Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 28, 2010

Berjimat-Cermat Cara Saya

Merancang perbelanjaan adalah salah satu kegemaran saya. Saya mungkin agak kedek** bagi sesetengah pihak, tapi saya sebenarnya tak kedekut langsung ya selagi benda tu tak membazir. Walaupun gaji saya kecik, alhamdulillah, saya berjaya juga menyimpan walaupun sedikit setiap bulan. Sekarang ni dah tak single lagi, lagilah kena 'kupik' bab-bab financial ni kan? So saya nak share lah serba sedikit tips yang mungkin dapat membantu dalam menguruskan perbelanjaan seharian. Walaupun agak syok sendiri. Muahahahhah.

1) Perkara pertama bila dapat duit gaji, asingkan sebahagian sebagai simpanan masa hadapan. Yang ni silalah jangan usik. Saya pernah ditanya, buat apa nak simpan duit? Habis tu bila nak guna? Well kita tak tahu apa akan berlaku pada masa depan kan? Bagi saya, duit simpanan tu untuk kegunaan di masa-masa kecemasan atau mengumpul aset contoh nya:-
~ tiba-tiba dapat penyakit or ada ahli keluarga masuk hospital. Kalu takde simpanan mana cekau duit dek non oiiii!
~ keta rosak, nak bayar saman
~ kita or anak nak sambung belajar, kot-kot yuran mahal bebenor dan tak dapat biasiswa
~ nak beli rumah ke tanah ke
~ modal mulakan bisnes (in case susah nak dapat pinjaman bank)

2) Bayar bil-bil wajib dulu macam bil api, air, telefon, indah water, internet, sewa/beli rumah or kereta.

3) Buat list senarai barang KEPERLUAN macam barang dapur, wash and laundry, kelengkapan rumah yang penting, ubat-ubatan ker dan petrol. Pastu boleh juga senaraikan perbelanjaan lain. Macam saya, saya ada peruntukan juga wang untuk hobi saya (buku dan majalah), baja untuk tanaman saya (kadang-kadang je), stationery, dengan membership renewal fees (setahun or dua tahun sekali je ni).

4) REUSE & RECYCLE. Penting juga untuk alam sekitar ya. Ni dah banyak orang cerita, so saya ambil yang basic jelah ya? Apa yang saya amalkan setakat ni
~guna balik plastik beli belah jadi plastik sampah.
~ kalau kat rumah tu dah banyak sangat plastik, guna reusable shopping bag untuk membeli belah.
~ kumpul dan jual kertas-kertas terpakai, kotak, surat khabar, majalah, katalog AVON (hihi), kertas iklan yang orang hantar kat rumah tu, pastu jual. Kalau kumpul tin aluminium lagi best. Masyukkk! Hari tu saya nampak apek yang cari kotak dengan surat khabar lama bawak motor lagi baru dan cantik daripada motor saya. huhhu
~elakkan guna dispo such as kitchen tissue towel (gunalah kain buruk or baju lama), dispo pad, dispo diapers (for those who have infant), etc etc. Bayangkan lah, kita beli-beli, pastu buang. Sayangnya. Macam buang duit je rasanya.

5) Share keta nak gi tempat kerja. ni saya tak buat. Saya naik wave 100 je. Muahahha

6) Guna barang sampai to the max lah. macam ubat gigi ke syampu, make sure dah betul-betul habis baru buang and buka yang baru. Kalau saya, suka beli yang murah-murah tapi ok, cam ubat gigi fresh and white, facial wash AVON or Safi yang murah-murah.

7) Shopping masa ada sale. Orang kaya yang bawa keta mewah pun shopping masa sale! Apehal kita golongan marhaen ni eksen noo nak beli time mahal? Yang ni saya memang selalu tengok kat mana-mana pasaraya pun. Kadang hairan. Tapi bila pikir-pikir balik, agaknya sebab tulah diorang boleh kaya. Diorang pandai berjimat.

8)Tanam sayur anda di rumah. Di rumah saya yang tanahnya sekangkang kera tu, saya tanam pokok yang selalu saya guna macam serai, pandan, cili padi, kunyit, bendi, terung, bayam, kangkung. Eh, rosel pun ada. Ahahah. Masa pun jimat sebab tak payah pergi kedai. Bagus sebagai senaman juga.

9) Anda juga boleh buat baja untuk tanaman sendiri. Suami saya biasanya akan kumpulkan rumput yang dipotong lepas tu timbus dengan tanah. Lama-lama rumput tu reput dan jadi kompos. Kalau yang ada ternakan, boleh guna bahan buangan diorang untuk jadi baja organik. Hari tu, saya tengok agrojurnal di TV1 ada ajar buat baja daripada perut ikan. But i dont fancy this one because of the smell. Takut menimbulkan gangguan kepada jiran-jiran.

10) Don't smoke. Malas nak cakap banyak. Terang-terang bakar duit. Good for nothing.

Monday, July 26, 2010

Personaliti Ikut Jenis Darah

Hari tu saya dah bagi sikit ciri-ciri dan personaliti ikut jenis darah secara bergambar kan? kadang tu susah nak faham ye tak? So ni saya dah tolong copy paste kan dari koleksi email saya penerangan peribadi ikut type darah. Malas nak edit, kalau ada typo tu minta maaf ya.

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?


DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan! berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Thank You Allah.. Sweet Memories..




Selepas rasa nak mengamuk tadi, tiba-tiba ternampak pulak video ni, ada seorang adik ni upload kat fb. Terus jadi cool balik. Terimbau memori sepuluh tahun dulu. Masa ni cik abang dan kawan-kawan buat persembahan masa talent time english nite kalau tak salah. Masa tu suka je tengok muka dia yang suci tu. Ahahaha. Kool je. Menang pulak tu. Kalau lah ada gambar dia masa tu kan?

Cik abang 3 dari kanan bersama kawan-kawan SAKTI

Punca Keserabutan Kembali

Argghhh.. serabut betul rasanya bila si X ni muncul. Kenapalah sengal sangat makhluk ni. Oklah. Really annoying and irritating. Tengok muka pun rasa geram sangat. what der...Astaghfirullahalazim.. (Rasa nak mencarut je mulut ni).

Ya, saya dilahirkan sebagai seorang yang agak moody dan panas baran. Tapi dah lama saya tak meninggi suara kat orang. Tapi yang seorang ni memang ler mencabar kesabaran saya. After a year kena bersabar dengan dia, nah, sambung lagi satu sem.

Siapa dia? Dia ni budak 1st class dan yang sepatutnya sangatlah cemerlang dalam akademik kan? Secara teori, yes? Praktikal macam hampeh. Semuanya nak bersuap. Agaknya dia boleh dapat first class tu menghafal jelah kot kerja dia. Semua tak tahu.

Dia:Kak, saya nak guna bikar?
Me:Gunalah. (then dia pandang dengan muka blur). Oh mungkin dia tak biasa.
Me: LAb ni lab awak juga. Guna jelah radas apa pun. Kalau takde ambil dekat fakulti. Semua ada dalam kabinet. (kata saya sambil ambil bikar yang dia nak)
Dia: Kak, volumetric flask?

Dalam hati ni rasa nak menjerit je. Hoi, tu ko tak nampak kabinet ada label "Volumetric Flask" tu? takkan aku juga kena ambilkan. Aku bukan lab assistant lah ngok! Saya sungguh tak faham lah dengan junior-junior sengal macam ni. Eh salah, junior sengal. Sebab yang lain sume ok. Saya willing tolong yang lain sebab saya faham kesusahan yang diorang lalui tu memang bernama kesusahan. Dan yang penting diorang berusaha nak mengatasi cabaran tu. Tapi yang ni, hai.. Allah jelah yang tahu betapa geramnya.

Prof pun sebenarnya dah hilang sabar dengan dia. Tu yang kena extend sebab kerja dia tak nampak langsung bayang hasil dan penemuannya. Datang lab dah la 'rajin'. Kalau datang pun tunjuk muka pas tu berambus. Yang ni saya dah bagi arahan jelas, buat apa yang saya suruh, tunjuk kat saya, lepas saya sign baru boleh blah.

Can u imagine, budak 1st class ye, tak tahu kira milimolar? padahal benda tu diajar masa tahun 1. Ya, kita memang mudah lupa lagi-lagi bab yang fundamental macam tu. Tapi saya, tak malu langsung nak buka buku teks tahun 1 saya tu. Dia boleh jawab, saya tak tahu. Bila saya tanya, macamana boleh tak tahu, awak dah final year, benda tu tahun satu punya subjek? Dia jawab, saya sudah lupa. PATUT TAK SAYA NAIK ANGIN? Buku ada bacalah. Kalau malas baca buku, search jelah kat internet. GOOGLE je lah woi. Banyak yang keluar.

Prof cakap, budak tu pemalas. Ya prof, saya sangat setuju. Saya sungguh geram dengan dia. Menaikkan pressure dan temperature je. Lempang baru tahu.

Mode: Nak makan orang!

Friday, July 23, 2010

Online Shoppers, BEWARE!

Dalam kebosanan duk rumah sorang-sorang, saya terjumpa satu page dengan title ni "KAMI-BENCI-ONLINE-SHOP-YANG-TIPU-MAKAN-DUIT-HARAM". Terkejut saya bila dengar pengakuan ramai mangsa penipuan e-shoppe.

Dan bersyukur lah saya sangat-sangat sebab tak pernah terkena lagi walaupun memang rancak bershopping online. Alhamdulillah, semua seller baik-baik dan efisien. Semua barang selamat sampai dan berkeadaan baik. Cuma sekali je berlaku kesilapan. Baju yang saya order lengan panjang tapi dapat yang sleeveless dan berfesyen kemban. Tapi selepas membuat aduan pada penjual, dia bertindak pantas menyelesaikan masalah tu. Bukan sahaja dia gantikan dengan baju yang betul, tapi saya tak perlu pun pulangkan baju yang dah salah hantar tu. Nah, ini baru betul ikhlas berniaga. Bukan tamak nak menyonglap duit customer kan?

Lepas baca tu saya terpanggil untuk google tentang kisah-kisah penipuan ni. Saya terjumpa blog ini; Slap Me Why Don't You. Daripada kes-kes yang dibincangkan termasuklah komen-komen pengunjung, kebanyakan penipuan tu dilakukan oleh individu yang sama. Selepas menyonglap duit orang ramai, dia tutup blogshop lama, then buka yang baru dengan nama yang lain.

Ramai yang dah terkena. Ini peringatan untuk diri saya juga. Tapi kalau blogshop yang pernah saya review kat sini, so far semuanya ok. Hmm.. saya sedang menahan diri daripada membeli-belah dalam talian buat sementara. takut dengar cerita orang. Ada yang sampai rugi ribu-ribu. Tapi penipuan taklah tertakluk pada pembeli je. Ada juga penjual yang jadi mangsa.

Sedikit tips;

1) Janganlah berani sangat beli barang yang mahal-mahal gila kat online. Kalau murah then kena tipu tak lah ralat sangat.

2) Simpan semua bukti berlakunya urusan jual beli. Kalau terkena anda boleh menuntut hak anda dengan jalan yang betul.

3) Pastikan anda benar-benar yakin dengan pihak yang anda beurusniaga.

4) Selalu keep in touch dengan pembeli-penjual. Kot-kot berlaku salah faham. Biasalah, kadang-kadang sistem pun ada hairwire kat mana-mana kan. Manusia melakukan kesilapan.

5)Kalau anda jadi mangsa, share dengan umum. Laporkan pada pihak berkuasa dan tribunal. Pastikan dengan bukti yang kukuh.

6) berurusniaga dengan orang yang tak dikenali perlu simpan sedikit syak wasangka. You can't be too careful nowadays.

Memori: Pertama Kali Berpuasa. Pot pet pot pet.

Alhamdulillah... selepas sekian lama tak berpuasa, berjaya juga saya berpuasa samapi ke maghrib semalam. Tapi laparnya, Allah je yang tahu. Sahur dengan Cocoa Collagen + air masak je. Pastu sibuk pulak menguruskan tesis. So as a reward, i bought for myself two books. The Lost Symbol by Dan Brown dengan Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus oleh Ustaz Sharhan Shafie.

Saya sebenarnya tak ingat sangat bila sebenarnya saya mula berpuasa. rasanya masa tadika. tu pun tak cukup. Dah Darjah dua pun masih tak cukup. Tinggal dua hari gara-gara muntah masa balik Terengganu. Mak kata, tak batal sebab tak sengaja muntah. Tapi saya tak percaya. Saya takut berdosa sebab terus puasa walaupun dah batal. Saya rasa mak nak jaga hati saya je. Muahahha. Kes tak paham konsep lah ni.

Dalam bab berpuasa, saya memang tekun dan tak pandai mengelat. Curi-curi minum? Curi-curi makan? Apa tu? Mungkin ada satu tahap saya memang tak hirau makan minum sebab terlebih aktif dan sibuk mengalahkan perdana menteri. Mak kata, saya malas makan. Sampai sekarang, walaupun saya jarang balik kampung, mak tak tanya pun nak makan apa. Sebab biasanya jawapan saya, ENTAH. Takde keinginan. Takde favourite kot. Tak cerewet bab makan. Makan jelah. Sebab mak masak semua sedap kan? (pastu ada hati pula nak kecik ati bila mak masak spesial-spesial bila ada request dari adik beradik yang lain). Saya rasa itulah salah satu sebab saya tak pro bab memasak sebab saya takde keinginan dan tak cerewet. Kadang bila kaklong kata nasi lemak kat pak cik xxx tu mentah la, tapi saya rasa ok je. Ahahahhah.

Tapi saya rasa yang paling hebat bab puasa ni kat rumah ialah Mat Topit. My younger brother but not the youngest. umur 4 tahun dah pose penuh. Gila tabah. Baik je pulak tu, diam tak merengek ke apa ke. Tabik toing-toing.

Tahun ni first time akan berpuasa bersama Emot. Macamana agaknya eh nak bangun awal pagi buat sahur. Need better planning ni. Kena beli stok lauk. Pastu rancang menu. Siapa ada idea? hohohoho..

p/s: Tahun ni raya kat kampung suami.

Thursday, July 22, 2010

Hati..Bertabahlah...

Kenapa ya, bila keadaan tak dapat diperbetulkan lagi, barulah kita sedar yang kita ada melakukan kesilapan? Apa nak buat ya? Berharap tak ada siapa yang tahu atau berharap kesilapan dimaafkan atau bermula dengan langkah pertama semula.

Oh Tuhan,

Hanya Kau yang tahu apa yang terbaik buatku.

Aku redha.

Tapi kenapa aku tak emosional macam selalu ya.

Oh, mungkin sebab aku puasa hari ni.

Semoga hari esok lebih ceria.

Kesakitan Yang Terpendam, Kesakitan Yang Mendalam

Alahai, tajuk entri dah macam tajuk lagu. Ahahah. Actually, it's about my old injuries.


