Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 20, 2012

Kemunting Cina

Bersiar-siar keliling rumah mak ayah saya, sangat banyak pokok kemunting cina berbunga lebat. Asalnya nak buat landskap, tapi sejak akhir-akhir ni mak saya sibuk sebab menjaga kakak saya yang dalam pantang dan juga amni, my niece. Ni kakak dah habis pantang, boleh lah berkebun semula. Tapi panas terik la pulak.

Info pasal bunga kemunting cina atau periwinkle ni boleh didapati di sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Bunga_tapak_dara. Oh ya, kemunting cina ni boleh digunakan sebagai bahan ubat antaranya untuk cirit-birit, lenguh-lenguh dan macam-macam la. Ada satu artikel ni kata, boleh jadi ubat kanser. Wah wah wah.. Boleh baca dekat sini.

Kemunting Cina Putih

Putih Tengah Merah

Pink Tengah Merah
Purple Tengah Putih

Sepatutnya Pink, Tengah Putih.



6 comments:

TukangKebun said...

Saya selalu lupa nama bunga ni dalam bahasa. terima kasih ingatkan saya. Banyak koleksi yang cantik!

GO GREEN said...

pernah terbaca dlm satu blog pokok ini beracun..takleh bagi mkn rabbit

baguznet said...

lawa pulak bila tgk gambar2 kemunting cina pelbagai warna nie...

Nudabuffy said...

Tukang kebun~ Saya pun selalu confuse.. Sebab pokok kemunting sangat la lain dengan kemunting cina

lynnhelite~ mungkin sebab dia ada getah. Untuk perubatan pun ada orang-orang dengan penyakit tertentu tak boleh gunakan kemunting cina.

baguznet~haah.. kalau tengok bunga-bunga ni berkembang bawah matahari lagi cantik. Sayangnya tak wangi.. :P

shafirul suffian said...

bunga yg pink tengah merah tu rasanya baka asal.. yg lain2 tu dah dikacukkan di makmal.. jadi tak hairan la, antara semua warna, yg baka asal tu akan hidup paling lama(sebagai perennial) bunganya sekali kembang banyak2 rimbun..sangat la cantik..

Nudabuffy said...

oh, ya ke? saya ingat yang putih tu albino.. heheheh. betul-betul.. walaupun bentuk bunga sederhana je, tapi bila banyak memang cantik.