Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 12, 2010

Memburu Dajjal

Topik tentang dajjal, freemason, illuminati sekarang ni tengah menjadi debat hangat di lab zeolit UTM. Siapa nak join boleh datang sini.. ngeeeeeeee~~~~~

Pokok persoalannya, siapa sebenarnya dajal? Adakah dajal itu merupakan seorang individu? Atau sebuah organisasi? Atau melambangkan sesebuah kaum? Pelbagai pendapat diutarakan oleh pemikir-pemikir, cendikiawan-cendikiawan, samada konvensional atau kontemporari, melalui pelbagai sumber. Ada melalui penulisan artikel dan buku, rakaman perjalanan, dan visual di laman-laman sesawang.. (perghhh skema habis ayat). Rasa ingin tahu manusia membuka jalan pemikiran dan pemburuan kepada entiti yang bergelar dajal ini.. Kepada sesiapa yang ingin video berkait iaitu The Arrivals, atau nak pinjam buku yang baru dibeli bertajuk Membongkar Misteri Dajjal, boleh jumpa saya. Tapi buku kena jaga elok-elok tahu? Mahal ni... Ahahhahah..

Tuesday, May 11, 2010

Jalan Menuju Syurga

Health, Important Tips

Makcik nak share email daripada seorang kawan (kudos to Norwati Mohd Tamami). Berkenaan amalan untuk kesihatan. Anda bebas untuk copy and share dengan orang lain.

Answer the phone by LEFT ear
Do not drink coffee
TWICE
a day
Do not take pills with
COOL water

Do not have
HUGE meals after 5pm
Reduce the amount of
TEA
you consume
Reduce the amount of
OILY
food you consume
Drink more
WATER
in the morning, less at night
Keep your distance from hand phone
CHARGERS

Do not use headphones/earphone for
LONG period of time
Best sleeping time is from
10pm at night to 6am
in the morning
Do not lie down immediately after taking
medicine
before sleeping
When battery is down to the
LAST
grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times

Wednesday, May 5, 2010

Amalan Mandi

Artikel ni dapat dari satu yahoo group.. pesanan daripada penghantar, dia suruh sebarkan pasal kebaikan amalan mandi untuk kesihatan.. supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya.



KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.



Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.


Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

P/s: Anda bebas untuk copy artikel ni. Sharing is caring.

Cute Koalas....(O_o)

Tolonglah bui air tu... Dahago bonar tokak den ni hah....

Got these pictures ages ago.. just want to share. Dengan suhu 120 darjah di Australia selama seminggu, koala-koala comel ni dah terdesak sangat sampai terpaksa minta air dengan manusia. Ada yang masuk dalam rumah orang untuk menumpang berteduh dari kepanasan. Kejadian yang tak pernah kita lihat.

Arghhh... logo raso. Nasib baek den tak pitam.. Paneh bonar aih hari ni yo?


Budak pompuan: Adik koala, minum lah air tu..
Adik Koala: Jap, den raso dulu.. humang aih...sejuk, sogar.. beh, beh..


Cubo raso dongan tangan pulak.. Apo rasonyo yo? Uih... marbeles sungguh...

Alang-alang menyeluk air, baik den borondam tenguih.. HAHHA.. syok...

Tuesday, May 4, 2010

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)

Entri ini sebenarnya berpunca dari pencarian lepas dapat penerangan tidak lengkap daripada doktor. Ia bermula selepas kejadian pendarahan dan kehilangan bayi yang kami nantikan.. Daripada ultrasound image, doktor pakar tu asyik cakap "ni polycystic, ni pun polycystic"... So, apa maksudnya tu doktor?. "Tu semua lemak, badan naik banyak. Sebab tu hormon tak stabil." Apa kaitan dengan keguguran? Doktor tu bukan nak terangkan betul-betul.. bercakap pun tak nak tengok muka, sambil sms. Geramnya.. Dapat ubat 7 biji, kena rm80. Huhu..

Apakah yang dimaksudkan dengan Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)? Menurut MedicineNet.com, "Polycystic ovarian syndrome (PCOS), also known by the name Stein-Leventhal syndrome, is a hormonal problem that causes women to have a variety of symptoms. It should be noted that most women with the condition have a number of small cysts in the ovaries. However, women may have cysts in the ovaries for a number of reasons, and it is the characteristic constellation of symptoms, rather than the presence of the cysts themselves, that is important in establishing the diagnosis of PCOS."


Dikatakan, 5-10% wanita mengalami PCOS (i'm one of them), dan dikatakan penyebab utama ketidaksuburan wanita. Antara simptom-simptom PCOS ialah:

1) Obesiti dan kenaikan berat badan (obesiti? not yet. Weight gain. Yes, oh yes)
2) Elevated insulin levels and insulin resistance
3) Kulit berminyak
4) Kelemumur
5) Masalah kesuburan
6) Skin discolorations
7) Tahap kolesterol tinggi (maybe)
8) Kenaikan tekanan darah (yup)
9) Multiple, small cysts in the ovaries.
10) akne
11) Sleep apnea - excessive snoring (very currently) and breathing stops at times while asleep (takutnyer)
12) skin tags, or tiny excess flaps of skin in the armpits or neck area (tak obvious pun)
13) patches of thickened and dark brown or black skin on the neck, arms, breasts or thighs (ni tak paham sangat, kulit jadi gelap ke? kalau tiba2 terlebam tu adalah).
14) male-pattern baldness or thinning hair.
15) infrequent menstrual periods, no menstrual periods, and/or irregular bleeding. (dah dua bulan tak period, 4kali test pregnancy sume negatif).


Mungkin tidak semua simptom ini dialami oleh mereka yang mengalami PCOS. Tetapi, semua wanita dengan PCOS akan mengalami masalah kitaran haid yang tidak stabil atau tidak menentu. Malah ada yang tidak datang haid sama sekali. Ini kerana, wanita PCOS tidak mengalami ovulasi atau pengeluaran ovum setiap bulan. Sebab tu lah period tak stabil dan dan susah mengandung. Melalui imbasan ultrasound, Polycystic tersebut akan kelihatan seperti ini:-
This is exactly how my ultrasound image looks like (ada masa makcik upload k). Antara punca PCOS adalah:-
1) Imbalance in the hormones
2) Genetic
3) Environmental factors
4) Sometimes, unknown causes


Suggestion of treatment from http://www.youngwomenshealth.org/pcosinfo.html is by taking birth control pills to:-

  • Correct the hormone imbalance
  • Lower the level of testosterone (which will improve acne and lessen hair growth)
  • Regulate your menstrual periods
  • Lower the risk of endometrial cancer (which is slightly higher in young women who don't ovulate regularly)
  • Prevent an unplanned pregnancy if you are sexually active
Weight management tips pulak:-
  • Choose nutritious, high-fiber carbohydrates instead of sugary or refined carbohydrates
  • Balance carbohydrates with protein and healthy fats
  • Eat small meals and snacks throughout the day instead of large meals
  • Exercise regularly to help manage insulin levels and your weight
Seperti soalan yang ditanya kepada so-called doktor pakar, jadi apa kaitannya polycystic dengan miscarriage? Ini Q & A dari satu artikel http://www.womenshealth.gov berkenaan PCOS:-

Q: How does PCOS affect a woman while pregnant?
A: Women with PCOS appear to have higher rates of:
• Miscarriage
• Gestational diabetes
• Pregnancy-induced high blood pressure (preeclampsia)
• Premature delivery

Jadi sangat mengecewakan apabila seorang doktor pakar tak dapat memberi penerangan yang terang. Sekurang-kurangnya beliau boleh menjawab seperti ini,"Puan mengalami PCOS yang menyebabkan hormon tidak stabil dan boleh menyebabkan keguguran. Jadi, saya cadangkan puan menurunkan berat badan sebelum merancang untuk hamil semula." Dan bukan jawapan yang berbunyi,"Saya bagi ubat untuk period. Lepas tu, cuba lagilah" (sambil ber'sms' dan tersenyum sinis.



Monday, May 3, 2010

Balik Kampung...Perut Kembung..

Balik kampung je perut makin mengembung... lupakan jamu dan ubat kurus.. lupakan.. huhu..nak pergi timbang berat badan pun takut... Ukur lilit bertambah dengan pesat.. YESS!! Takpelah, yang penting kenyang makan masakan bonda yang lazat dan memuaskan..nyumnyum..

Menu malam pertama... Bubur lambuk pucuk paku ala terengganu.. walaupun sampai pukul dua pagi, kusebat juga barang semangkuk.. esoknya melantak ikan patin gulai tempoyak dengan rebung masak lemak cili padi dengan perut.. BURPPPPP!!! Menambah-nambah.. berbaloi-baloi... Malam pulak makan sate ayam.. 40sen secucuk, tapi besar, tak macam kat Taman Teratai or Taman Universiti.. Lupa pulak, sarapan makan nasi goreng and roti keramat.. memang keramat. hahhahah

Menu hari ahad pula, nasi minyak sepesel dengan daging masak kurma rempah special terengganu... ditambah acar rampai dan telur masin buat sendiri.. kenyang lagi.. Sorrylah takde gambar.. takut ada orang jilat skrin monitor pulak.. hahahhahah.. Asyik lupa citer pasal sarapan, nasi goreng lagi dengan karipap.. karipap ni pakcik jadi tukang gelek tepung, makcik tukang kelim... jenuh juga sampai sejam menggentel kelim tu..slim jari-jemari makcik buat exercise..

Mak dengan ayah, terima kasih kerana merancang menu yang begitu marvellous sekali.. MMMUah!!!