Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 30, 2010

Long Distance Marriage...Normal, Not?

Last weekend, saya balik ke rumah singgah family kat Medoi. Dah agak lama saya tak balik jumpa mak ayah. Alhamdulillah, dapat jumpa suami tersayang lagi. Impian utama saya balik kali ni nak makan durian. Ayah saya, seperti biasa selalu ada instinct pasal keinginan anak-anak, bawa balik durian barang 5-6 biji. Menjerit suka saya. Cepat-cepat buka bonet amik durian. Durian kali ni memang kaw-kaw punya. Kami sekeluarga kepanasan. Kipas berpusing dah macam helikopter, tapi saya berpeluh kepanasan.

Seperti biasa, bila berjumpa, saya dan suami memang asyik berkepit je. Mak dengan ayah pun dah masak dengan kitorang. senang kata, tak kuasa dah! Ahaks, sorry ya mak, ayah! Rindu sangat lah. Bukan senang berjauhan. Kali ni saya dapat masak beberapa kali je untuk suami. Maklumlah, rindu masakan bonda. Saya cuma goreng udang harimau masak tempura (tepung tempura acah yang bancuh, hihik), pastu masak ayam masak kicap untuk suami bawa bekal balik shah alam. Incik suami sangat rajin menolong. Basuh pinggan, mengemas, menyapu. Segan pulak. Jenuh saya suruh dia berehatlah, mandilah. Tapi bila teringat cerita kaklong pasal Rancangan Semanis Kurma, jangan biasakan manjakan suami, nanti suami malas, saya biarkan juga. Saya ni agak x keruan kalau dia tengok saya memasak. Sebab dia lagi pandai memasak daripada saya. Ni kes low esteem lah ni. ahahah.

Plan saya, hari Isnin baru saya balik sebab nak ambil kad perakuan nikah di pejabat agama. Jadi suami balik dulu hari Ahad tu. Rasa sedih bila dia nak balik tu. Lagi sedih bila mak dengan ayah tanya, bila nak duk sama ni? Apa nak buat. Rezeki kerja jauh-jauh. Nantilah bila dah stabil sikit, mungkin saya perlu berkorban lah kot. Buat kerja dari rumah ker. Tapi nak buat apa eh?

Saya kadang-kadang dah tak tahu mana yang lebih normal, berjauhan atau berdekatan. Ramai sangat orang-orang yang saya kenal, kawan-kawan yang juga berjauhan dengan suami atau isteri masing-masing. Memang kehidupan macam ni mencabar, tapi tetap ada kemanisannya. Rindu yang menggunung tu saya anggap sebagai penyeri cinta kami, seperti masa bujang-bujang dulu. Mujur juga saya dan suami memang bercinta jarak jauh sejak dulu lagi. Jadi tak menjadi culture shock. Syukur. Apapun, saya tetap berdoa agar suatu hari kami dapat berkumpul dan hidup bersama macam suami isteri yang lain. Amin.

Lagi Kes Buang Bayi



Salam buat semua. Masa nak isi minyak di Esso tadi, saya ternampak muka depan Harian Metro dengan tajuk "Bayi Tong Sampah, Bayi Daun Pisang". Astaghfirullahalazim. Tak berkesudahan lagi kes buang bayi ni. Saya tengok wajah-wajah kudus bayi-bayi tu sangatlah comel. Sampai hati mak diorang buang. Kesejukan. Mujur orang ramai sempat jumpa dan masih hidup. Dah tentulah yang membuangnya tu ibu kandung masing-masing. Gambar sumber dari Harian Metro.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bayimenggigil1/Article
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buangatasdaunpisang/Article

Dalam metro ni ada tulis, ibu bayi daun pisang tu dah berjaya dicekup. Walaupun cuma pandangan belakang, jelas yang ibunya tu bertudung, which means she is a muslimah. Saya teringat kata-kata pensyarah forensik saya, "Jangan cuba-cuba. Yang curi-curi tulah yang selalu menjadi. Saya dulu, dah kawin setahun baru isteri saya mengandung". Betul kata beliau. Budak-budak muda ni, try sekali terus lekat. Kita yang dah kahwin ni, cuba berkali-kali, dengan cara yang halal, terus Allah duga kesabarannya. Batullah kata iklan kat tv, dalam dunia haiwan tak ada manusia, tapi dalam dunia manusia, ada haiwan. Haiwan kejam pulak tu.

Tapi mujur jugalah ibu-ibu tu buang di tempat yang ramai orang. saya tak cakap buang anak tu baik ok. Tapi at least budak-budak tu masih diberi peluang untuk mengenal dunia. Mungkin nasib diorang akan terbela kalau ada yang sudi ambil diorang jadi anak sendiri. Mungkin saya salah sorang daripadanya, who knows?

Thursday, June 24, 2010

Lagu Labah-labah

tetiba teringat zaman tadika dulu. Gara-gara kaklong mencari lagu kanak-kanak sebab nak gi interview tadika kemas. Masa kecik dulu, saya perasan masa nyanyi lagu ni lah suara saya yang terpaling best sekali. Muahahahahh... Tapi lagu ni ada unsur pengajaran. sebab dia mengajar erti terus berusaha dan berusaha..


