Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 18, 2012

Terung Bermacam Terung

Sambung cerita balik kampung. Sebelum ni, ramai yang orang kata saya ni jelmaan mak saya. Saya sikit pun tak percaya, sebab masa saya kecik-kecik ramai orang kata saya sebiji macam ayah saya dan kakak saya sorang je ikut muka mak. Tapi saya dah boleh percaya sikit-sikit sebab saya rasa masa saya sanding, saya cute macam mak saya masa muda-muda (sila jangan muntah). Siap ada yang tanya mak saya, "Awak ni kakak pengantin perempuan ke? Samalah muka". Ehem!

Tapi bab muka tu silalah letak ketepi. Saya rasa saya paling sama dengan mak saya bab suka bertanam. Saya dari kecik dah suka main sorang-sorang, main tanam-tanam. Siap tanam pokok koko, OK? Kakaka. Dulu tanam cili, tebu, cekak manis, macam-macam la. Cumanya, mak saya terer masak, saya kurang terer. Hahahha. Kira ada harapan lah kan, sebab mak saya cakap dulu ayah tu puas makan hasil eksperimen memasak.

Ok cukuplah membebel, nak cerita pasal terung. Mak saya ada tanam banyak jenis terung. Saya suka tengok. Tapi pokok terung bulat takde buah pulak. Mari kita cuci mata.

Terung telunjuk. Sedang elok untuk dimasak.

Terung telunjuk yang dah ranum. Disimpan untuk benih.

Terung asam. Adik saya kata sedap dimasak asam pedas dan sweet sour. Kalau tanya saya, memang tak tahu.

Terung Pipit. Rajin berbuah dan dah puas dibahagi-bahagi dengan jiran.

9 comments:

Mama Pongkey said...

Macam-macam terung ada. Pertama kali tengok terung telunjuk seingat sayalah. Sebelum ni ada pernah beli buah bulat warna seperti ni, ditumbuk dengan sambal belacan. Sedapnya! Saya ada yang terung pipit tu sahaja di laman saya. Betul, puas nak memakannya :-)

baguznet said...

terung pipit ni kalo di kampung dulu-dulu amat mudah ditemui, x payah sibuk nak tanam pun dah blh buat lauk. Skrg ni aduhai...

Nudabuffy said...

Mama Pongkey~ Saya ni sungguhpun macam-macam ada keliling rumah, saya bukan tahu sangat nak manfaatkan. Saya suka tanam je. Dulu tanam terung bulat, rajin berbuah, letak dalam kari dan asam pedas. Tapi sebab banyak sangat, sampai jemu.

Nudabuffy said...

Baguznet~Haah, yang ada ni pun asal dari yang tumbuh sendiri.

herny ridzwan said...

Ya ALlah.. Terung asam tu betul2 buat ingat kat arwah tok. Kecik2 saya tinggal dgn tok kt kg. Kami panggil tu terung bulu.... Sedap tu... Boleh nak minta beli benih? Lama gila tak penah jumpa terung ni...

shafirul suffian said...

tak pernah tgk rupa terung asam tu... bagaimana rasanya... besar mana buahnya...cer citer..

Nudabuffy said...

herny~ insyaAllah..nanti saya minta mak saya simpankan benih ya. Bila dah ada saya inform..

Nudabuffy said...

Shafirul~ terung asam ni kecik daripada terung bulat, besar daripada terung pipit. Dia agak berbulu (agaknya sebab tu herny panggil terung bulu), pokok dia ada duri sikit, hijau waktu muda, kuning bila dah tua. Diameter buah (ikut pokok mak saya) dalam 2 ke 3 cm.

Adikchiek said...

salam. saya sangat berminat dengan pokok terung asam tu.boleh saya beli benih tak?if ada minta tolong pm or email saya ya :-)