Great stuff to be shared together...

Thursday, June 14, 2012

Bakal Bekas Tanaman

Kemas-kemas ofis jumpa satu makhluk yang sesuai benar nak jadikan container bertanam. Memperkenalkan...


Heheh..ni gabus pasangan yang saya bawak balik jadi bekas tanam salad hari tu. Dah pakat dengan hubby suh dia datang jemput untuk ambik bendalah ni. Pastu nak angkut sekam padi yang reput akibat disabotaj dengan beruk kat belakang ofis ni. Sekam tu bahan mentah penyelidikan kitorang. Tempatnya dalam drum tapi penutupnya dibuka dengan budak-budak berbulu lebat tu. Dah masuk air hujan. Huhu. Tapi bak kata orang, jangan membazir. Membazir tu amalan syaiton. Heheheh..

6 comments:

Puteri Purnama said...

saya dapat rasa bahang semangat berkebun tu..hehehe ..sekap padi yg dah reput, campur tanah biasa dan tanah bakar, cukup subur utk.sayur2 jenis daun, juga subur utk.pokok mawar.

mat jon said...

best-best, selain berkebun ni, projek recycling pun mengujakan jugak. pantang nampak apa yang boleh letak tanah semua di ambik ;)

Nudabuffy said...

Puteri Purnama ~ Kami punya campuran sekam padi, tanah ladang sawit, dengan tahi arnab dah reput. Tak tahulah menjadi ke tak. Buat tanam sayur.

Nudabuffy said...

Mat Jon ~ Kita semua dah berusaha menjadikan bumi ini lebih baik untuk didiami kan? tepuk tangan untuk diri sendiri. Clap clap clap. :))

Mama Pongkey said...

:-) cantiklah container tu, free pulak tu. I loike! Saya baru hari tu mintak satu polystyrene bekas daripada supermarket. Hehehe tebal muka tapi bahagia melihat pak choy dan sayur putih di dalamnya.

Nudabuffy said...

Mama Pongkey~saya selalu geram nak kutip botol-botol yang org buang kat tepi jalan. Masalahnya saya ni bawak motor, jalan pulak sibuk. Kalau sesaja berhenti nak gi kutip, mesti kena hon kan?