Great stuff to be shared together...

Wednesday, February 27, 2013

[Bunny] Kelahiran 22/2/2013

Dua ekor ibu arnab yang bunting akhirnya beranak. Salah satunya perut dah terlalu besar dan sepatutnya due lebih awal. Tuan arnab dah risau takut baby arnab lemas dalam perut. Sebelum ni dah pernah berlaku sebab anak arnab terlalu besar dan susah nak keluar. Dalam kejadian sebelum ni, selalunya semua anak mati. Ada yang tiga ekor, ada yang tujuh ekor, mati semua.

Ibu yang beranak ni warna kelabu putih dan seekor lagi putih muka kembang. Yang kelabu putih nilah yang perut besar macam nak pecah tu. Patutlah perutnya besar sangat, bunting sepuluh ekor rupanya. Yang putih pula, enam ekor anaknya. Untuk memastikan keperluan susu mencukupi, hubby bahagi sama rata jadi 8-8. Tapi semalam dia kata ada dua ekor yang lembik, masing-masing seekor setiap ibu. Huhuhu.. kesian..

Ibu putih Kelabu

Anak yang dijaga Putih Kelabu

Anak yang dijaga Si Putih
Ibu Putih

8 comments:

ummuaidan said...

keciknya baby arnab nie kan..mcm anak tikus gitu..tak pernah tengok...

Nudabuffy said...

haah.. memang rupa anak tikus.. tapi sekejap je.. nanti dia dah banyak bulu comellah..

nadia rashid said...

senang tak nak manage arnab ni..rasa mcm nak bela lah..berbau kuat tak?

Nudabuffy said...

hubby cakap, arnab ni hidup senang, mati pun senang.. Hehhe.. Tk susah sebenarnya. Kalau tak nak berbau, kena selalu bersihkan najis dia. Busuk lagi hamster rasanya..Bgusnya, najis dia boleh buat baja.

Nudabuffy said...

Oh ya, maksud saya mati senang tu, kalau disembelih dia tak menggelepar macam ayam..

zamzurina zulkafli said...

Comeynye...kids ada jugak mintak nak bela tapi kitorg KIV dulu.

Mama Pongkey said...

Mak arnab tu cabut bulu untuk buat sarang ye.. Pengorbanan se(ekor) ibu. Nanti kembanglah tu insha Allah.

Nudabuffy said...

Zamzurina Zulkafli ~ haah, budak2 memang suka arnab. Macam anak sedara, pantang buka pintu,laju je dia tuju ke cage arnab. Dengan berkaki ayam, selamba je

Mama Pongkey ~ Haah, tanda-tanda ibu arnab yang baik ialah kerelaan dia cabut bulu dia. Ada yang sampai ke hujung kaki. Biasanya bila anak arnab dah ada bulu sendiri, bulu ni akan disimpan sikit untuk kegunaan kalau ada ibu yang tak cabut bulu.