Lepas sarapan dah ada tenaga, kita pergilah tengok tanaman dan semaian, hubby pulak tengok ayam-ayam ternakan. Tak sabar pulak tunggu benih-benih bunga beli daripada Lynn bercambah. Betullah kata orang tanam daripada biji benih ni perlukan kesabaran.
Semai sikit dulu pasal hujung minggu ni kita nak pi ikut rombongan Cik Kiah ke Kota Kinabalu. Yeay, dapat naik belon... Last fly tahun 2008. Mak aih dah 6 tahun yang lepas dah tu. Hmm cakap pasal semai guna biji benih, biji benih bunga lucky birds yang semai guna biji benih dah tumbuh. Ingatkan tak boleh tumbuh dan membiak guna keratan je. Masa mula-mula tumbuh tu tak tahu pokok apa sebab tak ingat langsung ada semai biji benih kat situ. Bila tanya hubby, terus dia cam pokok ni. Tapi agak geram sebab ayam selalu dengki. Tengok, daunnya kena makan.
Rupa buah/telur burung yang mengandungi biji benih. |
Close up burung. Yang berjurai tu bulu ekor dia lah kononnya. |
Bercucuk tanam sambil menternak ayam memang agak mencabar. Tapi nak marah pun binatang bukan ada akal kan? Lagipun dah banyak kami dapat berjimat dengan membela ayam ni sebab dapat bekalan protein (poultry & egg) dan baja (Tinja & kulit telur). Semenjak dua menjak ni, tekak dah tak berapa lalu makan ayam daging. Lepas tu, kemaruk makan telur ayam kampung. Nampak nau bezanya lagi-lagi bila tengok yolk dia. Oren, pekat, mantap, kata kau! Hubby pun pantang nampak telur ayam banyak, mulalah request sup telur. Nasib baiklah semua orang dalam rumah ni suka sup telur dan mudah pulak dimasak. Tapi kami bela ni bukan untuk komersial la. Saja buat makan sendiri. Sesekali kalau orang minta beli, kalau ada, bolehlah dijual. Boleh juga tampung kos jagung ayam. Ayam kat rumah ni yang bagusnya makan tak cerewet. Bagi makan daun pun laju je. Saya punya teori, kalau daun tu manusia boleh makan, maknanya ayam boleh makan. Jadi, kalau time merumput jumpa herba-herba macam peperomia, gelang pasir, sawi langit, dukung anak etc.., campak je dekat ayam-ayam tu. Tapi ayam-ayam ni lagi suka pokok yang kita tanam. Favorite diorang, pecah beling, daun ubi, daun betik dan daun bayam. Pokok pecah beling yang keliling reban ayam habis rongak dan jadi tempat diorang bertenggek sudahnya.
Hmm.. oklah, setakat ini dulu untuk hari ni. Nak bersiap-siap nak pergi HD. Tata titi tutu..