Great stuff to be shared together...

Monday, February 25, 2013

Labu Manis

Kepala sakit.. jadi malas nak tulis banyak-banyak..

Along
Angah
Uda
Alang




Labu tanaman suami yang ditanam dicelah-celah rumpun keladi makanan si ikan kaloi. Dapat keladi, dapat labu, tanah pun sejuk dan lembapan tak cepat hilang ditutupi pokok labu. Alhamdulillah adalah beberapa biji. Hand-pollinated guna je sembarangan bunga labu sekeliling rumah mana yang ada. Lepas n mungkin boleh cuba resipi pai labu manis yang dikongsi Encik Iskandar dan Puan Zaitun kebun tanamsendiri.com. Mungkin Heheheh.

6 comments:

ummuaidan said...

Siap ade along, angah lagi tuh..heheh..byknyer adik bradik tuh..sy kalo bab pollinate tuh yg malas.huhuh

smRose said...

lepas ni kenduri labu ler nampaknya

puteri purnama said...

mesti manis labu ni. Busunya belum lagi kan..namti hujung2 hehehe

Ummu Madihah said...

Salam Nurul, siap bernama lagi labunya! Tentu sedap painya nanti ya!!

TukangKebun said...

banyaknya adik beradik labu ni...syok tengok.

Nudabuffy said...

Ummuaidan ~ hehehe.. dengan harapan ramai lagi yang bakal muncul.. optimis!

smRose ~ InshaaAllah.. walaupun saya sendiri kena kawal pengambilan labu

Puteri purnama ~ Busu bagi pokok labu manis pemberian Kak Mas dsh pun dipetik tapi masih beri bunga jantan untuk kegunaan pendebungaan. =)

Ummu Madihah dan Tukang Kebun ~ Ni terpengaruh dengan Mak aji dan Diana yang selalu tunjuk hasil masakan yang mengancam. Hehehe