Wednesday, June 23, 2010

SOLUSI, Majalah Berinformasi

Saya memang suka membaca. Segala jenis buku kot. Buku, novel, majalah, komik, surat khabar, e-book, semua saya baca. Buku teks je liat sikit. ahahahha. Rasanya dalam sebulan, sebahagian besar gaji saya habis untuk bahan bacaan, lebih daripada yang digunakan untuk beli baju.

Hobi ini merupakan hobi bersama dalam keluarga saya. Ayah, emak, kakak, adik semua suka membaca. Kadang-kadang kami terbeli buku yang sama (selalunya majalah mingguan wanita). Kalau kena berpindah rumah memang naya lah, sebab buku memang berat. Tapi usung tetap usung. Saya teringat suatu hari tu family saya kena berpindah sebab mengikut ayah yang ditukarkan ke kilang lain. Mak cakap, "Angah, majalah-majalah awak ni mak derma dekat KKD (Kelab Keluarga Dayabudi) jelah eh?". Oleh sebab masa tu saya tersangat busy untuk balik kampung menyelamatkan buku-buku saya dan cuma berkesempatan balik menolong masa hari berpindah, terpaksa lah pasrahkan buku-buku saya tu. Ada macam-macam majalah, Rapi, Ujang, Remaja, Mingguan Wanita, G3, Komik-komik.Huhuhu. Tapi bila unpack barang kat rumah baru, saya tengok majalah-majalah tu masih ada. Mak kata, sayang. Nanti boring-boring boleh baca semula. Mak...Mak..

Baru-baru ni saya terpikat dengan satu majalah bernama SOLUSI. Majalah ni pernah dibawa oleh kakak se-lab. Tapi bila kat lab fikiran tu mencapah-capah, bercabang-cabang, jadi terabai buku tu. Tapi satu hari tu, masa saya pergi ke rumah sewa suami, ada lah dua naskhah majalah tu. Katanya Shukri yang punya. Saya ni jenis yang pentingkan kualiti. Saya rasa majalah tu sangat cantik, kertas ni berkilat. Ada majalah yang kertasnya baik sikit dari kertas bungkus belacan. Tapi yang lebih penting, isinya sangat padat. Penuh informasi. Kadang-kadang sentap, maklumlah terkena batang hidung sendiri. Buku yang islamik ni pendekatannya lebih ringan tapi sampai ke hati. Lengkap dengan dalil-dalil dari al-Quran dan hadith yang boleh dijadikan rujukan.

Saya baru saja membeli SOLUSI isu 20, BELAJAR DARIPADA ALAM. Sangat menarik. Kita selalu memandang alam ini dengan pandangan fizikal, atau paling tinggi pun pandangan akal. Kita selalu terlupa untuk mengkaji tentang kebesaran PENCIPTAnya. Banyak info dan penemuan sains yang terlebih dahulu disebut dalam al-Quran. Subhanallah, walhamdulillah, walaa ilaha illa Allah. Walaupun harga SOLUSI mahal sikit, (RM 9 sm dan RM 11 S/S), tapi sungguhlah berbaloi-baloi. Nampaknya dah ada majalah lain yang nak dikejar. ;p

Tuesday, June 15, 2010

Saya ingin jadi seperti penguin...Tulus!


Saya memang suka menonton National Geographic di TV1. Tapi tak pernah hati saya begitu tersentuh, takjub dan kagum dengan kejadian Allah yang bernama penguin. Dah lama sebenarnya saya tak tengok NG mungkin sebab waktu tayangan yang kurang sesuai. Hari tu, ceritanya berkisar tentang koloni Emperor Penguin.

Mulanya saya cuma teruja melihat kecomelan anak penguin yang sungguh bulat. Teringat Filem Happy Feet. Sememangnya secomel seperti yang ditonjolkan dalam filem. Tapi apa yang lebih menyentuh hati, melihat pengorbanan ibu bapa si anak penguin demi memastikan kelangsungan keturunannya.
Penguin diciptakan Allah sebagai makhluk yang sangat penyayang dan setia. Si jantan memikat dengan begitu gentleman dan macho. Mereka berjuang demi cinta terhadap kekasihnya. Dan mereka pun turut terlibat sepenuhnya dalam kebajikan anak-anak. Alangkah baiknya kalau manusia mencontohi penguin ni. Tentu aman dunia. Tak adalah kes-kes buang bayi, dera anak, dera isteri, dera suami. Haishhhh.. Dah terbalik agaknya, manusia yang dah jadi binatang. Lihat saja pada life cycle diorang ni, macam mana diorang berjuang untuk hidup. But still, diorang hidup dengan penuh kasih sayang. Anak-anak diberi perhatian secukupnya, tapi tetap diajar berdikari. Dalam keadaan cuaca yang ekstrem, diorang sama-sama berkongsi haba tubuh.

