Salam semua.. Oleh sebab malas nak berblogging, hari ni saya letak gambar jelah ye.. Ni sebahagian daripada hasil tanaman saya. Ada yang baru dipetik ada yang dah lama.. Masa tangkap gambar macam-macam benda nak cerita. Otak ni kemain ligat merangka ayat. Bila depan laptop, terus blank. Oh ya, sekarang ni banyak betul cabaran dalam berkebun. Musim kemarau yang panjang ni memang agak melelahkan sebab kena timba dan angkat air daripada kolam. Kolam dan perigi pun dah hampir kering. Risau pulak sebab jangkamasa kemarau ikut kaji cuaca mungkin berlarutan sampai Julai.
|
Kesian pokok genjer ni bila air makin cetek. |
Okey entry ni terstop kejap sebab laptop tetiba buat hal.. boleh pulak dia blue screen dua tiga kali.. Huwaaaa.. Dah nak sampai masa agaknya.. Tapi alhamdulillah dengan laptop nilah dapat siapkan master dan kerja-kerja. Dapat blogging dan blogwalking sampai berkenal-kenalan dengan kawan-kawan baru. Kalau harapkan duk berkurung dalam rumah ni, memang tak jumpa orang.
|
Bendi merah, bendi arab, terung panjang ungu, terung panjang hijau, pucuk ubi. |
Terung panjang hijau tu isi dia lebih pejal daripada terung ungu yang lebih berlemak. Itu pun kurang cantik buahnya sebab tak cukup air.. Hihi.. jauh lah. Tak larat nak pergi siram.
|
Kacang tanah. |
Kacang tanah ni pulak hasil tanaman Emak mertua. Saya memang mengidam nak cabut pokok kacang ni tapi kempunan sebab MIL cabut masa saya pergi hemodialisis.. Orang banyak urik asid macam saya dan penghidap gout tak boleh makan banyak ni.
|
Terung Panjang ungu, capsicum merah, bendi arab, cili besar dan buah letup-letup. |
|
|
|
Buah letup-letup ni sungguh menggamit memori di zaman kanak-kanak. Musim panas ni manis sangat. Lebih sedap daripada sedaranya markisa. Yang bestnya, suami saya baru pertama kali makan ni. Selalunya dia tu professor serba tahu. Hahahha..Capsicum yang dalam gambar ni adalah yang kedua dipetik.. Ada cacat sikit macam kena kulat. Buat goreng capcai dengan sayur-sayur lain..
Oh ya, sekarang ni saya dan suami dah start berniaga di pasar minggu di Simpang Renggam. Buat masa ni kami berniaga ayam kampung dan anak pokok gaharu. Kalau ada hasil-hasil kebun, kami bawa juga macam keledek dan roselle. Alhamdulillah, seronok rupanya berniaga ni. Dapat kawan baru dan belajar banyak perkara baru. Dan yang paling best bila dapat testimoni yang positif daripada pelanggan. Alhamdulillah. Lepas ni kenalah fikir untuk pelbagaikan produk. Kakak saya mungkin akan tumpang berjualan anak pokok herba dan bunga untuk dapatkan duit tambahan untuk kelas tadika dia.