Great stuff to be shared together...

Wednesday, May 29, 2013

Buah Ceri Liar

Salam semua.. Siapa pernah makan buah ceri liar ni? Buahnya hijau masa muda dan merah bila tua.. Manis rasanya. Buah ni saya kutip dari rumah jiran emak saya, Maksu Hendon. Saya dengan hubby konon-konon nak semai sekali lupa pula.. Buah tu sampai dah berulat.. Haru.. Mak saya cakap, mak saya pernah mengidam nak makan buah ni masa mengandung tapi tak dapat.. Mueheheh.. Oh ya, buah ceri ni juga dikenali sebagai buah kerkup.  Tapi kerkup banyak kerkup, saya pun dah konfius.

Hmm.. banyak juga penyelidikan antarabangsa tentang khasiat ceri liar ni.. Antaranya sebagai antibakteria, antioksidan, dan antidiabetik melibatkan penggunaan buah, daun dan batang pokok. Mungkin penyelidik Malaysia pun boleh buat penyelidikan juga.. Sebab pokok ni mudah tumbuh sendiri dan tak manja.. Yang penting, buahnya sedap!



Comel je buah dia

Close up sikit kasi orang kenal

3 comments:

ummihasan said...

hm.. betul ke sedap buah ni?? dl masa sekolah ada pokok buah ni depan rumah. penah makan tp xberapa sedap sebab testur rasa dia mcm ada biji2 kan.. ke lain ek? masa hijau keras, orang jadikan peluru masa main senapang kayu.

Ummu Madihah said...

Salam Nurul,

Depan rumah Mak Aji pun ada pokok ceri ni tapi di atas tanah orang xlehlah nak ambik. Sekarang burung jelah yang makan. Mak Aji pun ada dengar yang pokok ni banyak khasiat kesihatannya.

Nudabuffy said...

Ummihasan ~ betullah kot.. ikut citarasa masing-masing kot ummu.. Hehe.. saya suka sebab manis..

Ummu Madihah ~ sayangnya.. takpelah.. rezeki burung la tu.. Manalah tahu burung tu nak sebarkan benihnya ke tanah Mak Aji..