Great stuff to be shared together...

Thursday, June 21, 2012

Kawan Baru: Cili Api Warna-Warni, Pokok TomYam, Pokok Burung Bertenggek

Salam..

Dekat rumah saya ada tiga pendatang baru. Datang dari tiga sumber. Cili Api kalerful saya beli dekat nursery Jalan Skudai-Pontian lepas balik jumpa doktor hari Selasa. Banyak nursery kat situ. Ada banyak bunga cantik-cantik.. Rasa macam kat Cameron Highlands la pulak. Hehehe.. Cili ni ada mula dengan warna kuning pucat, jadi oren, dan last sekali merah. Tapi ada juga pokok cili padi biasa terselit dalam tu, jadi dapat warna hijau dan coklat sekali. Heheheh.

Bertambah koleksi cili saya. Heheheh.

Balik dari nursery tu, sementara kitorang tengah admire warna-warna cili yang menarik tu, sekali jiran selang dua buah rumah kami menegur. Teruk tak kitorang, dah dua bulan belum berkenalan dengan jiran. Hahahh. Encik Zailani namanya. Rupanya, En Zailani pun suka bercucuk tanam. Dia bagi kami satu pokok, katanya datang dari rumah sebelahnya (selang sebuah rumah dari rumah kami, Kak Dila). Pokok ni unik, baunya macam tomyam dan gunanya untuk masakan tom yam.

Pokok Tom Yam.
Oleh sebab tak tahu nama, kami panggil pokok tomyam je. Heheh. Semalam hubby masak tomyam letak daun pokok ni. Memang sedap.. Habis seperiuk makan dua orang. Nyum nyum.

Dan last sekali pokok bunga pemberian mak saya. Yang ni pun tak tahu nama. Saya panggil pokok burung bertenggek sebab ada macam burung bertenggek kat bunga dia.

Pokok ni pun banyak dekat nursery yang kami pergi tu.

Can you see the birds?
Kuasa Allah Yang Maha Pencipta. Subhanallah.

10 comments:

baguznet said...

eh, best la tgk pokok cili warna-warni tu. Dulu di rumah mak mertua saya ada pokok cili kaler purple. Tak pasti ada lagi benihnya atau tidak

Yg burung tu, burung betul ke? Menarik la...

Nudabuffy said...

Masa kat nursery tu ada satu lagi cili, gemuk dan besar buah dia tapi bukan capsicum. Tpi pokoknya nampak kurang sihat, tak jadi ambil.

Bukan burung betul, tapi bunganya bentuk burung.

zool said...

pokok tomyam ngan pokok bunga yg last tu tak pernah nampak

Nudabuffy said...

saya pun tak pernah tengok kalau orang tak bagi. Pokok burung tu ada orang bagi kalau tak salah.

Mama Pongkey said...

Geram tengok cili tu. Saya memang minat pokok cili ni. Pokok tomyum dan bunga bertenggek tu pun saya tak pernah tengok. Bestnya. Tapi kan, kita tak nampaklah burung yang bertenggek itu...

Nudabuffy said...

burung tu yang warna hijau diapit dengan kelopak kemerahan tu.. Gambar kurang jelas sebab tangkap gambar guna handfon je.. :P

mat jon said...

haah la macam ada anak burung dalam tu, bunganya memang macam tu ke?

@izY@N said...

nanti dah ada rumah sendiri, nak minta tunjuk ajar dayah la bab bercucuk tanam..dayah mmg tanam semua dalam bekas ke?

Nudabuffy said...

Mat Jon~ Yup, unik kan? nanti bila dah lama, kuar telur kat ekor dia.. Bila telur besar burung pun hilang.. Hehehhe

Muzai~ tunjuk ajar.. alamak.. segannya.. kita pun baru belajar-belajr. haah, dalam bekas je.. orang takde tanah, camtu la.. :P

Anonymous said...

pokok burung namanya pokok good luck burunf yang tenggek itu akan tukar jadi daun dan berterusan