Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 27, 2010

Outstation...KLCC here I Come! Muahahha

Tak tahulah nak happy ke risau. Kena outstation jaga booth Proffie kat KLCC. Anjuran MIGHT. Happy kerana KL means Kekasihla.. happynya nak jumpa dia. Tapi Proffie memang suka hantar pergi bertugas time tengah sengkek tau.. Sengkek bukan sebab boros okeh? Sengkek sebab cek gaji bulan lepas tak dapat lagi. Tak efisien betul ****** tu. Not my proffie okeh, ada lah dotdotdot tu buat kerja lembab. Bukannya bayar gaji kita pakai duit dia. Saja ko nak menganiaya aku ye. Sungguh geram saya.

Agak-agak penginapan disediakan tak eh? Leceh la bila last-last minute baru tahu nak kena outstation. Celah mana nak book hotel, nak packing.. Baju kat rumah bertimbun lagi nak basuh. Ingat hujung minggu ah nak settle sume kerja. Nak kemas rumah, basuh baju, berkebun, beli stock barang dapur. Huhu.

Sebenarnya saya agak menggelabah sebab lidah dah keras nak speaking meaking ni.. huhuhuh.. Takutnya.. Dah la kena gi sorang dari sini walaupun ada sorang lagi petugas.. Look at the bright site, boleh seludup emot masuk bilik hotel... Yahoo.. Muahahahah.

Berdebar tunggu prof datang nak briefing ni. Apa lah agaknya kena buat ya?

Wednesday, May 26, 2010

Orang yang tidak bersyukur dengan yang sedikit tidak akan bersyukur dengan yang banyak


Ya Allah.. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang bersyukur.

Monday, May 24, 2010

Terima Kasih Sayang

Hari sabtu baru ni saya ke Gombak menghadiri jemputan pasangan Aqilah dan Hasnun.. walaupun terlambat tapi sempat juga jumpa pasangan pengantin.. Qilah, u look gorgeous, dear. Semoga perkahwinan ni sentiasa mendapat rahmat dan berkat daripada Allah.. amiiin..

Walaupun terpaksa travel dari skudai, tapi hati sungguh berbunga-bunga kerana akan berjumpa dengan kekasih hati. Bas pulak teramatlah perlahan macam siput semput. Mungkin sebab ramai jpj sepanjang highway tu.. Sempena apa eh diorang buat operasi? Sampai Bukit Jalil kena tunggu dalam sejam baru kekasih saya sampai. Jam. Sangat teruk. Stress sungguh. Dapat lah jumpa dak-dak sakti. Sampai-sampai nampak 3 serangkai Fiza-Faeeza-Feefa. Gedik2 kejap. Hye hye bye bye. Pastu ada Aleng, Aju, Masdiana, Hanum and Family, Kawar and Tunang, Amri and Lutfee.. Jumpa pengantin and mamam.. selalu tak makan tengah hari takpe. tapi sebab dah mmg niat datang nak mamam, perut meronta-ronta. Rasa sungguh kebulur saya masa tu.

Pas balik kenduri kitorang plan nak gi cari hotel tempat bermalam.. Kekasih pun dah pack beg segala. Tapi semua hotel kat Shah Alam tu penuh.. UiTM konvo daaaaaa... huhu.. macamana ni.. takkan nak balik pulak.. dah nak malam. kalau balik nanti kesian kaklong nak jemput.

"Kalau tidur kat rumah abang nak tak?" NGeeeeeeeeeeeeeeeee~~~? Tidur mah bujang? Alamak segannya saye... kwangkwangkwang.. Tapi kuturutkan jua.. muahahaha.. Muka dah tebal gile.

Kepada kawan-kawan Abang Am, thanks a lot ya sebab sporting. Susah-susah je nak layan saya. And sorry a lot sebab menyemak je.. ahahah..of Course, utmost gratitude is dedicated to my love. Thanks baby for having me at your place. Cooked for me, care for me, clipped my nails, share toothbrush, bawa gi jalan2. Hahah..funny rasanya bila duk umah org bujang pakai t-shirt dengan kain pelikat. Rasa macam bujang jerk.. muahahah.. Oppps.. sorry love..Walaupun perkahwinan jarak jauh kita ni sungguh mencabar, but i appreciate everything you do for me. Love you so much! MMMUAH!

Friday, May 21, 2010

Selamat Pengantin Baru Kawan-kawan...

Entri ini khas ditujukan buat kawan-kawan yang melangsungkan perkahwinan dan telah pun selamat menyatu janji dengan ijab dan kabul. Tahniah, semoga ikatan suci yang dijalin sentiasa mendapat rahmat dan berkat daripada ALLAH swt. Maaf dipinta kepada yang menjemput tapi tak dapat hadir. Almaklum, saya cuma ada Honda Wave 100. Kalau ada Honda Civic ke, Jazz ke, Accord ke, masyuk juga. Terpaksa melihat kelapangan suami tersayang. Tapi saya berjanji mendoakan dari kejauhan. Tahniah! Welcome to da club. ;D

1 Mei 2010: Kak Yati Pae
9 Mei 2010 : Razif
22 Mei 2010: Aqilah & Hasnun
5 June 2010: Hidayah & Khusainy
6 June 2010: Hidayah & Zuhdi, Norazlina& Ezat
12 June 2010: Rafedah , Fizee&Izzah
13 June 2010: Fawa & Fuad
26 June 2010: Amri & Azura
.....dan sesiapa sahajalah yang terlepas pandang..

mode: romantik

p/s : teringat pulak kenangan dari mula berjumpa, berkenalan, berkawan, bercinta, bertunang, berkahwin dan terus bercinta.

Thursday, May 13, 2010

Tahniah Skuad Piala Thomas Malaysia...Berjaya Melangkah ke Separuh Akhir

Malam tadi merupakan malam bersejarah kerana telah tidur melangkaui masa tidur yang biasa iaitu sekitar pukul 9.00 mlm.. Hahahahaha.. Semata-mata nak tengok skuad Thomas Malaysia main di peringkat suku akhir. Alhamdulillah.. Malaysia 3-Denmark 2. berjaya ke separuh akhir.. tak kiralah apa yang akan berlaku semasa menentang China jumaat ni, tapi mereka dah memberikan persembahan yang memberangsangkan walaupun terheret sampai 5 perlawanan..

Tak tahulah apa yang berlaku sehari sebelumnya semasa Malaysia menentang Jepun. Apa ceritanya, apa kejadiannya? Yang penting semangat juang yang ditunjukkan memang patut dipuji. Mungkin emosi terganggu, lambat 'panas' atau prestasi tak stabil je yang menggganggu diorang masa tu. Mula-mula ingat diorang dah kalah dah. Dah surrender tak nak tengok dah Hafiz Hashim main.. Tapi teringat-ingat, tak boleh tidur beb.. Lagipun Hafiz handsome apa? (Hubby jangan marah eh? ;p) Nasib baik dia main cantik..

Tahniah juga kepada gandingan baru yang selalu disebut sebagai beregu bidan terjun, Zakry dan Hoon, anda berdua memang waja walaupun ebab. oppps... jangan marah aaaaaaaaaa.... Kepada Fairuz, semoga lebih dapat mengawal emosi. Dan kepada peminat, anda pun jangan terlebih emosi macam makcik.. hahahah.. nyaris sakit jantung... asyik sentap je bila lawan dapat mata. Maaflah sebab semalam pun ada terkutuk juga sebab kalah dengan Jepun.. Ampun...

Wednesday, May 12, 2010

Ayat Pelindung daripada Fitnah Dajjal

Entri ini dicopy-paste sepenuhnya dari http://aliffdotcom.blogspot.com/2010/01/ayat-perlindungan-dari-fitnah-dajjal.html.

Semakin hampir waktu kemunculan Dajjal untuk menguasai dunia. Fitnahnya telah pun menyebar keserata pelusuk bumi ini walaupun dia belum menzahirkan diri lagi. Apatah lagi setelah dia zahir dan menguasai muka bumi ini. Sebagai langkah terbaik, adalah dinasihat para Muslimin membaca atau lebih baik menghafal 10 ayat Surah alKahfi. Sila buat salinan dan sebarkan kepada seberapa ramai orang Islam yang boleh sebagai usaha membantu menyelamatkan diri dari Fitnah Dajjal Laknatullah.



[1]

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
[2]
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
[3]
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
[4]
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak”.
[5]
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
[6]
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
[7]
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
[8]
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
[9]
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
[10]
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.

