Great stuff to be shared together...

Wednesday, May 8, 2013

Anak Bunga Kemboja

Saya dapat biji benih kemboja daripada Emak saya. Punyalah lama nak tunggu biji benihnya matang, makan bulan rasanya. Kelongsong benihnya macam kacang, bijinya pula panjang dan  berbulu. Saya semai tak hidup satu pun, tapi suami saya semai hidup pula. Mak saya kata, yang ni warna merah menyala. Anak pokok dialih ke dalam cawan mi segera, pasu kecil dan botol kitar semula. Pokok kemboja yang ditanam daripada biji benih ni cantik dijadikan bonsai sebab ia akan membentuk bonggol gemuk dipangkal pokok. Hmm.. saya keliru sebenarnya, sebab ada kemboja berbentuk macam corong, ada yang tidak. Yang penting, mereka memang comel.




10 comments:

Ummu Madihah said...

Salam Nurul,

Mak Aji pun ada anak2 kemboja Jepun ni, adalah lima pokok rasanya. Pun suka sebab pangkalnya berbonjol dan boleh dibuat bonsai - antara jadi dgn x aje.

zamzurina zulkafli said...

comelnye

Nudabuffy said...

Salam mak aji.. Mesti meriah rumah mak aji nanti. nurul tengok yang mak buat jadi bulat comel kat bawah. Letak dalam pasu mulut besar memang cantik.

zamzurina ~ tak jemu memandang. Geram rasa macam nak picit2 je.. hihih

ummuaidan said...

Kecik2 pun dah comel..kang nanti bila dah berbunga lagilah comel..:)

Nudabuffy said...

ummuaidan.. hehehee..tu yang tak sabar tu..tapi lambat sangat lagi rasanya

lynnhelite said...

Lynn ada beli masa ke luar negara dulu dlm 10 biji. Mahal jugak tp sbb takder pengetahuan yg luas tentang Adenium nih, tu yg delay jer nak menyemai, takut x jadi, syg..Berapa lama nak tumbuh, blh tmpat panas tak Nurul?

Nudabuffy said...

Mahal mungkin sebab jarang-jarang dia membentuk seeds. entahlah ya, sepatutnya dia tahan panas. Tapi hubby semai tempat yang agak redup tapi dapat matahari pagi.

Ad Yadh said...

Sapa2 tau x. Klu ubi lembik cmna nk buat.. syg nya.. xsiram air dah.. dikuaranteen bwh bumbung supaya xkena hujan.. tp semakin teruk.. please. Ada cara lain x.. sapa2 tau.

Ad Yadh said...

Sapa2 tau x. Klu ubi lembik cmna nk buat.. syg nya.. xsiram air dah.. dikuaranteen bwh bumbung supaya xkena hujan.. tp semakin teruk.. please. Ada cara lain x.. sapa2 tau.

Nudabuffy said...

Hmm kadang-kadang sebab jangkitan kulat.. Orang kata potong bahagian yang lembik tu lepas tu gantung.. Tapi saya tak pernah buat..