Great stuff to be shared together...

Wednesday, September 4, 2013

Tumbuhan Misteri. Siapa Tahu Angkat Tangan!

Salam semua. Tumbuhan menjalar ni ditanam oleh bapa mertua saya, tapi tak tahu apa namanya. Kegunaannya untuk menurunkan kandungan gula dalam darah. Dah diuji keberkesanannya oleh bapa mertua saya yang ada diabetes. Side effect tak pasti pula. So, siapa-siapa yang tahu nama tempatan atau nama saintifiknya, sudi-sudikan berkongsi ya? Boleh saya pergi buat bacaan sikit. Hehhehe.. Untuk mengenali lebih dekat, marilah tengok gambar-gambarnya. Oh ya, bahagian yang digunakan sebagai ubat ialah daunnya.


Daunnya

Buah yang dah masak

Buah muda. Macam kacang sikit.

Bunga (Bersama kerengga yang nak tumpang glamour)

Bijinya.. Macam pil.

6 comments:

smRose said...

macam buah saga jer tapi pokok buah saga beso

Nudabuffy said...

Rasanya bukan saga.. sebab pokok saga macam pokok.. yang ni creeper.

Ummu Madihah said...

Salam Nurul,

Bijinya sekali pandang macam ladybird pun ada. Daunnya macam pokok gelenggang tapi bunganya lain. Pun yang ini creeper. Tak tahulah Mak Aji. The mystery continues.....

Nudabuffy said...

Salam Mak Aji.. Haah.. comel je bijinya.. Ingatkan kalau selamat dimakan, nak edarkan biji benh pada sesiapa yang berminat. Nurul nak try search gelenggang

suka suka said...

Assalam Nurul, selamat hari raya maaf zahir dan batin.... 1st time tengok pokok, bunga dan buah ni... semoga pakar-pakar dapat menjawab!...

Nudabuffy said...

Salam kak Mar. Maaf zahir batin juga daripada nurul. Harap-harap ada pakar sudi menjawabnya.. Heheheh