Great stuff to be shared together...

Friday, June 8, 2012

Ahli Keluarga Baru: Cekur, Kunyit, Cili Padi dan Cili Merah

Malam Rabu hari tu, suami saya balik dari kampung membawa ahli keluarga yang baru. Oleh sebab, Incik Hambali adalah penggemar masakan pedas, tentulah ada pokok cili yang di bawanya. Sebenarnya daripada minggu sebelumnya kami dah nak ambil, tapi kereta Viva yang kenit tu tak mampu nak menampung beban dua guni tanah, seguni baja organik, dan bekalan-bekalan kami yang lain. Hehheh.

Cili padi kampung (bird's eye chillies) yang dibawa tu saya tak tahulah baka apa. Tapi saya suka sebab buahnya gemuk dan comel. Kadang-kadang kakak ipar saya akan buatkan cili padi jeruk dan suami saya cukup suka bila cili tu meletus bila digigit. Saya? Taklah...sebab saya tak kuat pedas. Heheh. Oh ya, suami saya ni Jawa, jadi cili dipanggil lombok, cili padi pula lombok rawit. (Yes, dah pandai sikit jawa. Kakakka).

Kiri Sekali: Anak Cili Padi, Sebelahnya Anak Cili Besar

Selain tu, masyarakat Jawa memang suka memasak dengan menggunakan cekur (diorang panggil kencur) sebagai ramuan, termasuklah dalam nasi goreng. Dulu mak saya pernah juga tanam cekur (Kaempferia galanga Linn), tapi cuma guna daunnya. Kalau orang yang tak kenal cekur/kencur ni, pokok dia macam kunyik tapi sangat rendah, ada rizom yang berisi warna putih. Tapi ada macam-macam jenis cekur, yang saya kenal yang ni jelah. Hehehe. Oh ya, ada kunyit (curcuma longa/domestica) juga. Saya biasanya tanam kunyit untuk dapatkan daunnya yang wangi. Buat masak lemak cili padi ataupun bungkus ikan bakar. Heheh.

Cekur/Kencur

Kunyit
Kalau ikutkan hati, macam-macam nak tanam. Nak buat koleksi herbalah, edible garden lah. Tapi benih yang dibeli pun tengah beratur menunggu giliran. Kekekeke. Sabar ya semua.. Hehhe..

p/s: nampak tak bekas minyak yang suami saya jadikan pasu? 

5 comments:

mat jon said...

dah ada kencur tu dah boleh masak 'iwak leleh'..lagi satu masak sambal 'taun'..2 masakan ni adalah antara yang wajib ada kencur..

Nudabuffy said...

haah...betul tu.. Lagi satu bila diorang buat kuah untuk ikan bakar.. Sedap sangat. Tak nak lauk lain dah.. :P

lynnhelite said...

bekas minyak? idea baik tu...

TukangKebun said...

Daun cekur ni saya tak berapa kenal lagi. Baru nak belajar hehehe...tak pandai sangat saya bab herba sebab tak pandai masak.

Nudabuffy said...

Lynnhelite: Praktikal juga, sebab dia agak besar.

Tukang kebun: saya pun tak pandai masak.. Thihihi.. Nasib baik suami pandai, tengah belajar dengan dia