni. InsyaAllah.

No comments: