Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 13, 2012

Hati Siti (Bahagian 1)

Memasuki perkarangan rumah, terlihat ada kain putih tersidai di ampaian. Kereta segera diparkir tetapi dia sendiri berlengah-lengah untuk memasuki rumah. Dibiarkan fikiran terbuai-buai bersama alunan jemuran ditiup angin.

"Huh, nasib baik," getus hatinya sambil dilepaskan nafas yang sungguh berat. Telekung di ampaian meringankan rasa bersalah yang membebani hatinya. Seperti diberikan tempoh sebelum hukuman mati. Sungguhpun telekung itu putih, itu bermakna ada bendera merah sedang berkibar. Di muka pintu, isterinya Siti sedang menanti untuk bersalaman. Siti mantan iparnya, dikahwini selepas kematian saudara kandungnya Hisham. Mak dan Ayah mencadangkan agar dia mengambil Siti sebagai isteri demi melindungi wanita itu, selain ingin ikatan yang pernah terjalin kekal utuh. Dia pun tidak pula rasa seperti dipaksa kerana hatinya terlalu sayang pada anak saudaranya, Amanda. Dia takut Siti akan membawa Amanda pergi jauh dari sisinya. Pada siapa lagi Halim dapat menumpang kasih sementelah dia sendiri tidak punya anak.

   Pernikahannya dengan Siti hampir mencetuskan perang dengan isteri pertamanya, Mira. Masakan tidak, tiada wanita yang rela diduakan. Apalagi wanita yang dikahwini atas dasar cinta berserta janji sumpah setia. Mujur Mira juga kasihkan Amanda. Amanda yang comel dan keletah itu jugalah yang dapat melunturkan ego Mira. Si kecil berumur empat tahun itu begitu pandai mencuri hati sesiapa pun dengan sifatnya yang naif dan tulus itu. Namun, Halim tahu Mira terpaksa rela. Senyum di muka, bernanah di jiwa. Bagi Halim, cemburu Mira tidak berasas. Cinta Halim hanya untuk Mira. Hanya Mira, bukan Siti atau yang lain. Siti hanyalah batu loncatan mendapat kasih Amanda. Halim yakin itu. 

   Sepanjang setahun usia perkahwinannya dengan Siti, tidak pernah sekalipun Siti mengungkit kepincangan pentadbirannya. Tak pernah tersebut dari bibirnya yang nipis soal hak dan tanggungjawab. Yang ada hanyalah soalan-soalan rutin,'Abang dah makan?', 'Abang nak kopi?', 'Abang nak itu?', 'Abang nak ini?'. Tuhan, Siti sungguh membosankan. Seolah-olah Halim hanyalah tetamu di rumah peninggalan Hisham itu. Dia begitu hairan bagaimana Hisham boleh bercinta dan berkahwin dengan seseorang seperti Siti.

  Siti banyak menghabiskan masa di rumah bersama Amanda. Siti sebatang kara jadi dia tidak mempunyai sesiapa di kampung halamannya. Dengan kemahiran dalam bidang teknologi dan seni, dia menjalankan perniagaan dalam talian menjual baju, kraf dan barang keperluan kaum ibu. Semuanya direka dan dijahit sendiri. Kalau difikirkan, Siti tidak perlu bersusah-payah bekerja. Harta peninggalan Hisham begitu banyak, tidak habis tujuh keturunan, kata orang. Kerana itu dia sambil lewa soal nafkah Siti dan Amanda. Kadang-kadang timbul syak di hatinya soal niat sebenar Mak dan Ayah supaya dia berkahwin dengan Siti. Jangan-jangan kerana takut Siti membolot sendiri. 

"Ah, tidak mungkin. Siti tidak pernah meminta," bisik hati kecil Halim. Kadang-kadang Halim rasa begitu tercabar. Terasa seperti Siti memperolokkannya.

"Abang dah makan? Kalau belum, Siti siapkan". Lagi-lagi soalan itu.
"Dah. Amanda mana?"
"Ada dalam bilik kerja. Amanda tengah siapkan projek tanah liatnya."

Halim tertarik dengan pernyataan Siti lalu melangkah ke bilik kerja. Amanda kelihatan tekun di tengah-tengah bilik yang dipenuhi bahan bacaan dan pembelajaran. Bersungguh-sungguh Amanda menggentel tanah liat berwarna-warni.

"Ayah rupanya. Marilah Ayah, tengok kek Manda. Cantikk..." Amanda menggamit Halim smabil tersenyum manja. Hati Halim kembang mendengar Amanda memanggilnya begitu. Sejak umur 3 tahun, Amanda sudah sibuk mahu ke sekolah. Ternyata dia seorang anak yang pintar.

"Cantiknya..Amanda buat sendiri ya?
"Ibu ada tolong. Ni biskut untuk ayah. Manda buat sendiri tau".
"Ye ke? Mesti sedap kan?"
"Tanah liat mana boleh makan. Apalah ayah ni," Amanda tertawa suka. Gelihati dengan kebodohan ayahnya. Halim ketawa. Dia terlupa Amanda bukan anak biasa. Perlu dilayan bicara seperti anak yang lebih berusia daripadanya.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Panggilan daripada Mira. Halim tahu apa hendaknya. Kalau bukan duit, pasti dia mahu Halim  pulang ke sisinya.

"Abang kat rumah Siti, ya?"
"Iyalah minggu ni 'kan giliran Siti. Kenapa Sayang?"
"Abang balik ya? Abang bukan nak tidur dengan Siti. Abang nak jumpa Amanda je kan? Tak adillah Abang seorang dapat jumpa Manda, Mira pula kesunyian kat sini. Abang balik, dan bawa Amanda sekali. Setuju?" cadangan Mira dirasakan bernas walaupun dia keliru soal adil yang dikatakan Mira. 

"Siapa Bang?" tiba-tiba Siti muncul di muka pintu. Halim tidak segera menjawab namun tetap memutuskan talian.

"Hmm...Siti, Abang nak bawa Amanda balik rumah Mira boleh tak? " Siti kelihatan berfikir-fikir.
"Berapa lama?" Halim agak terkejut dengan pertanyaan Siti.
"Dalam dua, tiga hari? Pasal tadika, biar Abang hantar dan jemput Amanda."
"Boleh, tapi boleh jagakan Amanda lama sikit? Siti nak minta izin Abang nak keluar selesaikan urusan Siti, tapi tapi makan masa sikit. Lepas selesai semuanya, Siti jemput Amanda. 

Pucuk dicita, ulam mendatang. Kebaikan apa yang dibuatnya sehingga mendapat rahmat sebegini besar? 

Tiga hari Amanda di rumah Halim, Amanda begitu seronok sekali. Halim juga berasa lebih segar dan ceria walaupun kadang-kadang dia tertanya-tanya apa sebenarnya yang dibuat dek Siti. Tapi cepat pula dia melupakan Siti apabila terdengar gelak ketawa Amanda. 

"Ayah, kenapa Ibu belum datang ambil Amanda?" rengek Amanda dengan wajah sayu. Pertanyaan Amanda menerjah kotak fikirannya. 
"Kenapa, Sayang?. Manda tak seronok ke duduk dengan Ayah?"
"Seronok.. Tapi Manda rindu Ibu. Ibu tak nak Manda lagi ke?"

Siti berniaga di internet. Mungkinkah dia mendapat tawaran meluaskan pasarannya? Mungkin, sekarang Siti sedang menandatangani urusniaga. Siapa tahu?

Atau Siti terperangkap dengan cinta maya. Terpedaya dengan godaan lelaki mata keranjang yang menjadikan wanita kesepian sebagai sasaran. Tergoda dengan kata manis dan janji palsu lelaki hidung belang. Atau terpedaya menjadi keldai dadah? Kusut kepalanya memikirkan Siti.

"Hai bang, teringat bini muda ke? Takkan abang pun dah terpukau dengan Siti macam mak bapak abang?" Entah kenapa hatinya terguris mendengar kata-kata Mira yang celupar. 
"Mira...walau macammana pun, dia tetap isteri Abang yang sah. Sama macam Mira. Apa-apa jadi pada dia, tetap jadi tanggungjawab Abang!"

"Alah, dia ikut jantan lain lah tu. Bagus juga. Isteri nusyuz. Abang minta hak penjagaan Amanda ya?" Perasaan Halim berbelah-bahagi mendengar kata-kata Mira. Sedikit sebanyak termakan juga dengan hasutan Mira. Namun kalau benar Siti nusyuz bermakna dia suami dayus.

"Siti tu ibu kandung Manda. Lagipun, kalau dapat hak penjagaan, Mira kenalah banyak duduk dekat rumah. Jaga anak. Tak bolehlah shopping dan bersosial selalu. Amanda tengah membesar. Perlu banyak perhatian. 

"Apa masalahnya, Sayang? Masa Mira shopping, suruhlah bibik jaga. Tak pun hantar rumah parents Abang. Shopping tetap shopping." Rengek Mira. 

Halim seakan tidak percaya dengan sikap acuh tidak acuh Mira. Mungkin kerana itulah mereka belum dikurniakan cahaya mata. Mira belum rela mengorbankan masa dan hobi sia-sianya. Amanda mungkin setaraf anak patung beruang yang dipeluk bila-bila dia ingin. Ada kecewa bertamu di hati Halim. Adakah dia gagal mendidik Mira? Lamunannya terhenti apabila mendengar deringan telefon.

"Assalamualaikum.."
"Waalaikummussalam. Halim, ayah ni. Siti ada dekat mana?"
"Err...Halim pun tak pasti, Ayah. Tapi Siti kata dia ada urusan. Jadi Halim jaga Amanda sekarang."
"Kawan Ayah, Haji Samad, nampak Siti di hospital. Jangan-jangan dia sakit tak?"
"Sakit? Sakit apa?"
"Entah. Manalah Ayah tahu. Ayah pergi ke rumah Siti, tapi salam tidak bersahut. Telefon tak berangkat. Di hospital pun tiada."
"Dia pergi ziarah orang je kot, Ayah? Nanti Halim cari dia. Apa-apa nanti Halim beritahu Ayah."

Walaupun Halim cuba bersikap tenang, namun hatinya serta merta menjadi rawan. Ke mana Siti? Sakitkah dia? Atau dia sudah putus asa dengan kehidupan ini. Tapi bukankah dia masih ada Amanda? Mustahil seorang ibu yang begitu kasihkan anaknya begitu tegar. Tapi Halim sering merebut Amanda daripadanya, mustahilkah? Kehilangan suami yang dicintai bukahlah satu ranjau yang mudah diharungi. Mungkin selama ini Siti pura-pura kuat. 
'Apatah lagi pengganti Hisham adalah aku. Aku yang tidak pernah menghargainya.'

Halim bergegas ke rumah Siti, ingin memastikan dengan mata kepalanya sendiri. Ternyata rumah itu tidak berpenghuni. Dipulas tombol pintu kamar Siti yang tidak pernah dimasukinya. Kamar yang begitu indah hiasan dan kemasannya. Kosong. Almari pakaian dibuka. Separa kosong. Siti telah pergi. Ke mana? Apa benar Siti lari bersama kekasih mayanya? Tiba-tiba Halim berasa begitu sunyi dan kosong seperti kamar yang ditinggali Siti.

Bersambung...






 

Thursday, January 12, 2012

Persaraan Pramatang

Hari ni masuk hari ketiga saya kembali bekerja selepas hampir setahun saya 'bersara'. Kononnya.

Persaraan itu saya sangkakan kekal. Banyak perkara yang saya pertimbangkan sebelum buat keputusan. Sesungguhnya insan hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Semua pelan dah bertukar. Saya meletak jawatan atas faktor kesihatan, keluarga dan masa depan. Siapa tahu akhirnya saya kembali atas sebab yang sama.

Mulanya saya fikir, biarlah saya tidak bekerja. fokus untuk memulihkan kesihatan saya. Kerja menambahkan beban dah tekanan pada mental dan fizikal saya. Saya juga dapat memberi sepenuh perhatian pada keluarga, especially my baby. Juga demi masa depan kerana ibu bekerja mengehadkan perhatian pada rumah tangga. Saya ingin menikmati hidup bekeluarga secara sepenuhnya.


Walaubagaimana pun, apa yang saya cita-citakan terpaksa ditangguh. Saya kembali bekerja kerana tidak ada apa sangat yang dapat dibuat dengan kesihatan saya. Saya tak terlalu sakit dan masih bebas bergerak ke sana-sini. Malah saya nampak macam lebih sihat daripada orang sihat. Proses pengubatan memakan masa dan wang yang banyak. Saya ada banyak masa, tapi tidak banyak wang. So, I work. Easy. Doktor dah mula menyebut soal dialisis. Tapi perubatan alternatif mengatakan saya tidak mempunyai masalah buah pinggang. Buah pinggang saya sihat, cantik dan elok, katanya. Tapi doktor pula mengatakan saya sudah berada di tahap 4 daripada 5. Baik doktor mahupun perawat alternatif tidak mampu melakukan apa-apa. Jadi, sayalah yang perlu melakukan apa-apa. Setuju?

Soal keluarga pula? Well, I lose my gamble, I guess. Satu-satunya peluang dah terlepas. Peluang yang ada sekarang terlalu berisiko. Kalaulah saya perlu melaluinya sekali lagi, saya akan ambil masa untuk pastikan saya betul-betul bersedia. Sementara itu, biarlah saya memenuhkan masa saya dengan perkara yang mendatangkan hasil. Tidaklah saya asyik melayan perasaan. Keinginan saya untuk selalu berada dekat dengan suami juga tak tercapai. Sama ada saya berumah di hospital atau dia outstation. Akhirnya, kami hanya berjumpa di hujung minggu. Alang-alang tak berjumpa, lebih baik tak berjumpa tapi berhasil? Setuju? Nampak macam saya ni mata duitan kan? Hahahhaha..

Terima kasih, Prof Halimaton sebab cari saya semula. I love you.





    

Thursday, December 15, 2011

Ulasan Filem : Karipap-Karipap Cinta



Macam kelakar je tajuk nya kan.. Saya ada terbaca dalam surat khabar, filem Karipap-Karipap cinta arahan Hafsham ni tak mendapat sambutan walaupun jualan novelnya laris.Rata-rata komen mengatakan yang diorang tak suka sebab heronya Gambit. Almaklumlah, Gambit ni banyak sangat kontroversi katanya. Ada juga yang kata heroinnya budak baru. Tak terkenal. Tak ada nilai untuk melariskan filem. Dengar-dengarnyalah.

Untuk Sinopsis filem boleh baca di sini dan sini.

Saya dah baca novel dan tengok filemnya. Oleh sebab saya ni bila baca novel saya macam perasan saya duduk dalam buku tu (sebagai pemerhati besar, bukan heroin), memang novel ni sangat menggeletek hati. Bahasa yang ringkas, tapi tajam menyelar kebobrokan semasa. Ahli politik yang korup, cinta gila yang memusnahkan manusia, fitnah dan skandal bermaharalela. Saya rasa filem tu masih dikira berjaya sebab tak jauh berbeza dengan novel. Bagi saya ini lebih baik daripada buat cerita yang ada aksi rempit, ranjang, ghairah, gerun dan ganas bagai tu. Kononnya nak bagi pengajaran tapi pengajaran yang tak elok.


Lakonan Gambit tidaklah seteruk yang digambarkan. Malah watak Ali tu macam memang dibuat untuk dia. Orangnya agak terburu-buru dan selalu terlepas cakap (tak macam Gambit ke? Ampun Gambit..jangan saman saya). Tapi niatnya taklah jahat pun. Manusia ni memang suka melakukan kesilapan walaupun kadang-kadang kesilapan bodoh yang melukakan hati orang di sekelilingnya. Terutamanya manusia yang bercinta. Watak-watak lain pun macam sama dengan imaginasi saya semasa membaca. Watak Yoga (dalam buku Rambai), Aman, dan Rudy. Tapi saya ingat Eman Manan akan jadi tok guru karipap. Pastu Datuk Jalaludin Hassan jadi Datuk Razali Bunari. Hahahahah...

Cuma...cuma..cuma... yang teramat potong nafsu nak menengok filem ni dah tentulah watak heroinnya. Bukan sebab Melia tu ta pandai berlakon. Bukan. Dia ok walaupun ala-ala je. Cuma pakaiannya tak sesuai untuk watak seorang graduan al-Azhar yang termasuk dalam 10 yang terbaik seluruh al-Azhar. Sila tengok poster. Rambut dah la tersembul dan ada masanya tak bertudung. Baju pulak, ketat, sendat, pendek dan jarang. Perempuan tak al-Azhar pun tak pakai macam tu la sis... memalukan kaum perempuan. Padahal membawa watak sebagai ustazah yang nak berdakwah melalui komik. Keluarga pun nak carikan pasangan dari golongan ustadz, tapi emaknya pun sama rambut berjuntai.. Adoyaiiii..Dah takde ke pelakon perempuan yang boleh bertudung? Entah kenapa saya terbayang wajah Irma Hasmie yang jernih ayu lagi sesuai untuk watak tu. Malah ramai lagi yang boleh lakonkan watak ustazah yang pandai melukis komik, pandai buat karipap dan pandai bersilat tu.. Huhu.. Frust menonggeng saya bila watak perempuan keluar.

Tapikan, tak tahulah kalau Hafsham memang purposely buat macam tu. Almaklumlah, ayah Sarah (watak heroin) tu orang politik.. Susahkan nak tengok wanita-wanita politik pakai tudung elok-elok? Oppppsss.. Terlebih sudah.

Eh, tiba-tiba rasa nak baca novel Karipap-Karipap Cinta Semula. Tapi kat kampung daaa.





   

Sunday, December 4, 2011

Memikat Hati Mertua

Poyonya la tajuk. Perasan diri tu doktor cinta la tu..Ahahah..

Well, sebenarnya saya ni masih dalam mood anniversary lagi. Duk mengenang memori baru-baru kahwin dulu. Tahu jelah kan, masa mula-mula masuk keluarga baru, gabra nya memang semacam.

Manalah saya tak gabra tuan-tuan dan puan-puan. Saya ni dah la tak pandai bergaul sangat. Masa sekolah tak ramai kawan dan selalu jadi lone ranger. Masa dekat U baru la pandai sikit-sikit. Memasak? Kantoi! Apatah lagi harta, status dan rupa. Takde apa yang nak dibanggakan. Nada. Lepas tu saya ni clumsy yang amat. Konon-konon nak menolong time kenduri, tapi senduk mi pun tumpah.. Pastu buat ketupat lembik. Haru...

Tapi hari ni saya rasa saya tetap dapat get along dengan baik dengan mertua dan in-laws saya. Perkara pokoknya niat kena baik. Niat dengan perkahwinan ni untuk mendapat keredhaan Allah dan menjalin silaturrahim, insyaAllah semuanya lancar walaupun ada onak dan durinya. Ada kalanya kita akan rasa macam semua yang kita buat serba tak kena. Kadang-kadang rasa macam orang nak cari salah kita je. Kadang-kadang itu cuma "RASA" je, sama ada sebab PERASAAN yang terfeeling lebih atau PERASAN lebih. Saya pernah diingatkan oleh suami, once dah kahwin, syurga terletak di bawah telapak kaki suami. Syurga suami di bawah kaki ibunya. Maka, syurga isteri juga di situ. Utamakan yang utama dan sekali lagi niat kerana ingin mendapatkan keredhaan-NYA.

Macamana kita melayan ibu bapa kita, macam tu lah kita melayan mertua. Apabila mereka dapat merasakan keikhlasan kita, mereka akan melayan kita seperti anak sendiri. Dan saya dah pun merasa nikmat itu. Saya rasa suami kadang-kadang cemburu bila mertua saya seperti lebih sayangkan saya daripada dia.. Ehehehehhe.