I have two not-so-bad-but-old injuries. One i get from Korbu-Gayong-Yong Belar mount climbing expedition in 2002. Yup, ages ago. Bahu terseliuh. Terlebih beban haversack. At that time, i just ignore the pain, rub some oinment. Wallaah. I'm as good as new, I thought. Exhausted, maybe. But it's not. Two week after, sakitnya Ya Rabbi. Ayah punyalah marah sebab tulang bahu tu macam dah lari. huhuhu. And till now, I have a 'senget' left shoulder which is visible from the X-ray film. Cacat sikit. Thank goodness, not too obvious. Cuma sekarang dah tak gagah macam dulu la. Tinggal lah Kaklong and Bosah jadi Superwomen. (Kat rumah saya, orang perempuan lagi gagah daripada lelaki. Our parents will ask us, their daughters to do works such as tolak kereta tak hidup, paint our house, bertukang etc. etc. Yang lelaki biasanya mengemas, sapu laman, basuh keta. kwang kwang kwang.

The second injury i got from road accident last ramadhan. You know lah, pasar ramadhan, lot of people, lot of vehicles. Dont have a clear view of the traffic. Plus, exhausted, rushing to do something. Salah saya. Saya naik motor then langgar motor orang lain masa keluar simpang. Masa tu mati jelah dalam otak ni. Orang kata sebab dalam tempoh bertunang, darah manis. Woooooooo.. i dont want to remember the guilt. It's killling me till now. Thank God, no serious case then. Nasib baik orang tu maafkan kesalahan saya dengan baikhatinya. Masa tu, rasa bersalah mengatasi segala kesakitan walaupun saya hampir pengsan sebab dah tergolek kat jalan then kena hempap dengan dua biji motor. The following day, barulah mula rasa sakit yang amat. Badan, kaki, tangan mula bengkak dan berdenyut. Pergi klinik Dr tak tengok pun, tak pegang pun, tak x-ray pun. Tanya sikit-sikit terus bagi ubat tahan sakit, ubat kurang kan bengkak, dengan oinment untuk legakan otot. Happylah konon sebab tak serius.


One day, i went home and ask my lil sista (not so lil' lah ;p) to have a look at my injured arm and leg. She said that, one of my big 'urat' at my calves not at its place. Lari. Whoa, boleh ke? Patutlah bila mencangkung lama-lama masa cuci baju bukan main sakit lagi. Pastu, rupa dia macam betis saya tu ada dimple. Besar. Rasa tegang sangat. Ingatkan sebab berat badan dah bertambah, kaki tak mampu nak tampung. Muahahhah.

Hai, macammana nak buat eh? Nak urut boleh ok ke kalau dah lama macam ni?

There's something similar with our life. Masalah kecil yang kita rasa tak ada effect sangat dan selalu kita buat 'don't know' je tapi terpendam tak terluahkan akan menghantui kita sepanjang hidup. Kita akan fikir, alah small matter je lah. Takpe kot. Berbanding dengan 'injury' besar yang sampai kena operate segala. Mungkin lagi cepat baik kalau diberi perhatian serius kan? Macam masalah besar yang disiasat akar umbinya, diubat, di 'handle with care'.

Kena tengok ni, kena ubatkan juga hati kot-kot ada not-so-bad-but-old injuries kat hati.

Tuesday, July 20, 2010

Care for the Environment Cara Saya: Cloth Pad

Saya dah lama nak buat review pasal ni tapi tak berkesempatan. Mungkin entry ni agak sensitif bagi sesetengah orang, terutamanya kaum adam. Sebab saya pernah terjumpa satu blog yang kata perempuan ni dah hilang sifat malu sebab cerita pasal kes bulanan. Ni betul-betul, bukan cubaan tau.

Tapi bagi saya, ini bukan kes hilang sifat malu atau takde maruah. Ini tentang berkembangnya kesedaran berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Tak dapat sumbang banyak, sikit pun jadilah.

Saya memang seorang yang cerewet tentang environment. Semakin memuncak lepas saya berpeluang ke negara matahari terbit, Jepun, selama hampir sebulan. Terlalu kagum.