Memburu Dajjal

Topik tentang dajjal, freemason, illuminati sekarang ni tengah menjadi debat hangat di lab zeolit UTM. Siapa nak join boleh datang sini.. ngeeeeeeee~~~~~

Pokok persoalannya, siapa sebenarnya dajal? Adakah dajal itu merupakan seorang individu? Atau sebuah organisasi? Atau melambangkan sesebuah kaum? Pelbagai pendapat diutarakan oleh pemikir-pemikir, cendikiawan-cendikiawan, samada konvensional atau kontemporari, melalui pelbagai sumber. Ada melalui penulisan artikel dan buku, rakaman perjalanan, dan visual di laman-laman sesawang.. (perghhh skema habis ayat). Rasa ingin tahu manusia membuka jalan pemikiran dan pemburuan kepada entiti yang bergelar dajal ini.. Kepada sesiapa yang ingin video berkait iaitu The Arrivals, atau nak pinjam buku yang baru dibeli bertajuk Membongkar Misteri Dajjal, boleh jumpa saya. Tapi buku kena jaga elok-elok tahu? Mahal ni... Ahahhahah..

Tuesday, May 11, 2010

Jalan Menuju Syurga

Health, Important Tips

Makcik nak share email daripada seorang kawan (kudos to Norwati Mohd Tamami). Berkenaan amalan untuk kesihatan. Anda bebas untuk copy and share dengan orang lain.

Answer the phone by LEFT ear
Do not drink coffee
TWICE
a day
Do not take pills with
COOL water

Do not have
HUGE meals after 5pm
Reduce the amount of
TEA
you consume
Reduce the amount of
OILY
food you consume
Drink more
WATER
in the morning, less at night
Keep your distance from hand phone
CHARGERS

Do not use headphones/earphone for
LONG period of time
Best sleeping time is from
10pm at night to 6am
in the morning
Do not lie down immediately after taking
medicine
before sleeping
When battery is down to the
LAST
grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times

Wednesday, May 5, 2010

Amalan Mandi

Artikel ni dapat dari satu yahoo group.. pesanan daripada penghantar, dia suruh sebarkan pasal kebaikan amalan mandi untuk kesihatan.. supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya.



KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.



Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.


Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

P/s: Anda bebas untuk copy artikel ni. Sharing is caring.

Cute Koalas....(O_o)

Tolonglah bui air tu... Dahago bonar tokak den ni hah....

Got these pictures ages ago.. just want to share. Dengan suhu 120 darjah di Australia selama seminggu, koala-koala comel ni dah terdesak sangat sampai terpaksa minta air dengan manusia. Ada yang masuk dalam rumah orang untuk menumpang berteduh dari kepanasan. Kejadian yang tak pernah kita lihat.

Arghhh... logo raso. Nasib baek den tak pitam.. Paneh bonar aih hari ni yo?


Budak pompuan: Adik koala, minum lah air tu..
Adik Koala: Jap, den raso dulu.. humang aih...sejuk, sogar.. beh, beh..


Cubo raso dongan tangan pulak.. Apo rasonyo yo? Uih... marbeles sungguh...

Alang-alang menyeluk air, baik den borondam tenguih.. HAHHA.. syok...

Tuesday, May 4, 2010

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)

Entri ini sebenarnya berpunca dari pencarian lepas dapat penerangan tidak lengkap daripada doktor. Ia bermula selepas kejadian pendarahan dan kehilangan bayi yang kami nantikan.. Daripada ultrasound image, doktor pakar tu asyik cakap "ni polycystic, ni pun polycystic"... So, apa maksudnya tu doktor?. "Tu semua lemak, badan naik banyak. Sebab tu hormon tak stabil." Apa kaitan dengan keguguran? Doktor tu bukan nak terangkan betul-betul.. bercakap pun tak nak tengok muka, sambil sms. Geramnya.. Dapat ubat 7 biji, kena rm80. Huhu..

Apakah yang dimaksudkan dengan Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)? Menurut MedicineNet.com, "Polycystic ovarian syndrome (PCOS), also known by the name Stein-Leventhal syndrome, is a hormonal problem that causes women to have a variety of symptoms. It should be noted that most women with the condition have a number of small cysts in the ovaries. However, women may have cysts in the ovaries for a number of reasons, and it is the characteristic constellation of symptoms, rather than the presence of the cysts themselves, that is important in establishing the diagnosis of PCOS."


Dikatakan, 5-10% wanita mengalami PCOS (i'm one of them), dan dikatakan penyebab utama ketidaksuburan wanita. Antara simptom-simptom PCOS ialah:

1) Obesiti dan kenaikan berat badan (obesiti? not yet. Weight gain. Yes, oh yes)
2) Elevated insulin levels and insulin resistance
3) Kulit berminyak
4) Kelemumur
5) Masalah kesuburan
6) Skin discolorations
7) Tahap kolesterol tinggi (maybe)
8) Kenaikan tekanan darah (yup)
9) Multiple, small cysts in the ovaries.
10) akne
11) Sleep apnea - excessive snoring (very currently) and breathing stops at times while asleep (takutnyer)
12) skin tags, or tiny excess flaps of skin in the armpits or neck area (tak obvious pun)
13) patches of thickened and dark brown or black skin on the neck, arms, breasts or thighs (ni tak paham sangat, kulit jadi gelap ke? kalau tiba2 terlebam tu adalah).
14) male-pattern baldness or thinning hair.
15) infrequent menstrual periods, no menstrual periods, and/or irregular bleeding. (dah dua bulan tak period, 4kali test pregnancy sume negatif).