Oh ya, kita mungkin mempunyai banyak kelemahan. Tapi sudah tentu kita ada kelebihan atau kepandaian. Dalam kes saya, saya sangat tak pandai memasak tapi saya masih boleh menyediakan hidangan manisan seperti kek, jeli, puding dan biskut. Kebetulan saya tahu adik-adik ipar saya sukakan manisan jadi saya selalulah buat untuk mereka. Rasa puas bila tengok orang suka makan hasil masakan kita walaupun rupanya hodoh ya amat. Mungkin sebab dibuat dengan penuh kasih sayang agaknya.. Ahahahha.

Lagi satu, bapa mertua saya suka bercerita. And thank goodness, saya memang suka mendengar cerita tak kiralah citer dongeng ke, gosip, berita dan sebagainya. Jadi saya boleh mendengar walaupun sampai berjam-jam dia bercerita. The point is, carilah kelebihan dalam diri kita.

Oh ya, usaha memikat hati mertua mestilah disokong penuh oleh suami ya. Kalau suami sendiri tak pandai bergaul parahlah. Alhamdulillah, my husband banyak membantu. Dia selalu bersama saya mengajar apa yang sepatutnya. Memujuk saya bila saya rasa down dengan sesuatu perkara (contohnya ruin the ketupats masa raya, kekekekk). Bercerita perihal ahli keluarganya supaya saya dapat gambaran jelas apa yang mereka suka atau tidak suka. Menemani saya kalau-kalau ada rasa segan yang tak terhingga. I ni nampak je poyo.. tapi pemalu tau.. ahahahah. Yang paling penting, dah tahu masuk keluarga orang jangan la nak menyombong diri. Ingat, kalau kita menyombong, orang pun bole menyombong dengan kita tau. Kita nak membina keluarga kalau boleh sampai ke syurga, jadi hubungan yang tidak selesa sangatlah, well TIDAK SELESA. You now what I mean?! Hahahah.

Till next time. Macam ada lagi benda nak tulis.

Saturday, December 3, 2011

Nice 'QUOTE' from Hanum


Tiba-tiba teringatkan deskmate kat SAKTI dulu, Hanum. Dia ni kreatif bab mengeluarkan ayat-ayat pujangga versi dia lah. Walaupun masa dia cakap saya taklah setuju sepenuhnya, tapi ada masanya memang sesuai.

"Keikhlasan tak semestinya tak mengharapkan balasan"
"Aku suka orang yang aku tak suka, tak sukakan aku"

Quite something, huh? One of my lecturer pernah cakap, orang yang ikhlas biasanya orang yang syok sendiri. Heheheheh.. Tapi saya lebih suka yang kedua tu. Peace yo!

Friday, November 25, 2011

Ubat Melalui Pos (UMP): Penambahbaikan Terbaik

Bismillah.


Esok saya dan keluarga nak pergi meminang bakal menantu baru di Kelantan. Almaklum dah masuk golongan senior la katakan.. Kekekkekek.

Sebelum ni nak pergi berjalan rasa tak tentu arah sebab asyik nak kena pergi hospital. Salah satunya sebab nak kena pergi ambil ubat. Leceh sangat. Habis duit pulak tu sebab pergi balik je RM 20. Penat lagi, masa lagi.

Tapi sekarang dah tak susah lagi. Sebab dah ada perkhidmatan ubat melalui pos. Cuma bayar RM 5 (Semenanjung) atau RM 8 (Sabah/Sarawak), ubat anda akan dihantar sampai ke muka pintu. Asyikkkk.. RM 5 berbanding RM 20, banyak untung wooo.. Tahniah Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Pos Malaysia.

2nd Wedding Anniversary

Burrpppp... Alhamdulillah... Kenyang makan ketam masak sambal dengan sayur brokoli sempena sambutan tertunda hari ulangtahun perkahwinan kami yang kedua 21 November hari tu. Hari tu sempat kongsi kek je sepotong sebab my love kena pergi outstation untuk kesekian kalinya. Huhuhu.. Tinggallah daku seorang diri.. kekekekek. Puas hati keluar pergi shopping pagi-pagi dapat beli ketam dan udang yang besar-besar dan murah.

Ustazah Bahyah dengan darlingnya Ustaz Akashah cam tahu-tahu je gi buat topik pasal ulangtahun perkahwinan dalam Semanis Kurma. Best best best (padahal tak tengok pun, tengok iklan je).

Sedar tak sedar, panjang juga perjalanan cinta kami ni. Harap-harap berpanjangan sampai akhirat. Bila difikir-fikir balik tak pernah sangka pula akan kahwin dengan dia, senior kat sekolah, abang member pula tu. Hahahah. Kelakar pun ada. Jangan kata kawin, kawan dengan dia pun tak sangka. Pasal apa, ramai classmates yang minat kat dia, duk ushar-ushar cakap dia handsome la, cool la, alim la. Lalalalala.. Kita pun  tumpang ushar la. Eh, abang tu la. Abang tu kan, masa first time nampak dia hati ni dah terdetik dah suatu hari nanti akan jadi kawan. Tapi masa tu tak tahu lagi dia abang Sufian (my classmate). Masa tu baru form 2. Takde hati nak bercinta. Belajar je kerjanya, takde life langsung. ahaks.

Dipendekkan cerita, masa form 3 tiba-tiba ada la makhluk Allah ni menjumpakan kitorang. Entah apa cerita dia reka nak bagi kitorang berkawan ni saya pun tahu. Tahu-tahu Abang Encem nak jumpa. Takut weyh.. Saya ni makhluk paling skema kot kat sekolah. Tak pernah langgar peraturan sekolah. Serius. Alih-alih dapat abang angkat, antara jenayah paling besar kat SAKTI. Tak tenteram weih hidup. Tapi sebab saya ni banyak muslihat so terlepas la sepanjang ada kat sana. Kepada junior yang nak tahu sila pm ya. Oppps..gurau je. Sepanjang berkawan dua kali je rasanya kami berdepan. Masa mula nak berkawan, pastu temankan org jumpa dia. Bukan I yang bercakap ya, teman je. Selebihnya melalui surat. seronok berutus surat, sampai bertimbun jadinya. Ingat nak simpan buat arkib sekali dengan surat-surat dari secret admirer yang lain. Bolehlah eksyen dengan keturunan.. Sekali mak pergi buang pulak harta redak ambe tu. Huhuhuhu. Yang hubby dapat dapat daripada kita pula reput kena banjir. Tinggal surat-surat latest sebelum pencen jadi penulis surat je yang ada. Pencen sebab dah ada henpon. Kekekekke.

Masa belajar kat UTM dulu saya jadi penunggu peti surat kot. Baru hari ni pos surat, esok dah gi cek peti surat, tiap-tiap hari tanpa jemu. Sms lagi, telefon lagi. Tu baru kawan tu. Semua benda nak cite, dari bab kelas, aktiviti ko-kurikulum, pakwe-makwe, kawan-kawan. Macam-macam lah. Tak sedar lagi hati masing-masing dah terikat. Duk menyombong gi kejar orang lain yang tak nak kan kita. Bagi saya, dia ni kawan terbaik yang saya ada. Dia selalu tolong saya selesaikan masalah, walaupun masalah yang saya cari sendiri. Bagi ramai orang dia seorang yang pendiam dan pemalu. Tapi dia yang saya kenal sangat kelakar, caring dan romantis. Saya mula sedar siapa dia di hati saya bila ada kawan saya yang berkata, "Dayah, ko mesti dengan abang ko juga satu hari nanti".

Kata-katanya jadi kenyataan. November 2005 kami declare sebagai kekasih walaupun tak pernah berjumpa sejak kali terakhir jumpa di sekolah. November 2008 kami bertunang. November 2009 hingga ini saya isteri encik Hambali Abd Jalil. Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana mempertemukan kami walaupun dengan jalan yang tidak mudah. Sentiasa berjauhan semenjak dari awal lagi tapi hati kami tetap bertaut. I love you, baby. I LOVE YOU!!!!