Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 15, 2011

Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2 (Korang dah tengok ke?)

My very own copy of Harry Potter and The Deathly Hallows. Battered.
Tengok la buku Harry Potter saya yang dah agak buruk tu. Buruk bukan sebab usianya dah tua. Tapi sebab kerap sangat dibaca. Heh! Semua buku dia ada dalam koleksi, tapi yang ni yang paling mengujakan sebab semua persoalan dalam buku-buku sebelumnya akan terjawab. Thumbs up, J.K Rowling. Agaknya pas ni beliau akan tulis buku pasal apa pula eh bila siri Harry Potter dah tamat ni.

Bagi peminat Harry Potter yang pernah baca buku dia, mesti akan cakap, buku lagi best daripada filem. For me, dua-dua pun best. Walaupun kadang tengok filem macam tak cukup rencah, tapi still brilliant lagi. Persoalannya kat sini, bila la nak dapat tengok Harry Potter 7 part 2 ni. Part 1 pun baru je dapat tengok. For sure lah bukan kat panggung sebab boss saya tak suka Harry Potter. Huhuhu..

Kalau ada sesapa dah tengok and buat review, tag le saya ye. Nak juga tahu best ke tak.

Wednesday, July 13, 2011

Selamat Pengantin Baru Kaklong!

Majlisnya berlangsung hari Sabtu lepas (9 Julai 2011), cuma sehari sebelum majlis sambut menantu di rumah mentua saya. Walaupun cuma secara sederhana tapi sangat meriah. Ramai orang yang datang, dan saya tengok hadiahnya besar-besar dan berat-berat.. Hahahha.. jealous la pulak. Dengan sekali lafaz, my one and only kakak dah pun jadi isteri orang. Tahniah dan selamat datang ke dalam keluarga kami, Abang Long!

Ada peristiwa lucu masa majlis kakak. Boleh pulak kadi terlupa yang dia kena menikahkan diorang hari tu. Dah lewat 15 minit, tuan kadi tak sampai-sampai, mak saya pun telefonlah. Kot-kot lah jam.. Ahahahah.. Rupa-rupanya dia lupa. Majlis pukul sepuluh tertunda sampai pukul 11 pagi sebab dokumen-dokumen sume pun Tuan kadi belum settle kan lagi. Tapi syukur Alhamdulillah, selepas tu semua berjalan lancar. Tapi kesian, pengantin dua-dua demam. Lepas majlis, saya pula kena jangkitan sebab sibuk uruskan kakak.

Gambar amik kat facebook kaklong


Ramai juga rombongan pihak lelaki yang datang dari Terengganu dan Kelantan. Suami kakak orang Kelantan yang tinggal kat Terengganu. Menariknya, diorang ni berjumpa dalam yahoo messenger. Kiranya cinta internet la ni.. Ahhahah.. Kalau dah jodoh tak ke mana.

Mak tugaskan saya uruskan makan damai. Hidangannya disediakan oleh adik perempuan saya yang ambil jurusan sains makanan. Balik dari UMT semata-mata nak berkhidmat. Heee.. Tapi meja hidangan tu diorang setting dekat rumah Pak Ngah. Sebelah rumah je, tapi turun bukit sikit. Mak aih, habis kenduri naik cramp kaki saya sebab turun naik bukit tu. 

Kebanyakan hal ehwal kawen ni diuruskan sendiri oleh pengantin, termasuklah menggubah hantaran sdan bunga telur sendiri. Kakak orangnya berseni bab menggubah. So dapat jimat banyak kos berbanding dengan yang ditempah sebab kadang-kadang tak menepati citarasa. Kalau rajin saya buat entri pasal gubahan hantaran dia. Cenderahati pulak bakul daripada surat khabar yang mak dan kawan-kawan mak anyam. Saya dapat bayangkan betapa kembang hati mak walaupun mak pernah nangis bila sorang demi sorang anaknya kawen dah mengikut suami. Oh ya, ada orang yang beruntung, dapat telur pindang. Susah tau nak membuatnya. Tiga hari tiga malam. Tapi ada orang tak suka. Citarasa masing-masing.

Saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Kaklong dan Abang Long. Semoga dapat menjalani kehidupan rumah tangga dengan harmoni, tabah, dan romantik sokmo. Angah doakan korang berdua dilimpahi rahmat dan berkat buat selama-lamanya, sampai ke syurga. Amin. Tak lupa kepada adik ipar merangkap ex-classmate, Sufian dan pasangannya Aisyah, Selamat Pengantin Baru.