Sejak hari tu, saya mula mengasingkan sampah saya. Kertas dan kotak saya jual untuk tambah duit dapur. Botol plastik saya satukan, manalah tahu ada orang nak amik untuk recycle. Kadang-kadang kecerewetan saya ni buat orang menyampah. Saya tahu. Tapi saya pun tahu dengan cara ni saya dah membantu menyelematkan alam sekitar.

Masa konon2 nak dapat baby hari tu, saya beli cloth diapers. Sekarang saya bagi cloth diapers tu pada kakak ipar. Moga-moga bakal anak sedara saya suka pakai. Dapatlah kurangkan disposable diapers atas muka bumi ni.

Saya terfikir, kalau cloth diapers ada, agak-agak cloth pads ada tak eh? Dengan kemajuan ICT sekarang, google je lah kan? Hah kau, berderet info dan blog pasal cloth pads. Panduan pun banyak. Made in Malaysia pun banyak.

Saya terfikir untuk convert terus dari disposable kepada cloth pads. Saya search beberapa laman web yang Made in Malaysia.

Mula-mula saya beli satu set trial pads. Jenama Saffa from http://mum7kids.blogspot.com/. Set ni ada pantyliner, light flow dengan heavy flow. Saya paling suka yang heavy flow sebab lapisan microfleece dia memang memudahkan pencucian. Lembut pula tu. Cuma lambat kering. Maklumlah, orang takde mesin basuh. Perah guna tenaga sendiri. Tapi, nama pun untuk heavy flow kan?Ahaks!

Lepas tu saya beli pad-pad jenama Baby Snowdrop from http://www.babysnowdrop.com/. Yang ni saya beli banyak, dari pantyliner sampai ke heavy flow. Memang colourful. Jahitan pun kemas. Penyerapan baik. Tapi saya tak suka fabrik baldu biru tua tu agak menurun, menyebabkan panty saya bertompok. Huhu.. Tapi still happy sebab dapat pantyliner percuma. hihik. Thanks tuan rumah.

Beberapa hari lepas saya baru je dapat bungkusan dari http://lynnhomemades.blogspot.com/. Yang ni saya beli sebagai tambahan kepada pad-pad sedia ada. Seperti kata tuan blog, pad ni direka simple, sesuai dijadikan booster tambahan kepada pad sedia ada. Tuan blog bagi saya free satu pad free. Ada wing. Sangat lembut dan selesa dipakai. Antara ketiga-tiga jenama, saya rasa yang ni paling lembut. Tapi saya tak boleh nak komen pasal daya serapan masa haid. Sebab cycle baru je habis masa pad sampai. Tak sempat nak guna.

Sekarang saya tengah menunggu pad2 yang ditempah dari http://www.cutiesofty.com/. Yang ni custom made katanya. Bila order baru dia buat. So tunggu jelah. Heheh. Takpe, saya memang penyabar.

Testimoni ikhlas saya terhadap penggunaan pad kain ni;

1) Saya tak guna barang sekeping pun disposable. Rasa sangat happy. Kurang sampah ok.
2) Seperti yang dicanang ramai orang, tempoh period berkurangan, hanya 5 hari. Bila cuti pendek, adalah orang yang turut happy. Hehe.
3) Walaupun mencuci masih agak leceh dan renyah, tetap bukan masalah besar, sebab saya memang mencuci baju dengan cucian tangan. Takde mesin basuh. Baju yang besar dan berat saya boleh basuh, inikan pulak pad yang cenonet tu.
4) Pelaburan jangka panjang. Pad dispo sekarang makin mahal ya.

Impian saya, nanti nak dapatkan satu mesin jahit. Boleh saya jahit pad sendiri. Boleh cater keperluan sendiri. Moga Tuhan kabulkan. Amiin.

Monday, July 12, 2010

Masak Stim Talapia letak Tauchu

fooooooooooooooooooooooohhhh...fuuuuuhhhhhhhhh.. kohok kohok.. humang aih.. berabuk nyelah blog ni. Orang nak berblog, awak nak berblog. Sudahnye berbolot-bolot. Sibuknya lah akhir-akhir ni. Apa yang disibukkan pun tak tahu.

