Great stuff to be shared together...

Wednesday, June 27, 2012

Tuaian Hari Ini: Kangkung, Daun Keledek, dan Daun Selasih

Hujan beberapa hari ni, pokok yang sukakan air memang gembira dan gemuk. Kangkung dah mula nak menjalar. Jadi memang patutlah dituai. Tapi, oleh sebab kami berdua ni adalah pemakan sayur yang rakus, rasa macam sikit je. Terpaksalah topup dengan daun keledek. Daun selasih nak buat ulam. Hmm..ada anak-anak bayam yang baru tumbuh. Agaknya mereka pun sukakan air. Saya fikir dah tak nak tumbuh. Keembong pun banyak yang bercambah walaupun dah berterabur tak ikut susunan. Alhamdulillah..

Dalam masa dua hari mereka membesar dengan pesat.
Rasa macam sikitlah..

Yahoo..dah penuh pun..
 Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak dekat En Iskandar Tanam Sendiri sebab berkongsi benih kangkung ni. Kangkung ni bakal jadi lauk tengahari ni (hubby masak..hehehe).

Saya tengah dalam proses mengeringkan benih-benih cili. Tak tahulah betul ke tak kaedahnya. Biji cili ceri yang saya penyek-penyek dalam pasu dah bercambah. Banyak anak dia.


11 comments:

lynnhelite said...

Kangkung Lynn x brapa sihat, tak membesar dan makin kuning, tak tau di mana silapnya..semlm dah geram sgt, potong sumer kasi Brownie makan.. nak try 2nd batch pulak.

baguznet said...

tpt saya masih kurang hujan, jadinya masih hold niat nak menyemai kangkung. Buat sementara semai benih bunga matahari dulu untuk raya :))

Nudabuffy said...

Saya pulak, dalam keadaan cuaca yang extreme dekat sini, kangkung dan keledek lah yang boleh diharapkan. Daun cili mula kerinting, cili kalerful dah arwah (cili ceri bagus dan lebat berbuah, bayam macam bantut, sawi lecur. Rezeki masing-masing kan?

Kisah Hati said...

wahhh bestnya mengutip hasil. kangkung berapa lama ek dah boleh tuai?

Nudabuffy said...

Ana~ Yang saya tanam ni lebih kurang sebulan. Tapi bergantung pada cuaca juga rasanya... Kami potong je, dan biarkan tumbuh tunas baru.

TukangKebun said...

Kat sini cuaca sejuklah pula. Habis semua kangkung dah nak uzur. Terliurlah tengok kangkung kat taman sini.

Nudabuffy said...

Alhamdulillah. Kangkung tak manja dalam cuaca malaysia. Puas hati makan sampai licin periuk. :P

lynnhelite said...

nowadays kangkung takder can masuk periuk, Brownie dah berkampung kat situ.. cuma Red Spinach jer yg tinggi & gemuk semacam, takkan hari-hari nak mkn bayam kot..

Nudabuffy said...

Hehehe... Bunny memang suka kangkung. Tapi jangan bagi dia makan bayam ye. Orang kata tak bagus untuk arnab. Sikit-sikit takpe.

hernyhafiz ^_^ said...

Kangkung ni bila masak sikit je jadi.l,,tapi sedap kan,..

Nudabuffy said...

Bertambah sedap bila ditanam sendiri kan herny?