Kaklong dengan Si Sufian ni birthday dah le dekat-dekat, Tunang tarikh dekat-dekat, nak buat majlis kawen pun dekat-dekat. Sekali kawen kaler pun sama. Sehati sejiwa betul, patut dikawenkan je diorang berdua ni... Oppps, Ampun Abang Long! NGeheheheh

Tuesday, July 12, 2011

Koc Wanita: Wanita Sahaja Sepanjang Masa

Saya adalah salah seorang pengguna komuter. Hampir setiap minggu saya berulang-alik Nilai-Seremban untuk memenuhi temujanji dengan Tuan Doktor.. eheheh.. bukan date arr.. kadang-kadang jumpa Puan Doktor juga. Bagi saya, komuter adalah salah satu kemudahan awam yang praktikal dan selesa.

Untuk meningkatkan keselesaan dan keselamatan penumpang wanita, koc wanita telah diwujudkan. Keselamatan daripada apa? Daripada kaum lelaki la.. Almaklum, ada sesetengah mereka yang special case sikit.. Lu pikirlah sendiri, kata Nabil.

Beginilah sticker koc wanita. Pink Kaler Ok. Dekat pintu koc ada gambar pompuan pink pakai skirt.

Tapi saya selalu rasa jengkel dengan perangai sesetengah kaum adam yang tak reti bahasa ataupun buat-buat tak faham. Sibuk juga nak naik koc ni. Kan ada dua koc lagi untuk diorang. Bagi saya, diorang ni purposely naik koc wanita sebab nak menggatal. Hari tu, saya nak pergi hospital macam biasa, dekat tempat menunggu yang memang dikhaskan untuk kaum wanita tu penuh dengan jejantans miang ni. Bukannya dah takde tempat kosong. Yang lagi menyampah tu sebab saya ternampak ada nyonya tua ni jalan slow-slow nak duduk. Sekali ada mamat bengong ni jalan dari belakang pintas nyonya tu then dengan selamba duduk. Tak de perasaan langsung. Rasa nak bagi penampar je sebijik.

Ni gambar yang saya snap pakai handphone. Tak clear. Tapi semua makhluk dalam gambar tu berjantina jantan. Sila lihat banner yang terentang tu. Wanita sahaja sepanjang masa ya u'ols.

Oh ya, saya terjumpa satu gambar yang funny dari blog Applevanilla ville. Pasal makhluk asing dalam koc wanita ni la. Ahahahhaha.


HAHAHHAHHA

Blog Best: Aidid Mu'addib

Assalamualaikum. 

Korang pernah dengar tak pasal blog ni? Aidid Mu'addib? Tak pernah? Seriously?


Salah satu header yang pernah diguna oleh Mr Aidid

Well, inilah blog yang mesti saya buka kalau ada masa. Blog ni takde iklan, tapi traffic dia ribu-ribuan setiap hari. Kepada sesiapa yang belum baca, please, bacalah. Blog ni boleh dikatakan seangkatan dengan blog Slap Me Why Don't You yang bertujuan untuk memberi pendidikan dan amaran kepada masyarakat di luar sana, tentang kewujudan segolongan manusia yang kerjanya nak makan duit haram hasil daripada menipu orang.

Bezanya, Aidid Mu'addib lebih fokus kepada syarikat-syarikat yang mengamalkan Multi Level Marketing (MLM). Memang saya selalu musykil kenapa sesetengah produk MLM harganya melampau-lampau mahalnya. Rupa-rupanya, harga tu di mark-up daripada harga asal berlipat kali ganda semata-mata nak pastikan org paling atas piramid tu akan dapat untung riban-riban (or juta-juta) hasil titik peluh org bawah.

Daripada penulisan dalam blog ni lah saya dapat info tentang teori-teori merapu MLM scammers, produk yang baguih-dok-ada, and even DR MICKEY MOUSE.. ahahah. Kalau korang baca, sure terkejut dengan muka-muka so-called Dr or even Prof yang sebenarnya dapat ijazah tak laku from bogus universities. Memang tak syak lagi. Patutlah semacam je diorang tu.. Semua gila nak cepat kaya.

Kadang tu saya suka baca komen-komen diorang, just to have some laugh.. Secara personal, saya setuju sangat dengan Mr Aidid berkenaan sikap pengamal MLM yang mula lupa diri bila sudah kaya raya. Sebab ada orang yang saya kenal sangat baik, tapi kemudiannya terlalu berbangga dengan kekayaan.

