Ini bukan citer tentang kereta..ini ceritera viva-voce untuk completekan master makcik... aduh...cuak yang teramat.. tak terkata gabranyer... ditambah-tambah lagi makcik tahu dah last-last minute pasal viva ni.. malam tadi makcik cuma mampu tidur-tidur ayam... asal terlelap je, mulalah mimpi-mimpi aneh menyinggah... kes naya betul..
Makcik dah tunggu lama menunggu hari ni tiba, tapi bila dah tiba, rasa tak ada hati nak melaluinya.
Separa sedar macam zombie, mak cik harungi juga. Nak jadi cerita, viva ni dibuat pulak di fakulti, bukan di sekolah pengajian siswazah macam selalu..bermakna, menapak la dari parking pusat ko-Q... hukhukhuk..
Menapak tu xde masalah.. cuma makcik terlupa pulak nak bawak balik kasut formal makcik.. so i brave myself wearing my 'hantaran' shoes. Giler ah, dah la runcing di depan, bertumit halus. Makcik rasa lah, kelajuan perjalanan makcik tu adalah dalam 1km/j. terkedek-kedek. step by step. Dengan bag laptop + tesis yang berat giler.. huwahuwahuwa.. sampai fakulti baju dah lokos dengan peluh.. aduh, x smart ah camni.. tulah, malas lagi bersenam... tercungap-cungap minta nyawa... pancit...
Masuk bilik mesyuarat utama nak setting tempat, ternampak satu handbag...mulalah menggelabah, external ada ker? kalau ada tu petanda buruk yang pertama. Tanya dengan Aisyah, mujur confirm external takde... Pas masukkan presentation slides, mak cik ingat nak lepak masjid...Ya Rabbi, panasnya, tempat perempuan suis dia tak hidupkan.. menapak lah pula ke PSZ... segar nyaman... Mujur Allah SWT bagi kaki, boleh menapak gi mana-mana.
Akhirnya, lepas Zohor, masa yang ditunggu-tunggu pun menjelma. Prof Salasiah datang dulu. Pastu pengerusi majlis, Prof Dr Madzlan, and lastly baru Prof Hali masuk... Makcik punya gabra toksah cakaplah.... SIAPA KATA VIVA SENANG.. rasa macam dah tak lulus je tadi.. banyak makcik cuai. HOHOHO... Majlis berakhir 3.30pm lebih kurang. Keputusannya, alhamdulillah, minor correction dalam tempoh sebulan... tapi makcik harap dapat 3 bulan.. penat je buat muka kesian.. makcik nak gi honeymoon dengan pakcik... dalam buat muka kesian, Prof Hali bole cakap, "sikit jer tu..seminggu boleh siap. Pastikan siap dalam tempoh seminggu". WHAT???? nampak gayanya makin tak rajin aku ke lab. Tapi nak cuba juga siapkan dalam seminggu.. nanti boleh gi jalan dengan hati yang tenang.. Boleh bodek prof nak minta cuti... Nge~~~~~~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment