Great stuff to be shared together...

Monday, June 3, 2013

Baju Untuk Diderma

Assalamualaikum...

Hmm siapa tahu mana-mana tempat atau entiti yang memerlukan pakaian untuk didermakan. Saya pening kepala tengok baju-baju saya dan suami yang nak dipindahkan. Almaklumlah barang dari satu rumah nak dimuatkan dalam satu bilik. Baju masih elok terutamanya baju kurung dan blouse sebab saya pergi kerja selalunya pakai t-shirt. Kalau ada sesiapa yang tahu, boleh tak tinggalkan alamat tempat tersebut supaya saya boleh pos ke sana. Baju lelaki adalah sikit tapi seluar mungkin banyak. Ada juga plush toys yang rasanya tak sesuai dah untuk jadi mainan saya. Heheheh.. Kalau ada yang berminat, jangan malu-malu ya. Saya je yang malu sikit sebab baju saya bukan cantik pun. Jahitan pun tak lah kemas sebab kebanyakan jahitan amatur. *blush*...

2 comments:

Ummu Madihah said...

Salam Nurul,

Insya-Allah Mak Aji tanya anak di Skudai kalau2 dia tahu pd sapa boleh diberi baju tu ya!

Puteri Purnama said...

assalammualaikum dik,
semoga niat baik mu ini diberkati Allah.
Kalau dekat, nak juga minta nanti boleh sedekah kat anak murid yg.duduk kat pendalaman tu..dikampung yg dalam2 tu, anak2 gadis mereka sangat memerlukan baju2 kurung, baju kurung mahal sangat kalau tempah yg.dah siap pun mahal juga, kain murah tapi upahnya yg.ramai ibubapa tak mampu.

Ok dik, Allah bersamamu.