Well pembaca dan pengulas dalam setiap artikel merangkumi banyak lapisan masyarakat. Tuan punya blog tersebut pun menyasarkan seramai umat dapat diselamatkan daripada terjebak dengan sistem piramid ni. Tapi saya memang pasti, ramai di antara mereka merupakan golongan terpelajar terutamanya doktor walaupun diorang mengaku sebagai tukang sapu la, cone remover, rubber tapper.. Almaklumlah,selalu terlibat dengan para doktor. Ahahahah...

Kalau ada masa, bacalah. Tapi satu pesanan (atau amaran), bahasa yang tuan blog guna agak harsh sikit bagi yang tak biasa. Jadi pandai-pandailah menapis kalau kata-kata tu kurang sesuai dengan naluri anda. Pada saya, benda tu macam stimulant. Ahahahha.. Bukan saya suka, tapi saya dapat rasa keikhlasan penulisnya yang memang anti sesangat dengan MLM. 

Wassalam.

p/s: Blog Aidid Muaddib ni dah berjaya mendapat hits sebanyak 2000000. Good Job Mr Aidid!

Wednesday, June 22, 2011

Hujan Airmata

Hari ni hujan turun lebat selebat-lebatnya. Dalam masa yang sama kat dalam rumah saya pun 'hujan' juga selebat-lebatnya. Angin kus-kus dah datang le tu. Bukan apa, 22 April 2011 yang lepas, arwah Haziq dilahirkan. Kalau dia ada dah 2 bulan usia dia. Teringat pula perjalanan pulang ke kampung untuk pengebumian arwah. Hujan turun seolah-olah seluruh alam turut merasai kepiluan di hati kami. Dan demikianlah dalam kereta, hujan turun lebat. Saya, suami dan ibu mertua sama-sama menangis dalam senyap. Bila hujan turun, tak dapat tidak, kepiluan tu berulang lagi. Saya pula cari penyakit pergi layan OST Nora Elena yang sedih-sedih. Teringat scene masa Nora dapat tahu anak dia kena culik dengan Yvonne.

Saya terlihat diri saya dalam diri Nora. Seorang ibu yang kehilangan anak. Cuma saya kehilangan buat selamanya. Bila Doktor suruh buat pilihan sama ada nak diorang teruskan CPR untuk Haziq atau tidak, saya seolah-olah diberi sebilah belati untuk menghiris tangkai jantung saya sendiri. Saya tak mampu berkata apa. Hanya air mata yang jadi peneman. Setiap staff dalam NICU datang menepuk-nepuk belakang saya. Dan saya tahu apa maksudnya. Haziq sudah tiada peluang lagi.

Mungkin ada yang berkata, saya tidak redha. Saya sudah letih bila soal redha diungkit-ungkit. Lebih-lebih lagi oleh orang yang langsung tak mengenali saya. Saya cuba melupakan dugaan ini, tapi sering pula dipetik-petik oleh mereka yang tak berperasaan. Saya faham, mungkin mereka ikhlas ingin memberi nasihat. Tapi perlukah mereka mengingatkan saya pada waktu saya sudah mula pulih dan cuba bangkit. Lainlah kalau saya dah meroyan ke, duduk termenung cakap sorang-sorang ke. Ni tak semena-mena.

Bila saya dah mula bersedih, perkara remeh temeh pun boleh jadi besar. Hal kecik pun boleh melukakan hati saya. Kecik hati sebab orang tak jemput gi kenduri kawen pun dah sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Yang lagi saya tak paham tu, ada pula orang yang mengaku kawan baik saya buat perangai tak matang. Entahlah, dia nak merajuk dengan saya ke, nak tunjuk kerek ke. Dia tak boleh paham ke emosi orang yang sakit dan dalam tekanan. Profession tak padan dengan perangai. Hai entahlah.. Dunia..dunia..

Semoga ada sinar yang cemerlang di masa hadapan. Dan hal-hal yang gembira mula mendatang. Perkahwinan Kaklong, to start with. I hope everything goes well, and happiness will be hers.

Thursday, June 2, 2011

Things My Mum Told Me About MySelf

1. Mak sebenarnya tak plan nak dapat saya. Kiranya 'anak accident' la. Jarak umur saya dengan Kaklong cuma setahun.

2. Mak cakap mengandung dan melahirkan saya paling senang. Tak payah berbidan-bidan. That's why mak menangis bila dugaan datang bertimpa-timpa sepanjang saya mengandung, melahirkan dan selepas melahirkan.

3. Masa mengandungkan saya 8 bulan, mak terkena renjatan elektrik. Mujur tak de apa-apa berlaku pada saya.

4. Saya berada dalam rahim mak saya dua minggu lebih lama daripada bayi biasa. Dengan kata lain, mak saya mengandungkan saya selama 42 minggu. Alhamdulillah saya tak pulak tertelan air ketuban atau termakan najis.

5. Tali pusat saya mengambil masa 22 hari untuk tangggal. Mak kata walaupun dah macam urat rambut je yang melekat, still tak nak tanggal.

6. Saya selalu buat hal sendiri sebab Kaklong selalu tak sihat. Jadi, mak terpaksa fokus lebih pada kaklong. Kiranya saya ni memang berdikari la kan dari kecik pun.. Ahahhaha

7. Saya sangat gelap masa di zaman kanak-kanak. Tapi kaki saya putih sejak lahir. Sampai sekarang kulit kaki saya lebih cerah daripada kulit muka.

8. Saya lebih dulu pandai membaca daripada kakak saya.

Tapi ada perkara yang berlaku masa kecik-kecik dulu saya tak pasti mak saya tahu ke tak. Dulu masa umur saya 5-6 tahun, saya pernah buat rancangan nak lari dari rumah. Hehehe. Saya pack baju yang paling saya suka pastu sorok. Saya kumpul duit pastu simpan kat 'rumah batu kecik' kat laman rumah. Jajan yang ayah beli saya makan sikit2 kononnya nak jadi bekal 'mengembara'. Sebabnya? Sebab jealous dengan adik beradik lain. Sebab rasa mak tak sayang. Bila pikir-pikir balik rasa nak gelak je. Bila dah tua bangka ni, asyik sibuk nak balik kampung. Nak berkepit dengan mak. Baru tahu menghargai kasih sayang mak. Kalau dulu, dah balik asrama bukan rajin balik kampung. Sampai ada kawan yang cakap saya ni penunggu asrama. Alasannya, penat, malas, mengabiskan duit.

Saya tak sambut hari ibu. Sebab hari-hari pun saya sayang mak saya. Hari-hari pun spesial untuk mak saya. esok saya nak balik kampung, jumpa mak saya. Anda bagaimana?

Saturday, May 7, 2011

Haziq Khalis, Buah Hatiku.

Bismillah..

Hari ni hari pertama di rumah selepas sekian lama jadi penghuni hospital. Hari pertama mendapat tidur yang lena. 10 hari lagi saya akan kembali ke hospital. Jadi, 10 hari ini akan saya guna untuk menikmati kehidupan dalam suasana rumah. Keinginan nak berpantang di kampung tak tercapai sebab masih banyak appointment yang perlu ditepati.

2011 tahun yang penuh dugaan. Tahun yang menguji kesabaran sampai ada ketika tak tertanggung rasanya. Hanya keimanan dan keyakinan dengan qada dan qadar yang ditentukan Allah SWT yang menyelamatkan jiwa kami. Mungkin ini kifarah kepada dosa-dosa lampau atau tanda ingatan dan kasih sayang-Nya. Hanya DIA yang Maha Tahu.

"Ada waktunya dugaan sehingga mencabar keimanan. Namun langkahku tidak terhenti".

Seringkali pula terdetik dalam hati persoalan berbunyi, adakah aku tersilap membuat pilihan? Akhirnya tersedar, apapun pilihan kita, keputusannya tetap di bawah kekuasaan Allah. Manusia punya asa. Tuhan punya kuasa.
Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pada saat-saat sukar seperti ini, mungkin apa yang diperlukan hanyalah masa untuk mengubati kedukaan. Cuba untuk redha. Namun ingatan terhadap Haziq Khalis takkan terluput. Tiada gambar untuk ditatap, wajahnya tetap terbayang di ruang mata. Yang ada secebis tali pusat, sijil kelahiran dan kematian. Yang dapat dipangku hanyalah tubuh kecil yang dah tidak lagi bernyawa. Wajah mirip Abah. Keningnya tebal, bibirnya manis macam bibir Abah. Tapi hidung serupa hidung Mama. Cuma matamu yang tidak pernah terbuka  sayang.

Mama redha. Mama lepaskankan sayang pergi. Tempat sayang di syurgawi sudah pasti. Maafkan mama kalau sepanjang umur Haziq mama tersilap pertimbangan. Waktu para doktor cuba menyelamatkan Haziq hati Mama tahu Haziq sudah pergi, tapi masih mengharapkan keajaiban. Mungkin Mama telah menyeksa Haziq. Selamat tinggal sayang. Sayang akan tetap dalam hati dan doa-doa mama.