Mungkin tidak semua simptom ini dialami oleh mereka yang mengalami PCOS. Tetapi, semua wanita dengan PCOS akan mengalami masalah kitaran haid yang tidak stabil atau tidak menentu. Malah ada yang tidak datang haid sama sekali. Ini kerana, wanita PCOS tidak mengalami ovulasi atau pengeluaran ovum setiap bulan. Sebab tu lah period tak stabil dan dan susah mengandung. Melalui imbasan ultrasound, Polycystic tersebut akan kelihatan seperti ini:-
This is exactly how my ultrasound image looks like (ada masa makcik upload k). Antara punca PCOS adalah:-
1) Imbalance in the hormones
2) Genetic
3) Environmental factors
4) Sometimes, unknown causes


Suggestion of treatment from http://www.youngwomenshealth.org/pcosinfo.html is by taking birth control pills to:-

  • Correct the hormone imbalance
  • Lower the level of testosterone (which will improve acne and lessen hair growth)
  • Regulate your menstrual periods
  • Lower the risk of endometrial cancer (which is slightly higher in young women who don't ovulate regularly)
  • Prevent an unplanned pregnancy if you are sexually active
Weight management tips pulak:-
  • Choose nutritious, high-fiber carbohydrates instead of sugary or refined carbohydrates
  • Balance carbohydrates with protein and healthy fats
  • Eat small meals and snacks throughout the day instead of large meals
  • Exercise regularly to help manage insulin levels and your weight
Seperti soalan yang ditanya kepada so-called doktor pakar, jadi apa kaitannya polycystic dengan miscarriage? Ini Q & A dari satu artikel http://www.womenshealth.gov berkenaan PCOS:-

Q: How does PCOS affect a woman while pregnant?
A: Women with PCOS appear to have higher rates of:
• Miscarriage
• Gestational diabetes
• Pregnancy-induced high blood pressure (preeclampsia)
• Premature delivery

Jadi sangat mengecewakan apabila seorang doktor pakar tak dapat memberi penerangan yang terang. Sekurang-kurangnya beliau boleh menjawab seperti ini,"Puan mengalami PCOS yang menyebabkan hormon tidak stabil dan boleh menyebabkan keguguran. Jadi, saya cadangkan puan menurunkan berat badan sebelum merancang untuk hamil semula." Dan bukan jawapan yang berbunyi,"Saya bagi ubat untuk period. Lepas tu, cuba lagilah" (sambil ber'sms' dan tersenyum sinis.



Monday, May 3, 2010

Balik Kampung...Perut Kembung..

Balik kampung je perut makin mengembung... lupakan jamu dan ubat kurus.. lupakan.. huhu..nak pergi timbang berat badan pun takut... Ukur lilit bertambah dengan pesat.. YESS!! Takpelah, yang penting kenyang makan masakan bonda yang lazat dan memuaskan..nyumnyum..

Menu malam pertama... Bubur lambuk pucuk paku ala terengganu.. walaupun sampai pukul dua pagi, kusebat juga barang semangkuk.. esoknya melantak ikan patin gulai tempoyak dengan rebung masak lemak cili padi dengan perut.. BURPPPPP!!! Menambah-nambah.. berbaloi-baloi... Malam pulak makan sate ayam.. 40sen secucuk, tapi besar, tak macam kat Taman Teratai or Taman Universiti.. Lupa pulak, sarapan makan nasi goreng and roti keramat.. memang keramat. hahhahah

Menu hari ahad pula, nasi minyak sepesel dengan daging masak kurma rempah special terengganu... ditambah acar rampai dan telur masin buat sendiri.. kenyang lagi.. Sorrylah takde gambar.. takut ada orang jilat skrin monitor pulak.. hahahhahah.. Asyik lupa citer pasal sarapan, nasi goreng lagi dengan karipap.. karipap ni pakcik jadi tukang gelek tepung, makcik tukang kelim... jenuh juga sampai sejam menggentel kelim tu..slim jari-jemari makcik buat exercise..

Mak dengan ayah, terima kasih kerana merancang menu yang begitu marvellous sekali.. MMMUah!!!