Oh ya, saya sibuk menolong Yani menyiapkan bahan-bahan untuk Inatex. Ada poster, flyers dan presentation. Alhamdulillah siap dah selepas berdikit-dikit akibat kemalasan dan ke'moody'an. Sorry eh Yani, lambat.

Lagipun penat lagi ni, semalam gi rumah Kakak Ipar Kedua (Kak Yaya) yang baru pindah masuk rumah baru, pastu ke rumah Kakak Ipar Pertama (Kak Pojit) kat Gelang Patah. And lastly mentua datang ke rumah buruk kitorang. Nasib baik ada puff segera nak dihidangkan. Nasib baik juga air terjun dari bumbung tu dah berjaya di stopkan. tu pun lepas tuan rumah datang melawat (kes x percaya dengan aduan kitorang lah tu). Hai, macam-macam jadi weekend ni. Haru betul.

Oh ya, seminggu penuh yang lepas, incik suami ada kat rumah. Happy sangat-sangat. Walaupun dia agak busy dan selalu balik malam, tapi banyak masa dapat diluangkan bersama. Rasa lah macam normal sikit. Hihik. Ni masakan hari ke berapa entah. Masa ni saya masak ketam, beli kat giant. Ketam nya nampak besar. Tapi yelah, dont judge a crab by its size. Giant yang memang terkenal jual barang tak segar ni sekali lagi membuktikan ke tak'best'an nye. Sangat tak fresh, isi pun lompong je. Rasa teramatlah tawarnya. Last2, kitorang makan sebelah je. Baik beli kat JUSCO. Walaupun kecik, segar dan berisi padat. Masak apa pun sedap. Nasib baik ada udang yang dicampur dalam brokoli tu.



Seperti yang dijanjikan, nak cerita pasal masak stim ikan ala cik abang saya pulak. Dia rajin masak disebabkan bini tersayang dia yang asyik moody dan malas ni. Kesian emot. Sorry ye sayang. Tapi penyakit M ni masih belum pulih sepenuhnya, so upload gambar-gambar jelah dulu. Oh ya, ikan talapia yang besar ni di bawa khas dari Rengam oleh kak pojit dan suaminya. Selain ikan, ada macam-macam lagi, buah durian, rambutan, pulasan, betik, petai pun ada.

Goreng pucuk paku. nyam nyam

Stim Talapia letak tauchu

Marvellous tak isi durian ni? Fresh dari kampung!


Rambutan ni tak cukup masak lagi tapi dah kena petik..Ngeee~~

p/s: post ni patutnya dipublish dua minggu lepas.

Monday, July 5, 2010

Personaliti Ikut Jenis Darah. Babak 3. Arahan.


Kali ni reaksi apabila di beri arahan. Kajian ni turut dijalankan terhadap budak-budak tadika di China. Memang terbukti. Seperti biasa, saya yang berdarah A ni adalah seorang yang patuh dan agak perfectionist. Dalam citer Naruto kata, orang berdarah A memang sesuai jadi orang bawahan. Haissssh..

Personaliti Ikut Jenis Darah. Babak 2. Dalam Bilik.


Saya adalah orang yang berdarah A. Dalam komik strip ni, dikatakan orang darah A suka bersandar kat dinding. Ye kot. Ahahah. Saya memang suka bersandar. Tak pun terus baring. Mak kata, macam orang takde pinggang. ;p

Friday, July 2, 2010

Kartun: Personaliti Ikut Jenis Darah.Babak 1. Di Kantin

Saya teringat satu email yang saya terima tentang peribadi berdasarkan jenis darah dalam bentuk kartun. Sangat kelakar. Oleh sebab banyak gambar yang terlibat, terpaksa buat part by part. Sumber gambar mop.com.




Stim Ikan Kaloi. Sukses!

