Great stuff to be shared together...

Facebook Badge

Tuesday, June 5, 2012

Petak Tanaman Dari Barang Terbuang



Hehe..oleh sebab rumah saya takde tapak tanaman, jadi semuanya perlu ditanam dalam bekas. Nak beli pasu banyak-banyak, alahai..sayang duit la. KEDEKUT. Ala, purpose tanam sayur pun dah memang berniat nak jimatkan belanja dapur kan. Lagipun, reuse and recycle kan boleh mengurangkan sampah sarap.

Bekas tanaman saya ni semuanya berasal daripada tempat kerja saya. Yang petak coklat tu tin bahan pelarut (alkohol tau aseton) yang dah berkarat pun. Tunggu orang pelupusan tak juga datang, baik saya ambil. Dah lama nak buat sebenarnya tapi saya cuma bermotorsikal, macamana nak angkut tin-tin yang besar tu. Mujurlah sepupu saya sudi bawakan. Saya ambil tiga, dua di kerat melintang dapat bekas panjang. Yang ni kami tanam kangkung, sawi, bayam dan ulam raja. Satu lagi dipancung dua, dapat bekas yang tinggi. Sesuai untuk tanam lobak bagi dia ada ruang nak memanjang. Pasangannya suami saya letak daun kesum yang saya rendam, dan semai pokok bunga matahari. Semai 3 biji bunga matahari tapi dua je hidup. Sama ada sebab tak bernas atau pun dah kena curi dengan burung sebab banyak betul burung sejak kami bercucuk tanam ni.

Yang putih tu pulak gabus yang digunakan untuk sendal botol bahan kimia masa penghantaran. Supaya tak berlaga gitu. Wah, bagus bentuknya, dah siap macam pasu kembar empat. Memang sesuai sangatlah nak buat bercucuk tanam, sebab senang nak tebuk lubang kat bawah. Yang ni hubby tanam salad butterhead dan kailan. dan mula tumbuh pokok-pokoknya.

Hubby balik kampung ada projek bersihkan kolam ikan kaloi. Katanya dia kerat botol-botol minyak 5L untuk jadi pasu kami. Heheh. Thanks sayang. Best bila share hobi lagi-lagi bila si dia tu sangat handy. Hahaha. Oh ya, saya ada terbaca pasal orang buat polibeg guna kertas surat khabar. Nanti nak google kalau best boleh try. HEEEEEEEEEEE

14 comments:

Shafique said...

saya teringin nak menanam tapi hari tue tanam malas betol bila tengok tak menjadi. Tengok orang menanam nie suka sangat tengok ijau2.

Nudabuffy said...

heheh..saya pun cuba-cuba je. Sebagai penghilang tekanan di tempat kerja. Balik tengok pokok rasa tenang je.

TukangKebun said...

Saya tak pernah beli pasu sebab nak jimat duit. Polystyrene kami kutip dekat pasar tani hujung minggu lepas semua dah pack up sebelum bandaran kemas. Pastu pasu plastik banyak kami kutip dari sampah orang masa council datang ambik bahan buangan besar time spring cleaning setahun sekali kat kawasan kami. Ronda-ronda malam cari benda yang boleh recycle dari sampah orang. Kotak-kotak minuman jus atau susu yang panjang tu pun sesuai buat tanam sayur lettuce. Cup instant noodle pun sesuai tanam lettuce. Lagipun bila pokok dah besar tak perasan pun rupa pasu kat bawahnya...hehehe...sayur dah jadi penyeri.

mat jon said...

salam..
saya pun ada jugak recycling..kalau kat pejabat tu, kotak toner printer besar tau, kotak tu pun sesuai sebab jenis keras.

Nudabuffy said...

Tukang kebun: betul juga eh kak, saya banyak botol dan kotak jus tapi suami letak depan pintu dapur sebagai "jerangkap samar'. Kita ni banyak sangat hasilkan sampah, baik guna balik kan?

Nudabuffy said...

Mat jon: Wah, idea bernas ni. Kat ofis saya pun ada. Lagipun bentuk dia smart kan? Agak besar, so lebih ruang. Hehehe.. best best.

baguznet said...

Saya dah cuba buat bekas bertanam guna kertas tu, praktikal cuma kena tau nak adjust dlm penggunaan. Consider senang juga nak buat, ganti polibeg. Bagus sbb kira biodegradable :D

Nudabuffy said...

baguznet: kena buat banyak lapis tak? sebab surat khabar kan tak tebal sangat. takut tak boleh angkat letak pulak bila pokok dah besar..

wani sc said...

newspaper pot ni sesuai untuk menyemai atau untuk tanam buat sementara je Nuddabuffy. lagipun sesuai untuk tanaman yang tak perlu terlalu banyak air. takut lunyai pulak nanti :p

wani sc said...

btw seronok la tengok banyak bekas yang boleh dikitar semula :)

Nudabuffy said...

Wani sc ~ oh... tapak semaian ya. Thanks for the tips. Memang seronok, ramai yang kreatif-kreatif. Dah banyak kumpul idea-idea ni bolehlah nak cuba. Heheheh

lynnhelite said...

visit my blog for the tutorial nak pakai newspaper.. as Wani said, itu utk semaian jer..bila dah sedia utk dialih, blh alih kat pasu besar atau recycle bekas minyak tuh..balik ni i pun nak cari manala dah dibuang tong air besar

Anonymous said...

Salam, bagaimana dgn tanam kesum anda? Saya risaulah melihat daun kesum saya, daunnya asyik kering. Saya mau tunas daun kesum tapi tak tau kalau ingin rendam berapa lama agaknya?

Nudabuffy said...

Salam.. daun kesum suka air, mungkin kena rajin siram. Kalau kesum yang baru dipetik dan terus rendam, rendam sekejap dah cukup. Boleh cuba tanam terus di tanah juga.