Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 6, 2013

Israk dan Mikraj

Salam semua.. Hari ni 27 Rejab iaitu hari Israk Mikraj, di mana Rasulullah di perjalankan di waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Beberapa hari lepas saya ada dengan radio sinar mengenai Israk Mikraj ni. Rupa-rupanya peristiwa ni berlaku untuk menghibur hati Rasulullah SAW yang sedang dalam kesedihan kerana baru sahaja kematian isteri kesayangan iaitu Saidatina Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib (Iya, seorang rasul yang paling dikasihi Allah pun bersedih ya). Selain itu baginda juga dalam keadaan kesedihan kerana dakwah baginda ke Thoif telah mendapat tentangan yang hebat. Baginda dihalau dan dibaling dengan batu sehingga darah bercucuran sampai ke tumit baginda. Aduhai, betapa berat tanggungjawab yang dipikul oleh Rasulullah untuk menyampaikan dakwahnya. Bersyukurlah kerana dilahirkan dengan nikmat Islam. Peristiwa Israk Mikraj juga bertujuan untuk menunjukkan kepada baginda tentang kebesaran Allah SWT agar dapat mengembalikan semangat dan motivasi baginda dalam usaha dakwah. Selama ni yang saya tahu, Israk Mikraj adalah hari di mana Ibadat Solat lima waktu disyariatkan.

27 Rejab juga menandakan bulan Rejab sudah hampir benar ke penghujungnya. Tidak lama lagi tibalah pula Syaaban dan Ramadhan. Saya sendiri tertanya-tanya, sudah bersiap sediakah saya. Hutang puasa ada 3 hari lagi. Jadi, sempena bulan-bulan yang dimuliakan ni, memang sesuai sangat untuk mengganti dan berlatih puasa. Semoga kita semakin hari berubah ke arah yang semakin positif. Tak apalah perlahan-lahan, asalkan konsisten. Salam Israk Mikraj dan selamat menyambut ketibaan Syaaban dan Ramadhan.

3 comments:

Umm AA said...

salam isra' mi'raj nuda..
betul tuh bila pg nie sedar yg ramadhan telah menghampiri terasa sayu lak..namun nampaknya ramadhan kali nie tidak sama ngan tahun2 lps buat sy..:)

Nudabuffy said...

tahun ni tambah ahli keluarga la ya Ummuaidan? semoga dipermudahkan

Rini said...

salam nurul...

benih dh dpt. terima kasih byk2. insya'Allah klu rini ada benih lain rini kongsi ye. baru nak start kumpul benih sendiri.