Great stuff to be shared together...

Wednesday, February 6, 2013

Overdose Collagen

Siapa tahu apa side effect kalau overdose makan collagen? Kakak saya bagi collagen yang dimasak macam agar-agar tu. Dia bagi yang dah siap masak dan diletak dalam bekas-bekas kecil. Saya lupa nak tanya dia berapa banyak sekali makan. Yang saya ingat dia suruh makan dengan jus untuk hilangkan bau dan rasa hanyir. Saya bantai curah air nutrigen. Konon-konon nak jimat saya budget setengah bekas sebelum tidur dan setengah bila bangun tidur. Dah melantak baru ingat nak tanya. Sekali adik saya cakap sekali makan sesudu je. Setengah bekas tu bersudu-sudu kot. Hohohoho.. Sedap je saya makan. Siapa tahu share eh? Saya cari kat internet kebanyakannya citer kalau yang dalam bentuk suntikan. Kalau yang orally administered ni biasanya sebabkan water retention je. Lepas tu banyak info berorientasikan business so banyak yang kata takde side effect.. Betulke?

7 comments:

nadia rashid said...

betul kut takde effect..cuma terasa badan lebih bertenaga la kut..kulit, kuku, makin cantik bersinar..

Nudabuffy said...

ye ke nadia? Hopefully.. huhuhu..

Dira said...

Apa2 makanan or suplemen kita ambil patut ambil berpada. Overdose sekali tak apa.. Better amik ikut sukatan yg betul.

suka suka said...

K Mar smbelit pula..baru makan 4 hari. . Dinasihatkan minum byk air...

lynnhelite said...

hm.. soalan blurr..ambil kolagen tu utk apa ya? (mana la tau, kut2 lynn berminat gak...lately bdn letih lesu dan pipi makin kembang!)

Nudabuffy said...

Dira ~ Yup.. Betul cakap awak..

K Mar ~ Ye eh? Nurul pulak rasa pahit je kat lidah. Yang bagusnya jadi rajin minum air.

Lynnhelite ~ ramai orang makan untuk kulit cantik, segarkan badan, banyakkan susu. Nurul pulak saja nak cuba sebagai ikhtiar.. katanya baik untuk pemulihan sel. Alang-alang kakak tak nak makan.. Heheh. Maybe sesuai juga untuk lynn

suka suka said...

Tv alhijrah ada tayangkan mengenai seaweed ni.. dia ada antioksidan juga ..so memang sesuai untuk pesakit kanser juga .. apa-apa pun consult doktor dulu ... just nak share.. masa kat HUKM hari tu ada pesakit leukimia dia minum air rebusan daun durian belanda..info boleh google je.. alhamdulillah ada perkembangan positif dan dia baru je bersalin anak kembar..