Sempena suami ada kat rumah, saya plan nak masak apa yang dia request hari tu. Stim ikan kaloi, resipi kaklong. So before masak kenalah sms kaklong dulu minta resipi. Lagipun ada tetamu, kang salah resipi, kesian pulak. Oleh sebab saya tak dapat pergi ke lab petang semalam gara-gara hujan turun dengan lebat, kebasahan, kuyup lencun (malas nak cerita kejadian di sebalik, rasa nak bertukar menjadi atromen je), saya siapkan dulu bumbu masakan. Suami saya sampai rumah awal, jadi dia pun membantu. Siap basuhkan lantai. Terima kasih Incik Suami!

Resipinyer ialah...jeng jeng jeng:

Ikan kaloi (saya guna 3 kepala ikan kaloi yang besar, tapi nak tukar ikan pun boleh)
Sos tiram secukupnya (cukup untuk menyelaputi ikan)
Serai 3 batang (di hiris, ikut suka lah nak kasar-kasar ke, halus-halus)
Halia (ikut suka. Saya ikut instinct je. Kalau rasa nak buang angin banyak, letak lebih sikit)
Bawang putih (saya guna 5 ulas)
Bawang besar atau bawang merah dimayang(ikut kuantiti ikan. saya guna 1 bawang besar, 2 bawang merah)
Sedikit perahan limau
garam sikit kalau suka masin
daun bawang atau daun sup (kalau suka. Nanti aromanya lebih menyelerakan)
cili padi (kalau suka pedas)

Cara membuatnya:

1. Perap dulu ikan dengan sos tiram. Kata kaklong, perap lama sikit pun tak pe. Biar menyerap.
Sambil tu panaskan pengukus.

2. Lepas tu, masukkan dalam loyang ke dulang besi atau bekas tahan kukus. Taburkan bawang merah, serai, daun sup, hirisan halia, bawang putih yang dihempuk, cili padi dan garam. Kalau suka boleh letak sayur-sayur macam tomato ke, lobak merah ke, kobis bunga ke, buat menambah rona dan memikat mata. Kalau ikut cara kaklong, halia dengan bawang putih tu ditumbuk dan amik jus nya sahaja.

3. Lepas tu, perahkan sikit limau kasturi atau limau nipis. yang ni, ikut citarasa, kalau suka masam, perah lebih sikit.

4. Pastu kukus. Kalau ank berkuah sikit, tambah air sikit. Saya kukus lamalah juga, dalam 15 minit kot, sebab saya guna api kecik, untuk pastikan betul-betul masak. sambil tu boleh saya buat kerja lain.

5. Bolehlah dihidangkan. Senang kan? Hidangan hentam keromo ikut suka. Yang penting sihat dan lazat.


HUrmmm.. gambar tak ada lah. Lain kali ya? Lepas ni suami ajak buat stim ikan ala Jawa pulak. Guna tauchu dan cekur (atau kencur). Harap-harap tak lupa nak snap gambar.

Thursday, July 1, 2010

What a surprise! (^___________ ,^)

Hari ni saya sangat suka hati. Tak terkata sukanya.

Buah hati saya sampai pukul 5 pagi tadi. Ada site sekitar Johor Bahru. Malah ada yang dalam UTM. Alhamdulillah. Mungkin Allah kesian dengan keluhan saya semalam.

Semalam suami saya sibuk sangat. Saya sms pun tak berbalas. Alih-alih dia kata tadi dia ada mesyuarat dan mungkin gerak ke JB malam tadi. Terkejut. Teruja. Patutlah malam tadi rasa nak membeli barang dapur, ada tetamu nak datang. Oh ya, ada seorang lagi kawan abang am pun kena jaga site. Rizal nama dia.

Hari ni saya buatkan nasi goreng untuk sarapan. Tapi macam tak sedap. Serba tak kena kalau masak untuk orang. Hahah. Maaf ya. Yang penting ikhlas.