Great stuff to be shared together...

Tuesday, June 26, 2012

Keledek Dalam Container

Ini pokok-pokok keledek saya yang ditanam dalam bekas. Yang hijau tu keledek sayur, untuk di makan daunnya. Hubby kata, ubinya lambat jadi.. Yang ungu pun boleh buat sayur juga. Tapi nak dapatkan ubi. Yang ni isinya warna oren.

Keledek yang dikorek dekat kampung buat minum petang. Dari pokok yang ungu. Isinya banyak kena tebuk dengan perosak.
Alhamdulillah. Hidup dan sihat.

Keledek sayur. Semua condong cari matahari. Semaian tomato menumpang teduh.
 Bersemangat tengok hasil tuaian keledek dalam bekas di Kebun Malay-Kadazan Girls.

12 comments:

mat jon said...

takpe pelan-pelan kayuh, keledek tu nampak menarik, kukus sedap tu makan dengan ikan masin

Nudabuffy said...

saya goreng celup tepung je. cicah sambal kicap. :P

Kisah Hati said...

wowwweee... bestnya... ana pun ada keledek dah bercambah kat rumah tapi tak bertanam lagi. nuda tanam dalam pot ke? ana nak tanam tak sempat nak buat batas pun lagi huuu....

Nudabuffy said...

Haah..orang takde tanah.. terpaksalah tanam dalam pot..:P

Best la ana ada tanah.. buat batas cantik-cantik nanti lagi gemuk kan keledeknya?

Kisah Hati said...

Nuda, boleh ek tanam dalam pot? huuu... lagi best sbb ana malas nak gembur tanah. tanah kat rumah tu jenis kuning hak keras tu. malasnya nak buat batas.

ni tak sempat lagi nak menanam sebab semenjak pindah hari tu, tak siap kemas lagi rumah. dok jaga pokok kari 2 pokok dan thai basil je sepot. huu... biji benij macam2 beli.

Nudabuffy said...

cuba-cuba je ana.. dah desperate punya pasal..kikiki.. Tengok http://kebunmalaykadazangirls.blogspot.com/ boleh je tana dalam pot.. Marilah kita mencuba. Ada rezeki dapat keledek, kalau takde dapat makan daunnya.

Kisah Hati said...

haaa tu le... ingat nak beli kotak Styrofoam tu nanti. tak kuasa nak gembur2 tanah hehehe... haah kan daunnya buat masak lemak sedap je

baguznet said...

wah! bagus tu cuba tanam dalam bekas. Semoga berhasil nanti ye

Pesta Buku Negeri Selangor

hernyhafiz ^_^ said...

Saya tak biasa makan daun keledek...hari tu ada keledek dah bertunas kena transplant masuk dalam bekas ni.,,,,

Nudabuffy said...

Ana~ Macam-macam boleh diguna sebagai bekas. Selamat mencuba

Baguznet~Thank you.. berapa lama la agaknya dia nak berbuah ya.. hehehe

Hernyhafiz~ Saya pun.. tak pernah cuba pun. Tapi hubby kata sedap.

lynnhelite said...

dlm polisterine pun jadik? boleh copy nih..

Nudabuffy said...

Lynnhelite~Asalkan boleh isi tanah.. hahahahh