Last weekend, saya balik ke rumah singgah family kat Medoi. Dah agak lama saya tak balik jumpa mak ayah. Alhamdulillah, dapat jumpa suami tersayang lagi. Impian utama saya balik kali ni nak makan durian. Ayah saya, seperti biasa selalu ada instinct pasal keinginan anak-anak, bawa balik durian barang 5-6 biji. Menjerit suka saya. Cepat-cepat buka bonet amik durian. Durian kali ni memang kaw-kaw punya. Kami sekeluarga kepanasan. Kipas berpusing dah macam helikopter, tapi saya berpeluh kepanasan.
Seperti biasa, bila berjumpa, saya dan suami memang asyik berkepit je. Mak dengan ayah pun dah masak dengan kitorang. senang kata, tak kuasa dah! Ahaks, sorry ya mak, ayah! Rindu sangat lah. Bukan senang berjauhan. Kali ni saya dapat masak beberapa kali je untuk suami. Maklumlah, rindu masakan bonda. Saya cuma goreng udang harimau masak tempura (tepung tempura acah yang bancuh, hihik), pastu masak ayam masak kicap untuk suami bawa bekal balik shah alam. Incik suami sangat rajin menolong. Basuh pinggan, mengemas, menyapu. Segan pulak. Jenuh saya suruh dia berehatlah, mandilah. Tapi bila teringat cerita kaklong pasal Rancangan Semanis Kurma, jangan biasakan manjakan suami, nanti suami malas, saya biarkan juga. Saya ni agak x keruan kalau dia tengok saya memasak. Sebab dia lagi pandai memasak daripada saya. Ni kes low esteem lah ni. ahahah.
Plan saya, hari Isnin baru saya balik sebab nak ambil kad perakuan nikah di pejabat agama. Jadi suami balik dulu hari Ahad tu. Rasa sedih bila dia nak balik tu. Lagi sedih bila mak dengan ayah tanya, bila nak duk sama ni? Apa nak buat. Rezeki kerja jauh-jauh. Nantilah bila dah stabil sikit, mungkin saya perlu berkorban lah kot. Buat kerja dari rumah ker. Tapi nak buat apa eh?
Saya kadang-kadang dah tak tahu mana yang lebih normal, berjauhan atau berdekatan. Ramai sangat orang-orang yang saya kenal, kawan-kawan yang juga berjauhan dengan suami atau isteri masing-masing. Memang kehidupan macam ni mencabar, tapi tetap ada kemanisannya. Rindu yang menggunung tu saya anggap sebagai penyeri cinta kami, seperti masa bujang-bujang dulu. Mujur juga saya dan suami memang bercinta jarak jauh sejak dulu lagi. Jadi tak menjadi culture shock. Syukur. Apapun, saya tetap berdoa agar suatu hari kami dapat berkumpul dan hidup bersama macam suami isteri yang lain. Amin.
1 comment:
Saya dah 11 tahun lebih hidup berjauhan dengan isteri...anak dah 4 org dah...Jasmi
Post a Comment