Great stuff to be shared together...

Thursday, February 28, 2013

Luntur

Apa yang luntur?

Semangat luntur.

Kerajinan luntur.

Tenaga luntur.

Jiwa luntur.



Arghh.. bebaskanlah aku daripada aura negatif ni Ya Allah. Stressed, Depressed, tension. Senang kata diliputi negativiti.. Bermacam-macam perkara yang tidak menyebelahi diri ini. Yang terbaru, mendapat berita salah seorang sahabat terlantar di meja bedah untuk kali keempat. Tumor di bahagian dada telah pun menjadi kanser walaupun berkali-kali telah dibuang. Kali ini membuang tumor di kawasan paru-paru. Allah.. baru sahaja beberapa minggu yang lepas ke majlis resepsinya. Patutlah dia kurus sahaja. Ingatkan jaga badan rupanya ada yang disembunyikan.

Kata seorang sahabat lagi, geng kami banyak dugaan hidup. Macam pas baton pulak masuk hospital. Sabarlah sahabat-sahabatku, Allah tengah bagi kita special treatment, special care, special attention. Peringatan untuk diri sendiri juga. Semoga kita jadi insan yang sentiasa bersyukur.

Astaghfirullah.. astaghfirullah..

Ya Allah, lindungi dan selamat sejahterakan lah sahabat saya, Nordiana Nordin yang sedang diduga-Mu. Sembuhkanlah penyakitnya.

Berikanlah kami ketenangan, kesabaran, dan keteguhan iman seperti kekasih-kekasih-Mu.

Berikanlah kami kejayaan di dunia dan di akhirat.

4 comments:

zamzurina zulkafli said...

Saya ada satu buku softcopy... Facing death. Penulisnya dah meninggal. Mmg sangat menarik kupasannya. Jika nak boleh emelkan kepada saya zamzurina at gmail dot com. In shaa Allah tak rugi membacanya.

smRose said...

dugaan besar hanya untuk org yg kuat, bersabo

Nudabuffy said...

Zamzurina ~ already pm you. Thanks a lot.

smRose ~ thanks dearie..

puteri purnama said...

jangan lunturkan semangat sendiri. Jangan banyak fikir hal2 dunia ini.
Tabahkan hati ye..salam .