Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 25, 2012

Pasang Surut Berkebun

Selalu post perkara best je kan... hari ni takde mood sangat nak update sebab pokok cili colurful saya dah nyawa-nyawa ikan. Mungkin faktor cuaca yang ekstrim. Panas terik dari pagi sampai pukul 3, lepas tu hujan selebat-lebatnya siap ribut petir. Medium dalam bekas pun banyak yang terkeluar. Tu dah buat teduhan tu. Banyak bus stop yang terbang bumbung atau terbalik terus. Pokok pun ada yang patah kena panah petir. Takpelah.. Nanti saya cuba tanam dari buahnya yang dah masak. Ada siapa-siapa nak benih pokok ni tak? Nanti saya cuba kumpulkan. Kalau nak email alamat ke nudabuffy@yahoo.com. Tapi tak segeralah. saya nak cari benih-benih lain yang boleh dikongsikan. Till then.. dadada..

12 comments:

mat jon said...

tempat saya ribut belum lagi, tapi panasnya pehhhh, kesian pokok-pokok

Nudabuffy said...

hari ni mendung je... tak panas langsung..

GO GREEN said...

samala tempat lynn, panas terik, ribut petir..cuma lynn nasib baik sikit sebab tempat teduhan ada bumbung plastik putih. Boleh dpt cahaya matahari dan tidak ditimpa hujan lebat..kalau ada benih2 estra tu, jual jer kat lynn, sebab lynn boleh try tanam & buat student's project

Nudabuffy said...

Lynnhelite~ Puan boleh emailkan alamat ke nudabuffy@yahoo.com? No need to pay for the seeds.

shafirul suffian said...

benih apa yang ada...

Nudabuffy said...

sekarang ni yang ada cili kalerful, cili ceri, capsicum dengan kacang botor je. boleh la nak share. Bukan banyak pun.. Kalau nak, email alamt eh. Tapi tak segera tau.

GO GREEN said...

ada terima email lynn tak? pos jer la apa yg ada, nanti balik dr KK nih kalau terjumpa benih2 pelik Lynn tukar ya..

Nudabuffy said...

ada..tengah keringkan benih untuk dihantar. maybe hari jumaat dah boleh pos..I'll give you biji tembikai dan bendi merah sekali, insyaAllah. Tunggguuuu :P

GO GREEN said...

Nurul, lynn dah terima tadi..Alhamdulllah, tak sangka dpt byk la pulak, so sweet..Hari ni jugak nak try tanam. Mungkin some seed nak try kaedah letak kat tisu basah pulak..

Nudabuffy said...

Alhamdulillah, sampai pun. Harap-harap benih-benih tu bernas dan menjadi la kat taman lynn..:))

Mama Pongkey said...

Itulah adat orang bertanam ye. Samalah kita, ada pasang surut, dan dalam kes saya, pasang surut juga disebabkan oleh ketidakrajinan saya, hehehe.

Benih tu ada lagi ke? Nanti saya email ye.

Nudabuffy said...

Mama Pongkey~ Benih ada lagi.. nanti email alamat ya.