Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 6, 2013

Kau Pergi Jua

Salam sayang buat semua...

Untuk makluman, ayah saya, Mohd Yunos Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada Khamis 28 November 2013, pukul 950 pagi. Kami telah mengikhlaskan kepergian Ayah daripada melihat Ayah menahan kesakitan dan ditebuk di sana sini. Sebelum ayah menghembuskan nafas yang terakhir, ayah sedar dan cuba bercakap tapi kami tidak mampu memahami kerana penggunaan alat bantuan pernafasan. Jantung ayah semakin lemah dan dua kali terhenti. Peluang pada waktu itu kurang daripada 50 %. Kemudian didapati darah ayah sudah berkuman dan perlu menjalani dialisis segera. Walaupun ayah tidak dapat minum, tapi tubuh ayah bengkak air (edema). Pihak hospital sedaya upaya untuk menaikkan tekanan darah yang menurun. Namun, setelah semua ubat dan dos maksimum diberikan, tekanan darah terus jatuh. Sesungguhnya semua yang berlaku adalah atas izin dan kehendak Allah. Ayah pergi dengan hanya Emak dan Mokde disisinya. Ada rasa kecewa kerana tidak dapat menghadap buat kali terakhir, tapi apabila menatap wajah arwah yang tenang, keredhaan itu datang sendiri. Semoga Allah mencucurkan rahmat atas roh Ayah dan melindunginya daripada siksa kubur dan api neraka dengan izin dan kurnia-Nya. Kini urusan Ayah hanya dengan Allah, bukan lagi dengan manusia-manusia yang sering mengkhianati dan menganiaya Ayah sepanjang hidupnya. InshaaAllah segala kesabaran atas dugaan akan dibalas dengan setimpal. Semoga Ayah ditempatkan di dalam syurga bersama para solihin.

6 comments:

suka suka said...

assalam... takziah Nurul... semoga emak dan keluarga tabah senantiasa!

PutriPurnama said...

assalammualaikum Nurul.
Amin.Semoga Ayah Nurul ditempatkan di dalam syurga bersama para solihin.

Yang pergi tetaplah akan pergi yg.tinggal teruskan hidup dengan penuh ketabahan dan sentiasa berdoa semoga suatu hari akan disatukan semula dibawah lindungan rahmat Allah. Bersabarlah.

Ummu Madihah said...

Salam Nurul,

Ucapan takziah Mak Aji kepada Nurul sekeluarga. Redakan pemergiaannya terlebih dahulu kerana yang pastinya kita akan menyusul juga bila tiba masanya. Moga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang solih, amin!!

muzai said...

takziah dayah.. doakan yang terbaik untuk arwah ye.

TukangKebun said...

Assalamualaikum.

Kami sekeluarga mengucapkan takziah kepada keluarga Nurul.

Diana doakan tahun depan Nurul sihat sejahtera.

Mama Pongkey said...

Takziah Nurul, semoga Arwah Ayah ditempatkan bersama Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam dan para Syuhada.