Sumber: http://penguinology.blogspot.com/2008/10/emperor-penguin-biology.html

Ya Allah,
jadikanlah kami insan-insan yang berkasih sayang sesama saudara, sesama keluarga.
jadikanlah kami insan-insan yang tabah menghadapi dugaan,
jadikanlah kami hamba-Mu yang redha dengan ketentuan-Mu,
jadikanlah kami hamba-Mu yang setia, yang bertanggungjawab,
seperti penguin-penguin itu,
makbulkanlah doa hamba Ya Tuhanku.

Wednesday, June 2, 2010

Sudah Gaharu Cendana Pula.



Selain daripada menggodak kolam ikan talapia, kaloi dan betutu (or ketutu?), kadang-kadang tolong mak mertua kutip lantun. Lantun tu sebenarnya getah beku. Ayah yang panggil lantun sebab kalau baling nanti baling melantun. Bila saya sebut lantun kat Rengam, semua orang tak tahu. Mati2 saya ingat tu perkataan Jawa. Muahahha.

Walaupun lantun busuk, duit jual lantun tetap wangi ;p

Keliling rumah ni banyak pokok getah. First time teman mak mertua toreh getah bukan main teruja lagi. Hahah. Padahal kat Medoi pun ada kebun getah juga, tapi tak pernah pun berpeluang nak menoreh. Pagi2 lagi dah merengek ajak incik suami gi kutip lantun. Tak sempat breakfast dah mengaruk, takut kalau lambat nanti kena kutip dengan Koki (pakcik incik suami). Tapi balik baru ni takde beku, sume getah cair je.

Buah pokok gaharu. Lepas ni bolehlah dapatkan benih.

Lepas tu petang2 pergi merayau melawat kolam dan bagi makan ikan. Tidak dilupakan, pokok-pokok gaharu. Kata bapak mertua saya, pokok gaharu ni orang guna buat perfume. Banyak juga pokok ni ditanam keliling rumah ni. Ada satu lagi kebun memang buat tanam gaharu je. Pernah sekali ikut gi menebas, sampai lemah longlai saya dibuatnya. Tak cukup stamina betul.. Hihik!

Nak tangkap gambar batang gaharu nampak belalang kunyit pula.

Ini nama dia belalang kunyit


Selalunya kitorang ronda makan buah (bila musim buahlah). Jadi masa bukan musim buah ni hanya jambu batu yang ada.


Kalau dah bosan makan sayur-sayur beli, mak petik sayur dan ulam kampung macam kacang botol dan cekak manis. Hari tu diorang gi petik petai, banyak melambak, lupa nak snap.

Untuk tatapan orang yang tak kenal kacang botol.


Tengah ushar-ushar sekitar nampak pulak sarang burung kat celah pokok cekak manis ni. Rendah je. Tah burung apa tak tahu ler pulak.


Kalau incik suami balik hujung minggu ni boleh la balik kampung lagi. Pastu bolehla bawa pulang hasil segar dari ladang. hihihikk. Jimat You!



Seronoknya Balik Kampung!!!

Sebenarnya dah lama dah balik ke kampung suami di Rengam ni. Cuma baru ada mood nak share. Sungguh seronok rasanya sebab banyak aktiviti boleh dibuat dekat sana. Ditambah pula kehidupan di kampung yang sangat damai.

Selalunya kalau balik kampung, abang mesti gi godak kolam. Kadang sauk ikan talapia, tapi baru-baru ni projek kitorang tangkap ikan kaloi untuk mak buat pekasam.

Muka orang nak buat pekasam dah macam pekasam

Selalunya saya akan mengekor je ke mana incik suami pergi. Kalau dia terjum kolam pun saya terjun juga. Tapi oleh sebab ditakuti dalam kolam tu ada lintah dia dah tak bagi masuk dah. Jadi saya cuma jadi tukang bawak bakul sambil jerit-jerit kat tepi kolam. Gedik sungguh!

Incik Suami dan Abeng masih tercari-cari lokasi persembunyian suspek.

Menangkap ikan kaloi ni boleh tahan mencabar juga. Sebabnya diorang pandai menyorok dan kuat melompat. Kena pulak yang saiz induk, pergghhh.. boleh birat kena libas beb. Yang kitorang tangkap ni saiz sedang. Sila lihat nisbah saiz tubuh ikan dengan bakul kain saiz standard tu.

Hasil sebelum jumpa lubuk ikan

Dekat sini ada tiga jenis kaloi; kaloi merah, kaloi hitam dan kaloi biru. Yang ni kaloi hitam, memang lazat dimakan walaupun cuma digoreng. Kaloi merah dan kaloi biru katanya kurang sedap tapi orang suka letak dalam akuariun sebab cantik. Tapi kaloi biru masih dalam probation, masih anak. Sapa-sapa nak order ikan kaloi, merah ke hitam ke biru ke, boleh email nudabuffy@yahoo.com or aslor_ad@yahoo.com.

Lihat! Lumayan kan?

Hasil tangkapan ni mak mertua saya buat pekasam. Kitorang gotong royong menyiang sampai lenguh dan luka-luka tangan. Tapi memang berbeza makan ikan yang segar dengan yang tak. Nyum nyum.. sungguh lazat. Gambar pekasam? HAhaha.. Tak sempat nak tangkap. Dah habis dah.